Bukan mudah untuk memikul tugas sebagai pengiring ratu sehari. Pilihan busana dan tema yang bertepatan pasti menimbulkan keresahan dihati tatkala menjelang hari bahagia.Variasi ilham pelbagai gaya memberikan persembahan istimewa buat anda si pengapit jelita. Rona kedam dihiasai mutiara dan susunan manik yang mempersona ini amat sesuai bagi si pengiring muslimah yang menginginkan gaya yang sempurna dan sopan.

– Garapan rona merah hati bersama koleksi tudung rona senada membangkitkan aura berani si pemakai.
1

– Rona pic serlahkan keanggunan, tampil lembut dan sensual di hari bahagia. Godaan biru terang pasti memukau mata yang memandang. Perincian manik-manik mutiara bersama batu kristal menyerlahkan lagi pesona anggun si pengiring di hari istimewa.
2

– Rekaan peplum dwi warna mampu tampilkan gaya yang elegan dan bersahaja.
3

-Tidak terlalu sarat, malah cukup sesuai digayakan buat si gadis yang berhijab.
4

– Dres labuh dengan perincian sulaman dan manik menyerlahkan lagi imej moden si pengiring.
5

– Serlahkan warna pastel gamit panorama indah saat mengiringi sang ratu sehari.
6