TOP 10 FESYEN ONLINE SHOP YANG BOLEH DIPERCAYAI

TOP 10 FESYEN ONLINE SHOP YANG BOLEH DIPERCAYAI

Out & About

Nak cerita sikit pengalaman Kak Diva pasal shopping online.

Kak Diva ada membeli 3 helai baju daripada satu online shop ni, online shop apa tu Kak Diva tak boleh nak bagi tahu sebabnya itu kira menutup periuk nasi orang kan. Kak Diva beli 2 helai baju & 1 jeans yang berjumlah RM 165 termasuk postage. Tapi! barang-barang tu pre-order.

Kebiasaannya pre-order akan mengambil masa selama 2 minggu hingga 4 minggu. Selama Kak Diva beli pre-order item ni, elok je sampai barang. Paling lama 4 minggu. Tapi kali ni, sampai 2 bulan lebih tak sampai-sampai barangnya. Guane tu yang oi. Kata seller tu nak update tapi tak juga update kita. Akhirnya Kak Diva minta return. Seller tu pada mulanya offer nak return. Tapi Kak Diva fikir balik, tunggu je la dulu, lagi pun si seller tu kata barang dah nak sampai. So, kita pun penuh sabar menunggu. Tunggu punya tunggu dah masuk 2 bulan lebih! No update from seller at all! Kak Diva apa lagi, naik hantu la kan, whatsapp seller tu dengan tegas mengatakan i nak return! Alhamdulillah, nasib tak kena tipu habis-habisan. Dapat juga return. Hampa betul. 

Jadi, sekarang Kak Diva dapat tahu tentang satu website (selain google) yang boleh tahu which online shop yang boleh dipercayai dan mendapat review yang majoriti positif!

Jum kita skodeng local online shop mana yang paling terbaik!

#10   ZALORA

ZALORA RATING

ZALORA WEBSITE RESIZE

FULL REVIEW ZALORA 2

” Not bad “

                 Zalora has a quite a good range of clothings and make up however refund policy is bad 

Zalora merupakan online shop yang sering dibualkan para wanita di Malaysia. Zalora yang menjual pelbagai barang seperti baju muslimah, kasut, beg tangan, aksesori dan bermacam-macam lagi! Malah barang lelaki juga ada dijual. Kaca mata, topi, dompet, tali pinggang dan bermacam lagi. Apa yang menarik tentang Zalora ialah, mereka menjual banyak item yang berjenama terkenal. Ada juga jenama biasa-biasa. Walaupun terdapat banyak item yang menarik, tetapi dari segi servis, menurut review, mereka kurang memenuhi kepuasan hati pelanggan. 

#9   POPLOOK

ZALORA RATING

 

POPLOOK WEBSITE RESIZE

poplook review

” Bad customer service “

                                   Don’t let you cancel your order … What kind of company                                                                     doesnt let you cancel your order. They put the blame on                                                                       me and made it seem like it was my fault, I had asked                                                                             multiple times to cancel my order right after I made the                                                                       purchase and when they finally replied (5 hours later) it                                                                        was my shipping confirmation 

Poplook & Zalora menperoleh rating yang sama. Apa yang membuatkan Poplook satu tapak kehadapan ialah review dari pelanggan yang mengatakan dia merupakan pelanggan tetap kedai online tersebut. Poplook hanya menjual barang wanita & kanak-kanak & juga pakaian untuk wanita mengandung. Konsep jualan Poplook lebih kepada pakaian muslimah.

#8   LAZADA

2

LAZADA WEBSITE resize

lazada REVIEW FULL 2

 

” Cannot be trusted “

                                                                          That all

Lazada merupakan website terkenal dengan barangnya yang superb murah! Di samping barang yang pelbagai untuk semua kategori umur. Tetapi Lazada tidak menjanjikan kualiti yang bagus. Tempoh masa penghantaran juga tak tetap kerana ada item dijual itu dari luar negara. Jadi tempoh penghantaran juga memerlukan lebih masa dari penghantaran dalam negara. Walau bagaimana pun, ada juga pelanggan yang gemar membeli di Lazada dan memberi feedback yang positif!

#7   FASHIONVALET

4

 

FASHIONVALET

FV REVIEW

” Spoiled by options “

They offer so many options for me to shop. The only thing that they can improve is delivery time.

Kenapa FV di tangga ketujuh? Bukan ke FashionValet ni famous?

Mungkin ada yang tertanya kenapa FashionValet menduduki di tangga ketujuh. FashionValet milik pasangan merpati dua sejoli, Fadza Anuar dan Vivy Yusof merupakan antara platform fesyen Malaysia terkenal. FV yang kini sudah 7 tahun beroperasi sejak 2010, kini semakin ramai yang mengenali mereka dengan produk yang pelbagai jenama. Namun begitu, FV mungkin tidak begitu kuat dari segi customer service. Lihat saja beberapa review dari pelanggan mereka. Ada juga pelanggan yang sangat gemar shopping di website ni (termasuk i olls). Nah, jangan risau. mereka mungkin akan mempertingkatkan lagi kualiti mereka dari segala segi demi memenuhi kepuasan pelanggan. Chill leh.

#6   BELLA AMMARA

6

 

BELLA AMMARA WEBSITE

bella fully review

 

” Friendly Staff! “

Nama “Bella Ammara” berasal daripada gabungan daripada terjemahan Perancis dan Parsi untuk ‘ Lady with a strong iman ‘. Dilancarkan pada 26 July 2012, Bella Ammara kini mempelbagaikan lagi koleksi mereka dimana mereka memperkenalkan koleksi klasik, moden & chic yang melambangkan perubahan musim dan mengikut aliran trend terkini. Butik ini juga mengetengahkan konsep friendly muslimah dimana pakaian mereka mudah untuk beribadah buat wanita islam.

#5   MYSALE

9

 

MYSALE WEBSITE 800

MYSALE FULL REVIEW 2

” Best complete online shopping for buzy/ plus size ladies!!!! “

reasonable shipping rate, convenient return & refund, Plus size clothing

Have you ever heard of this online shop? Mysale merupakan antara online shop yang mendapat rating tinggi berbanding Zalora yang lebih terkenal sebenarnya. Apa yang membuatkan Mysale mendapat rating lebih tinggi ialah kerana servisnya. Kalau nak tahu Mysale ni lebih kurang dengan Zalora dan online shop yang lain. Menjual barangan wanita, lelaki, kanak-kanak, malah kasut sukan, aksesori dan barang kecantikan juga ada dijual. Promosi yang ditawarkan juga agak menarik. Diskaun sehingga 80%

 

#4   SHOPEE

11

 

SHOPEE WEBSITE

shopee full review

” Awesome services “

With Shopee app, you can track and trace your stuff that already in process to sending. There also have program called free postage.

Online shop ini mungkin ada yang tak pernah dengar. Rugi! Kerana Shopee menawarkan harga jauh lebih murah berbanding online shop yang lain. Well, every online shop has their own speciality. Pengalaman Kak Diva sendiri, pernah 2 kali membeli di Shopee. Pertama kali membeli, tiada masalah cuma kualiti kurang memuaskan. The next time i bought, impressive! Kak Diva beli  beg laptop berjenama Swiss Gear berharga RM49.80 termasuk postage! kualiti juga bagus! Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Shopee, apa kata korang click je dekat gambar website tu okay?

#3   TUDUNG2U 

13

 

TUDUNG2U WEBSITE

TUDUNG2U REVIEW FULL

” EVERY END OF MONTH SALES !!! “

Layanan yg cukup hebat…cekap,cepat dan efeksn…tudung semua dlm keadaan baik n gojez2…harga brbaloi2 ikut kemampuan…sgt suka beli online dkt Tudung2u…jimat masa n tenaga…semuanya ada dihjg jari…to all mom n sis yg gojez2 n comel2…sy syorkn beli kat Tudung2u… 🙂

” staff jaga customers “

pembelian pertama kali di tudung2u, mulanya ragu2, ada kemusykilan dlm borang pembayaran online, tapi staff reply bantuan email dgn pantas. selepas pembelian dibuat, tempahan diterima dalam 3 hari sahaja. kemudian, telefon dari tudung2u telah dibuat kepada saya untuk bertanyakan tentang penerimaan bungkusan tudung berkenaan, sekalipun saya tak sempat nk jawab telefon semalam, tapi tudung2u tetap telefon pada hari kemudian untuk memastikan saya dapat bungkusan berkenaan. terima kasih pada tudung2u , kerana anda merupakan kedai online yang professional & bertanggungjawab pada pembeli,insya-Allah saya akan membeli lagi nanti, terima kasih.

BERITA TERGEMPAR! Kini para muslimah tak perlu garu kepala lagi fikir mana nak beli tudung yang cecantik banyak pilihan. Pergi je online shop Tudung2u ni. Dijamin tak menyesal! Apa yang Kak Diva tahu and selidik pasal Tudung2u ni, hakak sendiri rasa nak borong semua tudung-tudung ni! Ya ampun, makin banyak tudung yang berjenama terkenal macam Naelofar, AlHumaira, Mermaid Luxe, Shawlforyou, Proper Hijab, Marlena Hijab & sebagainya. Memang banyak! Selain tudung, Tudung2u juga ada menjual anak tudung, telekung, tudung kanak-kanak & aksesori. Mula aktif dalam industri fesyen sejak 6 tahun yang lepas & mula terkenal sejak tahun 2015. Servis mereka yang semakin bagus juga memenuhi kepuasan ramai pelanggan. Malah, Kak Diva tengok berdasarkan review pelanggan, tidak ada satu pun review yang negatif! Kak Diva tak tipu ye, korang boleh tengok sendiri dekat sini. Lambakan testimoni atau review yang korang boleh tengok sendiri. Satu-satunya online shop yang menjual tudung pelbagai jenama pilihan. Seperti online shop yang lain. Tudung2u sering menawarkan promosi sehingga 90%. Mereka juga ada membuat khidmat dropship tau. Jualan agen tertinggi bakal mendapat ganjaran lumayan. So, sesiapa yang nak jadi salah seorang agen mereka, boleh la pergi ke website Tudung2u (click dekat gambar website) atau whatsapp terus ke +6 011 3999 7742. 

#2   AIDIJUMA

15

 

AIDIJUMA WEBSITE NEW

AIDIJUMA FULL REVIEW

” Love this kind of scarf!!! It’s simple, easy to wear & the important is, it will make those people who are wearing this scarf will look gorgeous & young!! Love aidijuma ?? “

” Best price in town and beautiful design..really love aidijuma bawal scarf “

AIDIJUMA. Dengar namanya saja boleh tahu siapakah pemilik jenama tudung ini. Sudah lama berkecimpung dalam bisnes, kini Aidijuma semakin gah di persada dunia fesyen muslimah. Beroperasi secara fizikal dan juga atas talian. Aidijuma yang terkenal dengan tudung bawal, juga menjual shawl dan inner tudung. Website yang sistematik, gambar yang jelas serta maklumat yang tepat juga banyak membantu dan menyenangkan pelanggan untuk bershopping! Jadi senang hati nak menghabiskan duit gitu. Semestinya mempunyai rekaan yang lain dari yang lain, cantik dan kualiti yang bagus. Tema Aidijuma yang catchy juga mampu menarik minat ramai wanita muslimah. Termasuk Kak Diva!

#1   TUDUNG RUFFLES

16

 

TUDUNG RUFFLE WEBSITE

tudung ruffle FULL STAR

OH.MY.RUFFLE.

This gonna be my next favorite brand! TudungRuffle mula bertapak dalam dunia fesyen muslimah pada 2013. TudungRuffle dengan slogan  “Your Bawal Expert International”, jelas sekali mereka merupakan jenama yang terkenal dengan tudung bawal ekslusif. Beroperasi secara fizikal dan atas talian. Butiknya terletak di Bangi Sentral. Berbeza dari jenama terkenal lain, TudungRuffle menawarkan harga jauh lebih berpatutan disamping kualiti tudungnya yang sememangnya bagus. Koleksi raya TudungRuffle kali ini juga berjaya memikat hati wanita bertudung mahupun yang tidak bertudung. Terdapat 2 jenis bawal Ruffle iaitu Ruffle Feather dan juga Ruffle Feather Swarovski. Rekaan bawal ekslusif yang bertemakan bulu burung unta (ostrich) bertatahkan batu Swarovski sememangnya satu rekaan yang unik! Banyak lagi rekaan menarik dari TudungRuffle yang korang boleh pergi check it out sendiri untuk lebih details k?

Tahniah TudungRuffle kerana berjaya meraih rating tertinggi 2017!