TOP 6 Cleansing Oil Ini Mampu Singkirkan Kotoran Degil Di Wajah Dengan Mudah!

TOP 6 Cleansing Oil Ini Mampu Singkirkan Kotoran Degil Di Wajah Dengan Mudah!

Kecantikan

 Skincare is way important than your makeup, sisters. Macam mana nak pastikan wajah bersih dari segala kotoran dan bendasing? Oil cleanser is the answer!

Pembersih yang berasaskan minyak ini dirumuskan untuk menyingkirkan minyak berlebihan, kotoran degil dan bendasing dari kulit hingga ke liang pori. Pembersih jenis ini selalunya akan dipakai pada waktu malam ketika melakukan Double Cleansing Method“. 

 

Ohfesyen senaraikan 6 oil cleanser terbaik yang kamu boleh cuba! Terutamanya untuk first timer.

 

1/6   Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil

Pencuci ini dirumuskan dengan minyak zaitun untuk membersih secara mendalam, menghilangkan kotoran, minyak yang berlebihan dan menanggalkan mekap yang tebal dengan serta merta. Hada Labo cleansing oil ini juga mampu membersihkan maskara water-proof. Diperkaya dengan super hyaluronic acid untuk menghidrat dan mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit sehingga kulit berasa lembut dan licin.

Dapatkan di Watsons, Guardian, Hermo.my, Althea, Aeon Wellness

 

 

 

2/6   Biore Cleansing Oil 

Formula dari Jepun ini tidak mengemulsi apabila bersentuhan dengan air, membolehkan pembersihan yang optimum walaupun pada wajah yang basah atau ketika mandi. Mampu menanggalkan mekap dengan mudah dan cepat malah berkesan untuk mereka yang memakai mekap waterproof. Ia juga mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit.

Dapatkan di Watsons, Guardian, Hermo.my, Althea, Aeon Wellness

 

 

3/6   Banila Co. Clean It Zero Cleansing Balm

Langkah pertama penjagaan kulit dengan faedah pengelupasan, mengetatkan liang dan melembutkan kulit. Sesuai untuk kulit normal, kombinasi dan makeup addict. Ekstrak betik yang mampu menanggalkan mekap tebal dan kotoran degil tanpa kerengsaan untuk menjaga liang-liang yang bersih. Balm ini juga mengandungi ekstrak acerola yang kaya dengan Vitamin C yang membuat kulit menjadi sihat dan berseri. 

Dapatkan di  Hermo.my, Althea

 

 

4/6   Heimish All Clean Balm

Produk buatan Korea ini mengandungi minyak aroma semulajadi untuk badan dan minda yang santai ketika membersihkan wajah seolah-olah berada di spa! Ekstrak buah kelapa dan shea butter yang menanggalkan mekap dan kotoran dari wajah dengan kesan pembersihan yang mendalam. 

Dapatkan di Hermo.my, Althea

 

 

5/6   Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil

Mengandungi pelbagai minyak sayuran yang baik untuk penjagaan kulit. Tekstur yang mudah dibersihkan membolehkan pembersihan kotoran dan mekap tanpa menyebabkan sebarang masalah dan iritasi. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil juga mengandungi minyak semulajadi yang diekstrak dari Black Bean untuk mengawal pengeluaran sebum dan menenangkan kulit. Black sesame oil dengan efek antioksidan dan Blackcurrent seed oil yang kaya dengan mineral dan vitamin juga formula hypo-allergenic untuk kulit sensitif. 

Dapatkan di Hermo.my, Althea

 

 

 

6/6   Nature Republic Forest Garden Chamomile Cleansing Oil 

Chamomile cleansing oil ini mengandungi chamomile semulajadi untuk melindungi kulit sensitif. Pembersih ini menanggalkan mekap tanpa meninggalkan sisa yang melekit. Air chamomile semulajadi pula melindungi kulit dari pelbagai bahan dan tekanan berbahaya, memberi kelembapan kepada kulit dan menghapuskan bendasing. 

Dapatkan di Nature Republic, Hermo.my, Althea

Love, Wawa Adam