TRENDING: Solekan Jeragat Palsu Menjadi Ikutan Penggemar Mekap Di Serata Dunia

TRENDING: Solekan Jeragat Palsu Menjadi Ikutan Penggemar Mekap Di Serata Dunia

Makeup

Jeragat merupakan mimpi ngeri bagi wanita di negara Barat. Kalau dulu mereka sedaya upaya ingin menutupi jeragat dengan memakai solekan tetapi kini mereka lebih memilih untuk menghargai kecantikan semula jadi mereka dimana tidak semua wanita memilikinya. Malah ada yang menjual jeragat palsu secara online! 

Bagi mereka, wanita yang punya jeragat sangat bertuah. Namun, mereka masih perlu memakai solekan tipis untuk kelihatan lebih menawan. Solekan tebal hanya akan menutupi jeragat mereka. Elakkan memakai bronzer atau apa-apa yang berona coklat. 

Antara selebriti hollywood yang mempunyai jeragat atau freckles, Emma Stone, Lindsay Lohan dan Demi Lovato.

celeb

Foto — google

Mereka yang tidak punya jeragat pula akan membuat faux freckles atau jeragat palsu menggunakan solekan. Pelbagai tips dan trik diguna pakai untuk membuat jeragat palsu kelihatan natural. Trend solekan faux freckle ini pada mulanya terkenal di negara Barat sejak setahun yang lalu dan tidak sangka ianya menjadi ikutan di negara-negara lain termasuk Malaysia. 

alha alfa

Foto — instagram @alhaalfa

Alha Alfa dan Najeeb Azami merupakan jurusolek professional yang berani mencuba kelainan dalam solekan mereka. Uqasha Senrose yang disolek oleh Jurusolek professional, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha Alfa. Baginya, tidak salah untuk mencuba perkara baru kerana solekan juga seperti fesyen dimana sering bertukar trend. Walaupun mendapat kritikan negatif dari sebilangan netizen, namun masih ada yang memuji kerana mereka membuat wanita yang punya jeragat lebih berkeyakinan. 

celeb 2

Foto — instagram @najeebazami

Jurusolek facesbysah juga pernah mencuba gaya solekan faux freckle ini dengan hanya menggunakan cotton bud! Trik ini boleh dikatakan menjadi kerana menurutnya ramai yang menyangka ianya asli!

FBS

Bagi admin, trend mekap faux freckles atau jeragat palsu ini sememangnya cantik JIKA dibuat menggunakan teknik yang betul. Apa salahnya mencuba sesuatu kelainan? Mekap juga ibarat fesyen, kalau pakai baju yang sama setiap hari pun pasti cepat bosan. Setuju tak!?