Tukar Jeans Terpakai Kepada Beg Denim. Wanita Ini Tekad Ingin Mengubah Hidup Komuniti Ibu Tunggal

Tukar Jeans Terpakai Kepada Beg Denim. Wanita Ini Tekad Ingin Mengubah Hidup Komuniti Ibu Tunggal

Out & About

HENDAK seribu daya tak hendak seribu dalih. Begitulah peribahasa yang sesuai buat pemilik SURI INSPIRASI SDN BHD, Salena Ahmad atau lebih selesa dipanggil Sally. Tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang jahitan bukanlah penghalang buat beliau untuk memulakan perniagaannya yang diberi nama Suri.

 

Apa yang lebih menarik lagi adalah perniagaan Sally adalah sebuah perniagaan Perusahaan Sosial dimana beliau membantu ibu-ibu tunggal menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan hidup dan menggunakan bahan-bahan kitar semula iaitu jeans atau denim terpakai.

 

Ohfesyen berpeluang untuk menemu bual wanita yang berhati mulia yang juga seorang ibu tunggal dan juga Usahawan Sosial untuk memahami lebih lagi berkaitan perniagaan Perusahaan Sosialnya.

 

 

Bagaimana segalanya bermula Ditubuhkan secara rasminya pada 2016.

 

 

Sebelum terlibat dengan Suri lagi Sally sudah mempunyai perniagaan sendiri yang melebihi 10 tahun iaitu Syarikat “Content Provider” penyedia kandungan bagi telefon mudah alih. Menurut Sally, ketika itu masih tiada lagi telefon pintar, namun disebabkan peredaran zaman dan pertumbuhan teknologi, beliau terpaksa menutup syarikatnya kerana tidak mampu menampung kos untuk teknologi yang semakin canggih. Jadi Sally perlu mencari sumber pendapatan lain bagi menampung hidup beliau dan dua orang anaknya yang masih bersekolah kerana ketika itu beliau sudah bergelar ibu tunggal.

Sally mendapat idea untuk menubuhkan perniagaan Perusahaan Sosial apabila beliau menghadiri satu bengkel jahitan yang mengajar cara untuk menjana pendapatan daripada bahan kitar semula. Namun ketika itu Sally tidak mempunyai ilmu tentang jahitan dan kos untuk menyertai kelas jahitan sangat mahal dan pada ketika itu beliau mempunyai masalah kewangan. Jadi apa yang dilakukan Sally adalah dengan membeli sebuah mesin jahit dan menimba ilmu jahitan di rumah melalui Internet dan Youtube sehingga beliau mahir dan dapat membantu ibu tunggal yang lain.

 

Pelanggan pertama beliau adalah sebuah organisasi NGO yang memintanya menghasilkan 400 buah beg namun ketika itu Sally tidak mempunyai ramai ibu tunggal yang mempunyai kemahiran menjahit. Tidak berputus asa malah beliau terus mencari lagi ibu-ibu tunggal yang mempunyai kemahiran menjahit untuk menghasilkan 400 buah beg tersebut.

 

 

Kenapa SURI dan bukannya SALLY?

 

Nama Suri adalah sangat sinonim dengan kaum wanita atau golongan ibu. Sally memilih nama Suri kerana beliau sendiri adalah seorang wanita dan ibu tunggal dan mereka yang bekerja dengannya juga adalah ibu-ibu tunggal.

 

 

Take it or leave it.

Dengan sokongan kawan baiknya merangkap mentor, Sally telah menyertai MaGIC iaitu sebuah organisasi kerajaan yang fokus untuk membantu perniagaan Perusahaan Sosial dengan menyediakan geran. Menurut Sally, lebih 600 peserta tersenarai, MaGIC hanya memilih 25 peserta sahaja termasuk dirinya.

 

 

View this post on Instagram

 

This product is a creative collaboration between SURI and @tarikjeans . With Tarik known for the quality of their products and SURI’s involvement in up-cycling denim materials, came along this collaboration limited edition garment, 2nd Chance Pocket Tee. The process of producing this t-shirt took a delicate and precise measure in removing each and individual jeans pocket with each removal took and average of 5 minutes per pocket. Spending over 4 hours in total to remove 500 jeans pockets by 10 Hong Leong Bank volunteers. From this, 150 pockets were selected to be sewn on the t-shirt – giving it an updated look and a brand new lease of life! Grab yours today & tomorrow at @riuhinthecity while stock last! . . . 📷 Credit : Tarik Jeans #suri #tarikjeans #denim #riuhinthecity #demikita #hlb #jumpstart #urbanscapes2018 #riuhbytheriver

A post shared by SURI Lifestyle (@suri.lifestyle) on

 

Sally perlu membentangkan idea perniagaan sosialnya dihadapan juri dan menyertai program tersebut selama tiga bulan. Dalam tempoh tersebut, Sally perlu mencapai target yang ditetapkan dan barulah geran sebanyak RM30,000 diberikan kepadanya. Wang tersebut digunakan Sally bagi memulakan perniagaannya dengan membeli peralatan kelengkapan jahitan.

 

 

Kenapa bahan dari denim kitar semula?

 

Produk yang dihasilkan oleh Suri LifeStyle kebanyakannya adalah beg yang berasaskan kain jeans atau denim yang dikitar semula. Mereka pernah mencuba untuk menghasilkan beg daripada kain banner atau bunting namun bahan tersebut mempunyai habuk yang sangat banyak dan perlu dicuci menggunakan bahan kimia. Rentetan itu, Sally tidak mahu merisikokan ibu-ibu tunggal yang bekerja dengannya. Demikian, kini bahan yang digunakan hanyalah kain jeans atau denim terpakai.

 

Demi mengembangkan lagi perniagaannya ke tahap seterusnya,, Suri sedang menghasilkan pakaian dan dekorasi rumah dengan menggunakan material yang sama seperti beg, kain jeans atau denim yang dikitar semula.

 

Mana nak dapatkan produk Suri?

Buat masa ini produk Suri boleh didapati di KLCC iaitu di Kedai Cenderamata Petrosains dan Ekplorasi yang terletak di tingkat 4 . Produk yang terdapat di Eksplorasi majoriti adalah untuk kanak-kanak manakala produk di Kedai Cenderamata Petrosains pula adalah yang lebih premium. Dn juga di SOGO di butik LIGHTBUB tingkat 3.

 

 

 

View this post on Instagram

 

We are here today at Hong Leong Bank Tower showcasing our products with collaboration of @tarikjeans ! #SURI #HLB #Tarik #DemiKita

A post shared by SURI Lifestyle (@suri.lifestyle) on

Pereka Fesyen? Why Not!

Segala rekaan bagi produk Suri LifeStyle direka sendiri oleh Sally. Namun, Hong Leong Bank telah tampil untuk membantu perniagaan Sally. Mereka menemukan Sally dengan pereka fesyen TARIK JEANS bagi menghasilkan rekaan untuk produk Suri LifeStyle. Apabila berkolaborasi bersama TARIK JEANS dan sebagai Mentor, Suri dapat menghasilkan produk yang lebih premium, Hipster dan Trendy dimana menumpukan untuk pasaran yang lebih tinggi. Namun Suri LifeStyle masih juga menghasilkan produk bagi pasaran yang lebih rendah.

 

 

 

Kolaborasi Dengan Hong Leong Bank Dan Syarikat Korporat Lain

Perniagaan Sally kian mendapat tempat di mata netizen. Hong Leong Bank telah datang menemuinya bagi membantu perniagaan Perusahaan Sosialnya dibawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR). Namun, program CSR Hong Leong Bank bukanlah seperti program CSR yang biasa memberi sumbangan pada satu masa sahaja.

 

Hong Leong Bank akan membantu perniagaan sosial ini dalam jangka masa satu hingga dua tahun untuk berkembang dan menjadi kukuh. Dari situ, perniagaan sosial ini akan dapat membantu lebih ramai komuniti yang terpinggir. Perusahaan sosial bukan badan kebajikan.

 

Ia merupakan perniagaan yang bermatlamat memaksimumkan keuntungan. Tetapi operasi perniagaan tersebut membolehkannya membantu menyelesaikan sesuatu isu sosial atau alam sekitar. Keuntungan tetap penting kerana hanya perniagaan yang untung sahaja boleh menyumbang kepada negara. Model yang diguna pakai oleh SURI ialah model perniagaan yang diserikan dengan menyumbang ke arah pembangunan masyarakat.

 

Seperti Suri, mereka memfokuskan kepada kedua-duanya dengan membantu komuniti yang terpinggir dan menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan produk. Walau sedemikian, mereka juga perlu mencari keuntungan kerana dari situlah perniagaan mereka dapat bertahan dan lebih berkembang.

 

 

Maka, Hong Leong Bank membantu mereka dengan menemukan Sally dengan pereka fesyen dan beberapa orang rakan kongsi yang dapat membantu menjual produk Suri. Selain daripada Hong Leong Bank, Suri juga pernah bekerjasama dengan DHL dengan mengadakan kempen kitar semula.

 

Selain itu, Uniqlo juga pernah bekerjasama dengan Suri. Mereka memberi sisa kain jeans atau denim dan meminta Suri untuk menghasilkan clutch atau pouch kecil. Kemudian produk tersebut akan diberikan semula kepada pelanggan Uniqlo yang membeli sehingga RM300. Kebanyakan syarikat yang bekerjasama dengan Suri adalah syarikat multinasional seperti OSK Holding dan British American Tobacco.

 

 

 

Ibu Tunggal Tulang Belakang Suri

Sehingga kini, Sally mempunyai 10 orang ibu tunggal yang bekerja dengannya. 6 orang bekerja sepenuh masa dan 4 lagi bekerja secara sambilan dengan bekerja dari rumah ataupun apabila Suri mempunyai projek. Mereka bekerja mengikut waktu bekerja yang biasa. Ketika mereka mula-mula menyertai Suri, ada antaranya yang tidak mempunyai ilmu jahitan. Jadi Sally memberikan latihan secara percuma kepada mereka selama 3 bulan.

 

Suri berpusat di rumah Sally sendiri iaitu di Klang kerana menurutnya, kos untuk menyewa sebuah kedai sangat mahal. Demi mengurangkan kos, Sally menyewa rumah teres dua tingkat dimana bahagian atas rumah adalah tempat tinggal Sally manakala tingkat bawah adalah kawasan mereka bekerja.

 

 

 

Tumpuannya kepada ibu-ibu tunggal ini bukanlah hanya tentang menjahit. Sally ingin mereka mempunyai kemahiran yang tinggi. Oleh itu, Sally dan ibu-ibu tunggal ini menyertai program dengan pihak SKM (Sijil Kemahiran Malaysia). Mereka diberikan modul sebagai rujukan untuk menghasilkan sebuah beg. Kesemua ibu tunggal yang bekerja dengan Sally mempunyai sijil kemahiran dan mereka telah mendapat sijil pada konvokesyen di UKM Bangi November 2018.

 

 

Inilah yang dilakukan oleh perniagaan Perusahaan Sosial. Mereka memberikan impak atau kesan kepada komuniti dan alam sekitar. Seperti Suri, ia memberikan kesan kepada golongan ibu-ibu tunggal ini dari tiada pendapatan dan kemahiran kini sudah memiliki kemahiran, sijil dan pendapatan. Bagi Sally, ini adalah pencapaian terbesarnya apabila melihat ibu-ibu tunggal ini dapat mengubah hidup mereka.

 

Top 10 Winners – Star Golden Heart Award 2018

 

Love, Wawa Adam ♥