VeryMe & Suri Inspirasi Bergabung Dalam Satu Pelancaran Produk & Bengkel Menjahit Demi Ibu Tunggal

VeryMe & Suri Inspirasi Bergabung Dalam Satu Pelancaran Produk & Bengkel Menjahit Demi Ibu Tunggal

Out & About

Let’s support our single mothers! 

Pada 15 April lalu, Ohfesyen telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis pelancaran produk dan bengkel menjahit yang dianjurkan oleh dua jenama tempatan. VeryMe, jenama anak tudung mengambil peluang berkolaborasi bersama Suri Lifestyle, sebuah organisasi sosial yang membantu para ibu tunggal di Malaysia.

Majlis ini diadakan bagi mengembangkan lagi perusahaan sosial Suri Lifestyle dan meningkatkan penderma denim sekali gus dapat membantu para ibu tunggal yang kurang bernasib baik. Manakala bagi pihak VeryMe pula dapat meningkatkan “brand awareness”.

Kehadiran Lisdawati sebagai duta turut memeriahkan lagi majlis tersebut. Beliau yang berasakan bengkel ini mempunyai banyak faedah dimana ianya mampu membantu golongan ibu tunggal yang kurang bernasib baik. Turut menyertai acara menjahit denim yang dianjurkan dan dengan hasil kreativiti beliau telah mendapat tempat pertama dalam acara tersebut.

 

 

Foto menarik sekitar majlis dan bengkel …

Love, Wawa