Tips Mendapatkan Kuku Yang Sihat Dan Berkilau Tanpa Perlu Pergi Ke Salun Kuku

Tips Mendapatkan Kuku Yang Sihat Dan Berkilau Tanpa Perlu Pergi Ke Salun Kuku

Kecantikan

Perkara yang nampak kecil dan mudah namun tidak ramai yang mengambil berat tentangnya iaitu penjagaan kuku. Cuba kamu perhatikan kuku kamu. Adakah ia bersih dan sihat atau terdapat kerosakan pada kuku kamu? Dari kecil lagi kita sudah selalu dinasihati untuk menjaga kebersihan kuku kita. Kuku yang kotor dan tidak sihat boleh mengundang kepada pelbagai penyakit lain. Kali ini Ohfesyen akan kongsikan beberapa perkara yang perlu kamu buat dan yang perlu kamu tinggalkan untuk mendapatkan kuku yang sihat dan cantik tanpa perlu ke salun kuku.

Pastikan kuku kering dan bersih

Ini bagi mengelakkan bakteria membiak pada kuku kamu. Pendedahan yang berterusan pada air akan menyebabkan kuku bercabang. Pakai sarung tangan getah ketika membasuh pinggan atau ketika menggunakan bahan kimia.

Amalkan rutin pembersihan kuku

Gunakan gunting manikur yang tajam atau pemotong kuku. Potong kuku kamu secara lurus, kemudian potong bahagian tepi dengan bentuk melengkung dengan lembut.

Gunakan pelembap

Ketika kamu menggunakan losyen tangan, sapukan sekali losyen pada kuku dan kutikel kamu.

Gunakan lapisan perlindungan

Menggunakan ‘nail hardener’ mampu menguatkan lagi kuku kamu.

Rujuk doktor mengenai biotin

Kajian mencadangkan suplemen nutrisi biotin mungkin membantu menguatkan kuku yang lemah atau rapuh.

Jangan gigit kuku kamu atau cabut kutikel

Tabiat ini boleh merosakkan katil kuku. Luka yang kecil di bahagian tepi kuku juga boleh membenarkan bakteria atau kulat memasukinya dan menyebabkan jangkitan.

Jangan menarik ‘hangnail’

Kamu mungkin akan terkoyakkan tisu beserta dengan ‘hangnail’ ketika kamu menariknya untuk membuang hangnail tersebut. Sebaliknya gunakan pemotong kuku dan klipkan dengan berhati-hati.

Jangan menggunakan produk penjagaan kuku yang keras atau kasar

Hadkan penggunaan produk penghilang pengilat kuku. Apabila menggunakan produk penghilang pengilat kuku, pilih formula yang bebas acetone.

Jangan abaikan masalah pada kuku kamu

Jika kamu mempunyai masalah kuku yang sepertinya tidak pulih dengan sendiri atau berkaitan dengan simptom-simptom lain, rujuk doktor atau pakar dermatologi untuk pemeriksaan.

Love, Shahirah Jasman 

Sumber : Mayo Clinic