Sebagai wanita, sudah pasti kita sentiasa mahu tampak kurus dan bergaya. Pada kita yang mungkin tidak memiliki saiz badan S dan M, terdapat helah untuk nampak kurus dengan gaya busana dan tip stail yang penting. Tip dan helah ini sedang hangat diamalkan oleh para selebriti Hollywood. Apa agaknya ‘rules’nya? Mari Hijabista gariskan di bawah:

1) Busana lapisan luar yang labuh

 

 

Menurut penata gaya Hollywood, memakai busana lapisan luar yang labuh, “bakal menjadikan anda wanita yang paling ‘slim’ di dunia kerana ia menutup apa sahaja yang anda mahu sembunyikan dan juga menjadikan anda tampak lebih ‘cool’ daripada biasa.” Hijabista setuju dan memandangkan cuaca di Malaysia ini panas, jadi pastikan anda memilih lapisan luar dari fabrik yang ringan dan ‘bernafas’.

 

Mahu tampak tinggi? Klik ini!

2) Skirt kembang (flared)

 

 

Jika anda memiliki pinggul dan paha yang agak besar, dres atau skirt kembang akan menjadi ‘ultra-flattering’ pada tubuh anda. Ia akan memberi definisi kepada pinggang anda (bahagian paling kecil), dan akan ‘flow’ dengan cantik sehingga ke hujung kaki anda.
 

 
3) Pinggang yang bertali pinggang

 

 

Memberi fokus kepada pinggang anda dengan memakai tali pinggang adalah helah ‘slimming’ yang sesuai untuk wanita apa sahaja saiz. Efeknya terbaik untuk mereka yang memiliki figura ‘hourglass’ kerana ia memberi fokus kepada bahagian tengah anda.

 

Ketahui cara memilih tali pinggang yang sesuai. Klik sini!

4) Monokrom

 

 

Menyarung busana satu warna dari kepala hingga ke kaki adalah secara visualnya ‘memanjangkan’, akan membuat anda tampak lebih tinggi dan ‘leaner’. Warna hitam adalah warna pilihan yang klasik, tetapi Hijabista sarankan pilihan warna putih untuk cuaca yang lebih panas.

 

Moga tip di atas mampu memberi panduan kepada hijabi di luar untuk tampak lebih ‘slim’ dalam bergaya. Selamat mencuba! – hb