Top 10 Tempat Photoshoot Perkahwinan Pilihan Jurufoto – Seperti Tak Percaya Berada Di Malaysia!

Top 10 Tempat Photoshoot Perkahwinan Pilihan Jurufoto – Seperti Tak Percaya Berada Di Malaysia!

Wedding

Gambar perkahwinan boleh dikatakan perkara yang penting bagi pasangan raja sehari kerana ia menjadi item yang boleh disimpan sepanjang hayat kerana ia merakamkan momen-momen indah ketika bergelar raja sehari. Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan raja sehari untuk mengadakan pre-wedding photography atau post-wedding photography bagi merakamkan momen-momen bergelar pasangan suami isteri.

 

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya di mana lokasi yang cantik dan rare yang sesuai untuk menjalankan penggambaran luar. Jika pada artikel yang lalu Ohfesyen senaraikan lokasi untuk majlis perkahwinan, kali ini ohfesyen akan senaraikan lokasi bagi outdoor photoshoot untuk penggambaran pre-wedding atau post-wedding pasangan raja sehari.

 

#1 FRIM,Kepong

1FRIM

Forest Research Institute Malaysia atau FRIM terletak di Kepong, Selangor. Banyak pokok-pokok yang cantik, taman botanical dan air terjun yang boleh dijadikan latar belakang gambar. Sesuai bagi mereka yang inginkan gambar ala-ala Twilight gitu. Kamu perlu membayar tiket masuk dahulu jika ingin menjalankan pengambaran di FRIM.

#2 Sekeping Tenggiri

2SEKEPING

Sekeping Tenggiri adalah sebuah rumah penginapan yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar, suasana di Sekeping Tenggiri ni kelihatan nyaman dan tenang dengan pokok-pokok dan kolam yang terletak di sekitar rumah. Struktur binaan rumah yang telah diubah suai kelihatan sangat eksklusif. Dengan hasil kreativiti jurugambar, gambar perkahwinan kamu pasti akan kelihatan sangat cantik dan unik. Kamu perlu menghubungi pihak pengurusan Sekeping Tenggiri jika mahu menjalankan penggambaran di sini.

#3 KLIA

3KLIA

Siapa cakap dekat lapangan terbang tak boleh jalankan penggambaran? Lihat saja hasil kreativiti jurugambar dan pasangan pengatin ini. Gambar perkahwinan akan nampak sangat unik dengan adanya kapal terbang di udara. Jangan pula bergambar di tengah-tengah landasan ketika ada kapal terbang yang ingin berlepas ya.

#4 Kellie Castle

4KELLIE

Siapa saja yang tidak tahu Kellie Castle kan? Sebuah istana lama yang terletak di Batu Gajah, Perak. Binaan yang bercirikan English ini boleh menjadikan gambar perkahwinan kamu kelihatan klasik dan unik. Jika ingin menjalankan penggambaran di sini, kamu perlu membayar tiket masuk.

#5 Rimbayu IJM Land

5RIMBAYU

Bandar Rimbayu adalah sebuah bandar rancangan oleh IJM Land yang dibangunkan di Selangor terletak berdekatan dengan Kota Kemuning. Walaupun sebuah bandar, namun suasana persekitarannya ternyata damai dan nyaman dengan flora yang ditanam sekitar bandar dan taman-taman rekreasinya. Bagi yang ingin nampak moden tetapi inginkan sedikit elemen alam semulajadi bolehlah ke Bandar Rimbayu.

#6 Taman SUK Shah Alam

6SUK

Sebuah Taman Rekreasi yang terletak di Seksyen 5 Shah Alam. Masih ramai  yang tidak tahu akan kewujudan taman ini, jadi amat sesuai untuk menjalankan penggambaran kerana tiada orang ramai lalu lalang. Kawasan persekitaran juga dipenuhi dengan pokok-pokok dan flora yang cantik.

#7 Ladang Teh Cameron Highlands

7CAMERON

Kalau nak gambar ala-ala hindustan sambil menari-nari di balik dedaun teh yang menghijau, boleh la ke Ladang Teh Cameron. Cuaca yang sejuk dengan kehadiran kabus pula akan membuatkan gambar perkahwinan seperti berada di luar negara.

#8 Taman Saujana Hijau, Putrajaya

8SAUJANA

Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11 Putrajaya mempunyai landskapnya yang tersendiri tidak seperti taman-taman yang lain. Pokok-pokok yang terdapat di taman ini adalah pokok pine dan pokok-pokok konifers yang lain. Taman ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu European garden, Oriental Garden dan English Garden. Bagi sesiapa yang menginginkan gambar berkonsepkan europe bolehlah ke European Garden, bagi gambar berkonsepkan oriental bolehlah ke Oriental Garden dan agi gambar berkonsepkan english bolehlah ke English Garden. Bolehlah feeling-feeling seperti menjalankan penggambaran di luar negara.

#9 Astaka Morocco

9MOROCCO

Terletak di Presint 1, Putrajaya dekat Taman Botani Putrajaya, Astaka Morocco sesuai untuk gambar ala-ala arabic kerana seni binanya yang berasaskan seni bina Morocco. Dengan ukiran-ukiran di dinding serta pokok-pokok palma disekitarnya membuatkan kamu seperti berada di Morocco. Untuk tujuan penggambaran, kamu perlu membayar yuran masuk.

#10 Eco Majestic

10ECO

Terletak di Semenyih, Eco Majestic adalah sebuah harta tanah yang dibangunkan oleh Eco World. Bermula dari pintu masuk sudah membuatkan kamu terpukau dengan landskap dan binaannya. Binaan yang berkonsepkan Royal membuatkan kamu seperti berada di alam fantasi Disney Princess zaman kanak-kanak apatah lagi dengan pakaian raja sehari. Pasti gambar perkahwinan kamu akan kelihatan lebih mewah dan elegen.

 

Lihat artikel10 LOKASI MAJLIS PERKAHWINAN TREND MASA KINI. SESUAI UNTUK TEMA ‘GARDEN WEDDING’!