TRENDING : Indonesian Doll Look Menjadi Pilihan Ratu Sehari

TRENDING : Indonesian Doll Look Menjadi Pilihan Ratu Sehari

Artis, Makeup

cover

Semua wanita yang bakal menjadi ratu sehari pasti menginginkan kesempurnaan dalam segala aspek persiapan perkahwinan. Persiapan diri yang lengkap perlu dititikberatkan seperti tatarias, busana pengantin, dandanan rambut atau tudung supaya ratu sehari berpuas hati dan dapat meraikan hari perkahwinannya dengan bahagia. Perempuan kalau tudung senget sikit tak kena dengan muka, mula lah nak moody satu hari suntuk. Baru tudung, kalau solekan? Mau cancel terus hari bahagia dia tu. Naya..

Trending di abad ini, solekan minimalis dan lembut menjadi pilihan utama ratu sehari. Bermula dengan trend barbie doll look, kini beralih pula pada trend Indonesian doll look dimana solekan lebih menonjol berbanding solekan barbie doll look yang lebih lembut. Apa yang menyerlahkan solekan Indonesian doll look ini sebenarnya dengan menggunakan anak tudung lace

Dekat mana nak cari anak tudung lace tu? Banyak stokis dan butik yang menjual inner lace ini. I akan senaraikan penjual yang menjual inner lace atau anak tudung lace ini dekat ruangan di bawah sekali. Rajin-rajinkan diri untuk scroll ya. 

Jom tengok senarai MakeUp Artis ataupun inspirasi solekan ratu sehari pilihan OHFESYEN!

#1 Makeup by Ynasakinah


MUA Ynasakinah menggunakan teknik berlainan tetapi masih menyerupai look Indonesian doll. Kanta lengkap  yang diguna oleh model Ynasakinah juga lebih memberi efek natural pada solekan.

#2 Makeup by Bellaz

Eyeshadow yang digunakan oleh MUA Bellaz lebih kepada rona-rona asas. Menggunakan lipstik rona yang sama dengan tudung. Rona yang sedikit lembut untuk anak tudung lace!

#3 Makeup by Nuex Rosli

Solekan yang hampir serupa tetapi sedikit berbeza pada bulu mata palsu. NR menggunakan bulu mata yang lebih menonjol dan lipstik yang lebih lembut. Kanta lengkap yang digunakan juga hampir sama

#4 Makeup by Oh Dyra

Terkenal sebagai makeup artis di Johor, Dyra membuat sesi solekan bersama rakan MUA yang lain untuk solekan Indonesian doll look. Yang ini korang boleh pilih mana satu solekan yang menjadi pilihan hati. MUA Dyra ada senaraikan 5 solekan berbeza dari 5 MUA yang berbeza termasuk dirinya sendiri! 

Inner Lace Seller

  1. Jakel
  2. adira.salahudi (klik sini)
  3. mawar ismail (klik sini)