Ulzzang Alert! Follow 10 Instafamous Korea Ni Kalau Korang Suka Jadi “Stalker”

Ulzzang Alert! Follow 10 Instafamous Korea Ni Kalau Korang Suka Jadi “Stalker”

Out & About

Ulzzang Alert! Follow 10 Instafamous Korea Ni Kalau Korang Suka Jadi “Stalker”

Sudah menjadi lumrah manusia dan sebagai seorang wanita, kita suka melihat benda yang cantik-cantik.

Gaya hidup masa kini pula sering mendedahkan kita kepada kehidupan orang lain lalu mendorong diri untuk menjadikan individu yang kita anggap sempurna itu sebagai satu inspirasi.

Instagram adalah platform utama yang membuka peluang kepada kita semua menjadi seorang “stalker”… mengintai kehidupan orang lain secara suka-suka demi kepuasan diri. Ha! Tak usah menipu, boleh kata setiap saat kita akan mengodek akaun Instagram untuk melihat perkembangan “mereka” yang kita puja-puja itu.

Gif -Giphy

Namun, ini bukanlah suatu penyakit yang kronik. Normal bagi semua orang, namun janganlah ada yang terlalu obses sehingga berasa benci kepada diri sendiri kerana tidak memiliki fizikal yang sempurna atau kehidupan yang senang-lenang seperti “mereka”. Ingat, jangan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain kerana itu bermaksud kita tidak bersyukur. 

Jika anda gemar ‘mengintai’ kehidupan perempuan lain kerana gaya fesyen yang dibawakan, wajah mereka yang cantik persisi bidadari, anda pasti mahu mengenali 10 It-Girl dari Korea ini. Jom follow Instagram mereka supaya anda tidak ketinggalan sebarang trend kecantikan, fesyen dan solekan terkini dari negera hiburan tersebut!

#1 Mulbada (178k followers)

Penulis untuk sebuah blog [Time to Wander] dan merupakan wajah untuk jenama fesyen terkemuka Korea iaitu [Unbutton], wanita muda ini suka berkongsi tentang seni fotografi di akaun Instagramnya.

Selain itu, dia juga gemar menggayakan seleksi fesyen unik bersama teman-teman rapat. Gaya yang dibawakannya boleh dianggap sensasi dan dia memang memiliki cita rasa yang tersendiri when it comes to fashion!

#2 Jeong Hui Lyu (117k followers)

Seorang Youtuber yang sudah pun berkahwin dan bergelar ibu muda.

Biarpun begitu, dia masih rajin bergaya sakan menampakkan dia seolah masih bujang.

Bahkan dia juga gemar berkongsi foto-foto dia bersantai bersama suami dan anaknya! COMEL!

#3 Yuri (69.7k followers)

Seorang penulis yang gemar mengembara bersama teman lelakinya.

Sudah lapan tahun dia mengelilingi dunia malah banyak menyimpan duit semata-mata untuk melihat dunia di tempat lain.

Sehingga kini, sudah lebih 200 daerah di 50 buah negara yang dijejakinya yup… dia masih meneruskan misi untuk mengelilingi dunia!

#4 Stephanie Lee (139k followers)

Senyumannya yang manis ditemani lesung pipit itu buat semua senang untuk mendekatinya. Gadis cantik ini selalu mewakili agensi model YG Entertainment malah sering menguruskan kumpulan K-Pop popular seperti Big Bang dan 2NE1. 

Baru berusia 23 tahun, dia juga pernah muncul dalam sebuah drama Korea berjudul Young-Pal.

#5 Park Hye Min | Pony (4.1m followers)

Siapa yang gemar menonton tutorial solekan ala Korea pasti kenal dengan nama Youtuber, Pony.

Memiliki jutaan pengikut di Instagram buatkan gadis ini antara yang paling dikenali netizen dari seluruh pelusuk dunia!

Beliau juga pernah viral kerana mengubah dirinya menjadi “kembar” Taylor Swift dengan hanya menggunakan solekan!

Bukan itu sahaja, bakatnya banyak dihargai jenama kecantikan Korea seperti Innisfree, Memebox dan Etude House -sering berkolaborasi bersamanya menghasilkan produk solekan dan penjagaan kulit. 

Dia juga pernah menjadi MUA untuk CL dari 2NE1 suatu ketika dahulu.

#6 Irene Kim (936k followers)

Jika amda gemar meniru cara gadis urban Korea berfesyen, Irene adalah antara mereka yang patut anda look up to! 

Dengan followers yang hampir mencapai 1 juta orang, Irene adalah antara wanita muda berpengaruh dan terkenal dek kerana gaya hidupnya yang glamor.

#7 Joe Lee Na Young Jin (120k followers)

Lirikan matanya mampu membuatkan anda cair serta-merta!

Seorang yang gilakan fesyen dan gayanya sering menjadi ikutan ramai membuatkan gadis genit ini semakin dikenali dari hari ke hari.

Biarpun pengikut Instagramnya baru mencapai 102 ribu orang, karakternya yang minimalis itu mampu membuatkan anda terpegun sampai tak berkelip mata!

#8 Lee Sung Kyung (7.2m followers)

Lee Sung Jyung atau Biblee memiliki lebih 7 juta pengikut di laman instagram. 

Beliau memulakan kariernya sebagai seorang model sebelum meneruskan impian menjadi seorang aktres unntuk beberapa drama popular Korea termasuklah Rub Love, Queen’s Flower serta It’s Okay, It’s Love!

#9 Eunbi (20.5k followers)

Tidak seayu gadis Korea yang lain…

Dia dikenali kerana raut wajahnya yang agak kasar lalu menjadikannya seorang supermodel yang sangat disegani dan pernah terpilih sebagai wajah Marc by Marc Jacobs sekitar 2015 dahulu.

Gemar bawakan gaya ala punk, Eunbi mungkin adalah wanita idaman kepada lelaki yang gemarka wanita berperwatakan kasar.

#10 The_Ketchap (80.5k followers)

Gemar berambut pendek, dia dikenali ramai kerana sering bergaya sakan dalam foto-foto Instagramyang dimuat naik saban hari.

Merupakan seorang model sambilan dan blogger juga!

Sekarang dah tahu siapa antara muka-muka Ulzzang Korea kan?

Nanti masa ‘usha’ IG diorang jangan lama sangat sampai tak tidur malam pula okay?! ?❤️

Share dari : Wanista