Tips Padanan Outfit Dan Aksesori Agar ‘OOTD’ Kamu Lebih Bergaya Dan Menawan

Tips Padanan Outfit Dan Aksesori Agar ‘OOTD’ Kamu Lebih Bergaya Dan Menawan

OOTD

Mungkin ramai yang mengambil mudah padanan aksesori dengan outfit kerana ianya adalah satu perkara yang kecil. Namun begitu, aksesori turut menyumbang kepada penampilan dan outfit sesorang. Memilih aksesori yang sesuai dapat membantu menyerlahkan lagi penampilan diri kamu. Ohfesyen pada kali ini akan berkongsi cara untuk memilih dan memadankan aksesori dengan outfit. 3 perkara yang harus dititkberatkan dalam pemilihan aksesori adalah warna, skala dan stail.

#1 Warna

Jika kamu memakai outfit berwarna hitam, putih atau warna neutral, aksesori berwarna apa pun akan membuatkan penampilan kamu bergaya tetapi jika memakai outfit yang berwarna-warni, pastikan aksesori tidak clash dengan outfit. Semuanya berbalik pada roda warna. Warna primer dan sekunder yang bersebelahan dalam roda warna adalah analogi satu sama lain. Mereka sesuai jika dipadankan bersama dengan kecerahan warna yang sama. Jika kamu inginkan sesuatu fesyen statement dalam outfit kamu, pilih warna primer dan sekunder yang bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna.  Memadankan warna-warna ini adalah sesuatu yang berani dan mencabar, dan beberapa warna mungkin tidak begitu sesuai jika dipadankan bersama. Elakkan memadankan warna merah dengan hijau. Cuba bereksperimen untuk mencari warna apa yang sesuai untuk kamu. Secara amnya, jangan gunakan lebih daripada 3 warna untuk keseluruhan outfit kamu.

#2 Skala

Skala aksesori fesyen kamu juga penting. Jika kamu memakai outfit bercorak, aksesori yang simple adalah pilihan terbaik. Aksesori dan barang kemas yang terlalu sarat akan membuatkan corak pada outfit kelihatan tidak sesuai. Begitu juga dengan ruffle, sequin dan sulaman. Pilih aksesori yang kurang menonjol untuk mengekalkan statement pada outfit kamu. Selain itu, skala dan bentuk bag juga penting. Pertimbangkan jenis tubuh badan kamu sebagai penanda aras kepada apa yang ingin kamu pakai atau gayakan. Seperti contoh, wanita tinggi dan kurus sesuai menggayakan beg yang pendek dan slouchy seperti clutch dan hobo. Wanita yang bertubuh kecil perlu elakkan memakai tas yang oversized kerana beg ini akan mengatasi saiz tubuh mereka yang kecil. Wanita yang rendah juga harus mengelakkan beg dengan tali yang panjang. Wanita plus-size dan hourglass-shaped tampak menawan dengan beg berstruktur saiz sederhana atau beg berkotak untuk mengimbangi bentuk badan mereka.

#3 Stail/gaya

Aksesori fesyen boleh menentukan gaya kamu. Kemeja putih dan jeans atau dress hitam yang simple boleh kelihatan berbeza bergantung pada pemilihan beg, kasut, barang kemas dan aksesori yang lain. Beberapa aksesori yang boleh dipertimbangkan bergantung kepada stail peribadi kamu adalah :

  • Aksesori klasik – anting-anting mutiara atau berlian, selendang sutera, clutch kulit dan kasut tumit bertutup warna hitam.
  • Aksesori glamor – anting-anting chandelier, rantai bib, cincin yang besar, clutch dengan hiasan kristal, cermin mata hitam yang besar dan kasut tumit tinggi melangit.
  • Aksesori playful – barang kemas yang chunky, beg hobo, headband, tali pinggang skinny dan kasut balet flat yang berwarna-warni.
  • Aksesori edgy – gelang tangan yang besar, rantai choker, beg tangan berlapis dan kasut boot kulit berwarna hitam.
  • Aksesori bekerja – rantai halus, jam tangan klasik, beg satchel atau beg bahu dan kasut tumit kitten.
  • Aksesori kasual – gelang atau jam tangan candy-coloured, cermin mata hitam Wayfarer, beg crossbody, topi floppy dan kasut boot paras lutut atau sandal espadrille.

Aksesori boleh menjadikan apa-apa outfit daripada membosankan kepada menawan. Ia juga dapat membantu meluaskan lagi wardrobe kamu kerana kamu boleh mendapatkan pelbagai penampilan daripada satu dress asas dengan menukar aksesori kamu. Untuk penampilan yang lebih menawan, lebihkan usaha untuk memilih aksesori fesyen seperti mana kamu lebihkan usaha untuk memilih outfit kamu.

 

Love, Shahirah Jasman