Tips Wajah Lebih Bersih Berseri & Rambut Lebih Sihat. Rahsianya Pada Sarung Bantal Sutera!

Tips Wajah Lebih Bersih Berseri & Rambut Lebih Sihat. Rahsianya Pada Sarung Bantal Sutera!

Kecantikan

Beauty sleep, better hair & skin. Yes, please!

Foto — Pinterest

Takut tengok rambut gugur setiap hari. Lebih-lebih lagi selepas mandi dan semasa menyikat rambut. Belum lagi dengan rambut yang kering macam ranting kayu. Walaupun pakai bermacam jenis produk rambut, malah segala tips pun telah dicuba demi rambut yang cantik. Tetap sama. 

Memang betul kebanyakan produk kecantikan akan ‘bekerja’ ketika kita sedang tidur, tetapi ada satu tip yang paling mudah yang sering kita lupakan iaitu sarung bantal sutera. Bukan sekadar elegan dan mewah, ianya juga memberi manfaat kepada kulit wajah dan rambut. Cuba tukar sarung bantal kamu dan lihat perbezaannya selepas sebulan! 

Kebaikan bantal sutera untuk kulit wajah dan rambut:

 

 Wajah akan kelihatan lebih muda

Menurut ahli dermatologi di New York, sarung bantal sutera lebih lembut pada kulit dan berpotensi mencegah kedutan daripada bercambah berbanding sarung bantal cotton yang boleh meningkatkan geseran dan akhirnya menyebabkan lebih banyak kedutan.

 

Rambut lebih terurus 

Bagi mereka yang mempunyai rambut keriting atau baru mendandan rambut, sarung bantal sutera mampu mengekalkan gaya rambut kamu dalam jangka masa yang panjang tanpa kekusutan yang teruk. Sarung bantal cotton pula akan menyebabkan geseran pada helaian rambut yang menyebabkan rambut tergumpal. Dan kamu akan bangun tidur seperti serigala jadian.

 

Mengekalkan kelembapan rambut

Sutera dapat membantu untuk rambut yang mudah rapuh. Material cotton atau kapas lebih berongga berbanding sutera, maka ia akan menarik kelembapan dari rambut dan lama kelamaan menjadikan rambut mudah rapuh dan rosak. Sutera pula akan mengekalkan kelembapan semulajadi rambut. Flaky scalp? Say no more.

 

Penebat haba yang baik

 

Sutera semulajadi dapat membantu kamu untuk kekal sejuk pada musim panas dan lebih panas semasa musim sejuk. Jadi kamu akan tidur lebih cepat, that resulting in a better night’s sleep!

 

Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata

Pabila kamu mendapat tidur yang baik (well thanks to silk pillowcases), lingkaran gelap bawah mata juga akan berkurang. Kulit muka akan kelihatan lebih sihat dan ceria! 

 

Jerawat dapat dikurangkan

Believe it or not, sarung bantal sutera ini dapat membantu atau sebagai penambahan yang baik kepada rawatan jerawat yang lain. Menurut Yoram Harth, ahli dermatologi yang diiktiraf, sarung bantal sutera ini sebenarnya mempunyai permukaan yang lebih lembut berbanding sarung bantal cotton. Geseran daripada permukaan kapas pada kulit yang berjerawat akan lebih menyebabkan keradangan, membuatkan jerawat menjadi lebih teruk.

P\S — Sarung bantal satin juga memberi manfaat yang sama seperti sutera. Mungkin tak dapat cari yang sutera, satin pillowcases would be fine too!