10 kegunaan dan Kebaikan Ais Untuk Kecantikan Wajah!

Ya, ais sememangnya baik untuk wajah! 

 

Bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan untuk mencantikkan wajah. ais batu mempunyai banyak rahsia kecantikan jika selalu diamalkan setiap hari. Ia memberi kesegaran kepada wajah, menjadikan wajah berseri secara semula jadi dan glowing-glowing gitu. Ohfesyen kongsikan 10  kelebihan yang boleh digunakan untuk mencantikkan wajah dengan ais batu.

 

1. Merawat masalah jerawat

Tahukah kamu bahawa ais berfungsi mengurangkan bengkak dan kemerahan kulit akibat jerawat? Selain itu, ais juga boleh menyeimbangkan kadar minyak berlebihan serta mengecutkan jerawat.

Caranya, Bersihkan muka, balut ais dengan sapu tangan atau kain bersih, dan secara lembut tekan pada bahagian jerawat selama 3 hingga 5 minit.

2. Wajah lebih anjal dan Lembut

Apabila kamu menekap ais di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Dengan itu, ia akan menimbulkan kesan sejuk yang bantu menyegarkan kulit kamu yang kelihatan penat ataupun kusam. Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah kamu dengan  menekapnya pada wajah.

 

3. Meningkatkan peredaran Darah

Ini kerana ais akan melancarkan lagi peredaran darah dan menghalang kedutan di awal usia. Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna. Kamu boleh mengurut wajah selama satu minit setiap hari, sebelum memakai alat solek.

 

4. Mengurangkan Mata Sembab

Normal untuk setiap orang mempunyai mata yang sembab. Biasanya, sembap boleh berlaku akibat masalah kurang tidur atau terlalu stress. Ambil beberapa ketulan ais batu dan bungkus dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata kamu. Kesejukan ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata kamu.

 

5. Kecilkan liang pori pada wajah

Ais juga adalah ‘resepi’ paling efektif untuk kecilkan pori-pori di kulit wajah. Caranya, ambil beberapa ketul ais kiub dan balutkannya di dalam sehelai tuala kecil. Tekapkan di wajah berulang kali. Disarankan untuk melakukan petua ini setiap kali sebelum bersolek. Pasti mekap kamu kelihatan lebih smooth dan cantik!

 

6. Mengurangkan kulit berminyak

Kulit berminyak adalah salah satu perkara yang amat ditakuti oleh para wanita. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang gebu tanpa sebarang minyak, kamu hanya perlu gunakan sahaja ais. Ais dapat membantu mengawal kuantiti minyak yang dihasilkan di kulit wajah kita. Amalkan selalu untuk mendapat kulit yang bebas minyak!

 

7. Mengurangkan kemerahan kulit

Kulit menjadi kemerah-merahan adalah perkara biasa akan terjadi apabila kamu terlalu terdedah dengan panas cahaya matahari. Biasakan menggunakan ais dengan meratakan di atas wajah sebelum tidur. Dengan cara ini, kulit akan sentiasa terhidrasi dan boleh menjadikan kulit wajah sentiasa awet muda!

 

8. Mekap tahan lebih lama

Untuk memastikan mekap tahan lebih lama, tekapkan ais yang sudah dibalut di dalam tuala kecil. Biarkan antara lima hingga 10 minit sehingga airnya kering, kemudian pakai skin care kamu pada wajah sebelum bersolek. Ia akan membuatkan mekap tahan lebih lama.

 

9. Melembutkan bibir

Bibir yang merekah dan kering juga membuatkan bibir kamu kelihatan tidak bermaya dan menggelupas apabila memakai gincu. Tahukah kamu bahawa ais boleh membantu kamu atasi masalah tersebut. Sapukan ais di bibir secara perlahan -lahan dan juga dengan meminum air yang secukupnya. Jika dilakukan dengan konsisten, bibir kamu juga bukan sahaja akan kelihatan lembab sepanjang masa, tetapi akan makin menjadi ‘pink’!

 

10. Kurangkan bulu halus pada wajah

Sesetengah orang mungkin mempunyai bulu-bulu halus seperti bulu roma di sekitar wajah. Jangan tak tahu, ia boleh dikurangkan dengan hanya menggunakan ais. Pengunaan ais sangat membantu untuk menghilangkan akar-akar halus pada kawasan wajah anda!

 

Selamat Mencuba! 

Nabila hisham

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese