10-Koleksi-Tudung-Bawal-Murah-&-Cantik-Di-Kedai-Online-12

10 Koleksi Tudung Bawal & Shawl Murah & Cantik Online

 

Walaupun banyak jenis tudung yang dipasarkan seperti shawl, instant shawl, whatsoever tudung it is, tudung bawal masih tetap menjadi pilihan ramai hijaber. Mudah untuk dipakai, digayakan, ringkas dan sesuai untuk apa-apa majlis. Material tudung bawal yang paling digemari pengguna adalah cotton dan satin. Kedua-duanya juga ada keistimewaan yang tersendiri, contohnya material cotton ini mudah dibentuk, lebih mudah didapati, harga juga lebih murah berbanding material satin yang mempunyai tahap kualiti berbeza. Harganya juga berbeza bergantung kepada kualiti dan keaslian.

 

Banyak sebenarnya jenis bawal yang dijual di pasaran Malaysia. Saiz tudung yang biasa adalah bidang 45 tetapi ada juga jenama yang mengeluarkan bidang yang lebih besar untuk memenuhi kehendak pengguna yang memakai tudung paras bawah dada. Kalau dulu nak beli tudung kena pergi ke mall atau pasar malam. Dengan teknologi moden yang ada sekarang, shopping di hujung jari je. Banyak jenis tudung bawal yang kamu boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan sampai rambang mata nak pilih!

Ohfesyen senaraikan 10 koleksi tudung bawal murah yang korang boleh dapatkan secara online.

 

 

 TUDUNGRUFFLE 

 

Jenama ini terkenal kerana rekaan tudungnya berasaskan gaya ruffle. Rekaan tudung bawal terbarunya iaitu KUNTUM ini menjadi kegilaan wanita kerana memang cantik apabila digayakan. Material yang diperbuat daripada Japanese Voile ini sangat lembut dan tak mudah berkedut. Istimewanya rekaan kali ini diinspirasi dari jambangan bunga yang membawa maksud tersendiri. Gabungan dari bunga peony, rose dan juga eucalyptus. Peony melambangkan cinta, kemakmuran dan dianggap sebagai petanda nasib yang baik dan perkahwinan yang bahagia. Dan di sebelah Peony terdapat gabungan Rose dan Eucalyptus untuk melengkapkan kecantikan. Lebih menarik tudung ini akan dibungkus dengan kotak 3D rama-rama!

 

 

 FITIYA SCARVES 

 

Adakalanya kamu rasa keliru untuk menggayakan tudung bawal mahupun shawl bukan? Usah risau lagi apabila kamu boleh menggayakan kedua-duanya dalam satu! Bawalshawl Terbang keluaran Fitiya Scarves ini mampu membuatkan kamu tampil berbeza dari kebiasaan.

Kamu juga boleh memilih untuk add-on diamond sama ada full diamond, lebaran diamond, crown diamond dan lain-lain lagi atau pilih plain sahaja untuk stail yang lebih ringkas.

 

 

 RADIUSITE 

Foto – shopee.com.my

 

Untuk kamu yang sibuk bekerjaya dan gemarkan sesuatu yang ‘instant’, Luna Bawal Instant oleh Radiusite inilah penyelamat kamu. ‘Pinless and Ironless’ hijab ini memang dicipta khas buat kamu. Diperbuat daripada premium moss crepe, Bawal Instant Luna ini menutupi bahagian belakang dan dada. Tak perlu gosok, tak perlu risau jika tudung tidak terbentuk. Pakai saja Luna Bawal ini dan siap terbentuk!

 

 

 Potds 

 

Mungkin ada lagi yang tak mengenali jenama tudung ini. Salah satu jenama lokal yang menjual tudung dengan harga yang sangat berpatutan setanding dengan kualiti. Semua koleksi jenama Potds adalah bertemakan minimalis, sesuai dengan mereka yang mempunyai cita rasa fesyen yang ringkas. Koleksi tudung terbaru mereka, Saloma Crochet Shawl ini diperbuat daripada material Chiffon Georgette dengan jahitan baby seam dan perincian crochet pada tudung menyerlahkan penampilan feminin kala bergaya! Hadir dalam 7 warna yang paling menjadi kegilaan hijaber; Jet Black, Berry, Ivory, Teal, Cloudy, Sandy & Rosewood. 

 

 

 Hijab.co 

Foto – instagram @hijab.co

 

Kamu boleh dapatkan koleksi tudung harian kamu di hijab.co! Antara jenama tudung yang ada banyak pilihan warna menarik untuk dipilih, sesuai untuk aktiviti harian kamu termasuklah untuk ke majlis berprestij. Eyelash Chiffon Shawl merupakan antara best-selling tudung yang mendapat banyak sambutan dari pelanggan. Material tudung yang mudah untuk digayakan, flowy dan lembut. Bukan saja shawl, malah hijab.co juga mengeluarkan tudung bawal dengan kualiti yang pasti buat kamu kagum! Warna-warna pilihan juga pasti buat kamu tak keruan. Buat kamu yang malas melilit tudung, hijab.co is for you.

 

 

 Loveta Scarves By Siti Sarah 

Foto – instagram @lovetahq

 

Loveta, jenama selebriti Malaysia, Siti Sarah, yang baru saja menapak dalam dunia perniagaan kini mendapat sambutan ramai peminat. Tudung yang berkonsepkan tudung solehah iaitu tudung labuh bidang besar dengan pelbagai rekaan ini sesuai untuk mereka yang mementingkan penampilan yang sopan. Harga dan kualitinya juga sangat berbaloi untuk golongan hijaber berpendapatan sederhana. Koleksi keluaran terbaru edisi Merdeka dengan cetakan bunga raya pada tudung sememangnya menyerlahkan semangat patriotik sekali gus memberi penampilan yang feminin kepada si pemakai. Kamu boleh dapatkan daripada agen-agen sah Loveta di serata Malaysia.

 

 

LILIT. 

Foto – instagram @lilit_woman

 

Salah satu koleksi hijab keluaran LILIT yang kamu boleh pakai untuk aktiviti harian. Koleksi Geneva ini hadir dalam dua jenis hijab iaitu shawl dan bawal dengan pilihan warna neural dan pastel dimana senang untuk kamu mix & match dengan pelbagai outfit! Semestinya material kegemaran ramai hijaber, Georgette Chiffon yang lembut, mudah untuk dililit jadi kamu bebas buat pelbagai gaya, ringan dan tak panas.

 

 

 KEKABOO 

Foto – instagram @tudungkekaboo

 

Jenama Kekaboo ini dikenali dengan tudung bawal mampu milik. Apa yang membezakan jenama ini dengan yang lain adalah hijab bawalnya diperbuat daripada cotton paris voile yang ringan, selesa dipakai dan tidak panas. Tudung ini tidak licin malah sesuai dibentuk mengikut bentuk muka kamu. Hadir dengan pelbagai corak, warna dan motif menarik yang pasti buat kamu tak tahu nak pilih yang mana! Lebih menariknya, saiz tudung ini boleh diubah mengikut kesesuaian dan cita rasa individu.

 

 

 UMMA 

Foto – instagram @umma.my

 

Mempunyai 9 jenis koleksi hijab yang berbeza untuk setiap aktiviti atau majlis. Daripada koleksi hijab seharian, travel hijab, khimar, printed hijab dan banyak lagi! Lebih menarik, kamu boleh bayar secara ansuran melalui website umma.my sebanyak 3 kali ansuran ya. Tak ada la terasa mahal untuk bayar. Koleksi terbaru UMMA ini menarik perhatian saya kerana keunikan hijab yang sememangnya lain dari yang lain. Koleksi Sulam Sumera mempunyai sulaman kerang di seluruh bahagian atas. Diperbuat dari material Linen Chiffon, koleksi ini pasti memudahkan kamu menggayakan tudung dengan bebas. Sifat fabrik ini juga memudahkan kamu untuk menyeterika tudung tanpa perlu beriya. Gabungan material dan sulaman pada hijab ini beri sentuhan selendang yang klasik yang akan menyerlahkan keanggunan setiap wanita tatkala bergaya.

 

 

10   LITUP 

Foto – instagram @litup.official

 

Walaupun sambutan merdeka sudah pun berlalu, LITUP masih meneruskan promosi di laman web mereka. Salah satu koleksi mereka iaitu VOYAGE adalah komnbinasi warna dan geometri yang menjadikan koleksi ini sangat unik. Ia direka sedemikian supaya si pemakai dapat menggayakan hijab VOYAGE ini dengan pelbagai cara dan setiap cara akan memberi penampilan yang baru, seolah-olah kamu mengenakan hijab yang berlainan. Hadir dalam dua jenis, shawl dan bawal. Dicetak pada material kegemaran pelanggan, Sutera Matte Satin yang lembut dan dijahit dengan jahitan baby seam yang sangat kemas dan dihiasi pula dengan plat logam rose gold LITUP, membuatkan koleksi Voyage ini tampil lebih ekslusif!

 

Tutorial Tudung Bawal Pilihan Ramai Hijaber

 

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese