TUDUNG EKSKLUSIF DENGAN PERINCIAN YANG DIJAHIT MENGGUNAKAN TANGAN

TUDUNG EKSKLUSIF DENGAN PERINCIAN YANG DIJAHIT MENGGUNAKAN TANGAN

Out & About, Tutorial Hijab

Setiap hari pun plain and printed shawl? Boring! Apa kata tambahkan sedikit kelainan pada hijab kamu. Girls, it’s time to shine! MyPapillon mungkin boleh jadi pilihan hati. Salah satu sebab, kualitinya dijamin setaraf jenama terkenal!

 

 

 

MyPapillon merupakan label hijab rekaan anak tempatan dan satu pusat sehenti untuk semua jenis hijab. Mereka menawarkan tudung elegan yang bersesuaian untuk dipakai ke majlis formal dan juga sesuai untuk pemakaian harian. Ianya sangat memenuhi keperluan wanita dari semua lapisan masyarakat.

 

 

Jenama MyPapillon bermula dengan hasrat ingin membawa tudung bertatahkan perincian mewah dari butik fizikal ke butik atas talian kepada semua golongan wanita.

 

 

Antara koleksi tudung siri edisi terhad – Angelic Peacock

 

Dengan falsafah reka bentuk yang merangkumi sifat kewanitaan kontemporari, MyPapillon menawarkan reka bentuk yang unik sekaligus dapat mencuri perhatian dengan keanggunan dalam diam.

Sejak penubuhan MyPapillon, label ini telah berkembang dan kini ianya menyerlahkan sifat kewanitaan moden dengan keseimbangan antara perincian dan kesederhanaan dalam setiap helaian tudung.

 

Perincian yang kemas dan dijahit 100% menggunakan tangan

 

 

Seiring dengan perkembangan label ini, pasukan mereka  juga turut bangkit dan mekar  bersama mereka. Dengan dedikasi yang diberikan, fabrik premium, hiasan mewah dan pemahaman terkini mengenai siluet klasik telah menjadi sinonim dengan koleksi mereka.

 

 

Koleksi eksklusif edisi terhad yang  pertama menampilkan perhiasan mewah yang rumit dan mutu kerja yang halus oleh tukang jahit berkemahiran tinggi. Setiap aksesori adalah 100% di jahit menggunakan tangan dan disematkan bersama dua benang bagi memperkemaskan lagi perincian di setiap tudung.

 

Koleksi ini boleh digayakan ke majlis-majlis istimewa seperti majlis makan malam dan sebagainya. Pelbagai jenis perincian diguna untuk memastikan sifat eksklusifnya seperti bunga 3D, manik, batu kaca, bulu burung kiwi, labuci dan juga mutiara, dijahit pada fabrik tudung terkini iaitu satin premium untuk bentuk dan alunan yang cantik. Ianya pasti mencuri perhatian mata-mata yang melihatnya.

 

 

Harga koleksi edisi terhad yang ditawarkan oleh MyPapillon sangat berpatutan berbanding dengan harga yang dijual di butik-butik fizikal dan ianya juga bakal menjadi koleksi pertama seumpamanya di Malaysia yang boleh didapati secara atas talian.

 

Antara Koleksi Tudung Siri Edisi Terhad : GLIMMER BLOOM

 

Gambar koleksi fabrik tudung dengan perincian yang kemas dan dijahit dengan menggunakan tangan.

Instagram: @mypapillonhijab

Facebook: @mypapillonhijabinternational

E-Commerce : www.mypapillon.my

Photo Courtesy of — MyPapillon Hijab