Top 7 Toner Ini Boleh Bantu Kamu Yang Mempunyai Kulit Kombinasi!

Top 7 Toner Ini Boleh Bantu Kamu Yang Mempunyai Kulit Kombinasi!

Kecantikan

Hidung berminyak tapi pipi kering. Jadi apa yang perlu pakai?

Kulit kombinasi merupakan kulit yang sebahangiannya berminyak dan sebahagiannya lagi tidak. Perkara ini boleh dilihat pada zon T muka kamu iaitu dahi, hidung dan dagu kamu. Jika zon T kamu berminyak secara berlebihan manakala pipi dan kawasan sekeliling mata kamu kering atau kurang berminyak, maka kamu mempunyai kulit kombinasi.

Fret not, Ohfesyen senaraikan 7 toner yang terbaik khas buat kamu.

1/7 Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Astringent

Toner ini merupakan toner bebas alkohol yang dirumus dengan ekstrak Hamamelis Virginiana dan campuran bahan yang diuji dengan masa, ramuan semulajadi ini mengandungi tanin yang penting. Toner ini memberikan kesan yang jelas pada kulit yang sering berjerawat. Bahan Aloe Vera dapat mengurangkan kemerahan sementara air mawar dapat merawat jerawat dan kulit kekal terhidrasi dan segar.

Dapatkan di Watsons, Hermo.my

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-11

2/7 Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Produk ini bukan sahaja bertindak sebagai toner, tetapi sebagai cleanser dan juga exfoliator. Bahan AHA/BHA dapat menghalang whiteheads, blackheads dan cela dengan campuran bahan semulajadi dan air mineral yang sempurna untuk meremajakan dan memulihkan kulit kamu. Ia tidak mengeringkan kulit kerana ia menggabungkan epal dan air kulit willow yang berkesan dalam menghidrat kulit.

Dapatkan di Hermo.my, Althea

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-1

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-22

3/7 Klairs Supple Preparation Toner

Seperti namanya, toner ini menyediakan kulit kamu untuk menyerap kebaikan produk kecantikan kamu yang seterusnya. Oleh sebab itu, produk ini mampu mengimbangi pH kulit kamu. Ia juga tidak akan menyebabkan iritasi kulit dan rasa pedih kerana dirumus tanpa menggunakan bahan kimia. Toner seperti ini sesuai digunakan jika kulit kamu jenis yang sensitif.

Dapatkan di Hermo.my, Watsons, Althea

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-3

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-33

4/7 Nature Republic Soothing & Moisture ALOE VERA 90% Toner

Seperti yang kita tahu, aloe vera terkenal dengan sifatnya yang menenangkan dan menyembuhkan. Toner ini mengandungi 90% aloe vera yang dapat melembapkan dan mengurangkan iritasi kulit. Produk ini tidak melekit dan teksturnya juga ringan, sangat sesuai dengan kulit jenis kombinasi.

Dapatkan di Hermo.my, Althea

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-2

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-44

5/7 Hada Labo Premium Whitening Lotion

Toner daripada Jepun ini bebas alkohol dan mengandungi dua jenis HA (hyaluronic acid) iaitu hyaluronic acid dan nano hyaluronic acid. Hada Labo Premium Whitening Lotion ini juga mengandungi 2 jenis vitamin iaitu C dan E untuk melegakan kulit selepas terkena sinaran matahari. Ia juga dapat membaiki bintik gelap, mengimbangi semula tona kulit dan sinaran muka kamu.

Dapatkan di Watsons, Guardian, Hermo.my

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-4

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-55

6/7 Garnier Pure Active Toner

Jika kamu kekurangan budget, why not cuba Garnier Pure Active Toner ini. Ia mengandungi salicylic acid untuk melawan 6 tanda jerawat dan minyak. Jika kulit kamu sering berminyak, mempunyai blackheads dan bintik gelap, toner ini dapat menyingkirkan kotoran dan membersihkan kulit kamu.

Dapatkan di Guardian, Hermo.my

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-7

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-66

7/7 Eucerin Dermato Clean Clarifying Toner

Eucerin merupakan salah satu jenama drugstore yang terbaik, dimana Eucerin Dermato Clean Clarifying Toner dapat menghidrasi dan melicinkan kulit. Bahan aktif seperti APG kompleks membersihkan kulit dengan lembut untuk memberi kulit kamu bernafas. Ia juga mengandungi hyaluronic acid untuk membekalkan kelembapan yang berpanjangan supaya kulit kamu kekal hidrasi dan lembut.

Dapatkan di Watsons, Guardian

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-6

Top-7-Toner-Ini-Boleh-Membantu-Kamu-Yang-Mempunyai-Kulit-Kombinasi-77

 

Love, Auni Nabihah