Tutorial:-Cara-Pakai-Tudung-Bawal-Labuh-Dengan-Style-0

Tutorial: Cara Pakai Tudung Bawal Labuh Dengan Style

LANGKAH-LANGKAH PAKAI

Gaya 1

Langkah 1

Bahagikan tudung bawal kepada 2 bahagian seperti biasa

Langkah 2

Pakai tudung sama panjang. Pinkan. Kelepetkan sedikit di kedua belah sisi

Langkah 3

Ambil tudung sebelah kanan, pinkan di bahu sebelah kiri.

Langkah 4

Ambil tudung sebelah kiri, selimpangkan ke kanan dekat tudung di bawah lapisan tudung sebelah kanan. Pinkan.

Gaya 2

Langkah 1

Pakai tudung sebelah kanan panjang, sebelah kiri pendek. Pinkan

Langkah 2

Ambil tudung sebelah kanan iaitu bahagian yang panjang, lilitkan di leher sehingga ke hadapan semula.

Langkah 3

Ambil tudung sebelah kiri iaitu bahagian yang pendek, pinkan sekali dengan tudung yang dililit tadi di bahu

 

Gaya 3

Langkah 1

Pakai tudung sebelah kanan panjang, kiri pendek paras bawah dada. Pinkan

Langkah 2

Bawa semua tudung yang panjang ke hadapan, lilit di atas kepala. Pinkan dekat sisi

Langkah 3

Pastikan tudung dekat bahagian hadapan menjadi bentuk segi tiga

 

Gaya 4

Langkah 1

Bahagikan tudung menjadi 2 bahagian segi empat tepat

Langkah 2

Pakai tudung sebelah kanan panjang, sebelah kiri pendek.

Langkah 3

Ambil tudung sebelah kiri, pinkan di sisi, bahagian dalam, sebelah kanan

Langkah 4

Ambil tudung sebelah kanan, pegang penghujung tudung, pinkan dekat bahu sebelah kiri.

 

Gaya 5

Langkah 1

Pakai tudung sebelah kanan panjang sebelah kiri pendek

Langkah 2

Pinkan tudung di belakang.

Langkah 3

Ambil tudung bahagian kiri, pinkan di sisi sebelah kanan, bahagian luar tudung

Langkah 4

Ambil tudung bahagian kanan, bahagian dalam, pinkan tudung di atas kepala.

Langkah 5

Adjust labuh tudung mengikut keselesaan.

 

Gaya 6

Langkah 1

Pakai tudung seperti bawal biasa.

Langkah 2

Selimpangkan tudung sebelah kanan ke kiri. Pinkan di bahu sebelah kanan

Langkah 3

Lebarkan tudung bahagian kiri sehingga menutupi dada

 

Gaya 7

Langkah 1

Pakai tudung seperti bawal biasa sama panjang

Langkah 2

Ambil tudung bahagian kanan, pinkan di sisi sebelah kiri, bahagian dalam tudung

Langkah 3

Kemaskan tudung.

 

Gaya 8

Langkah 1

Pakai tudung seperti bawal biasa sama panjang

Langkah 2

Ambil tudung bahagian kanan, pegang penghujung tudung, pinkan di atas kepala

Langkah 3

Adjust labuh tudung mengikut keselesaan

 

Gaya 9

Langkah 1

Pakai tudung seperti shawl. Pinkan di leher

Langkah 2

Tarik tudung bahagian tengah kanan, lilit di atas kepala. Pinkan di sisi sebelah kanan.

Langkah 3

Bawa lebihan tudung yang dililit ke hadapan.

Langkah 4

Kemaskan tudung

 

Gaya 10

Langkah 1

Pakai tudung seperti bawal biasa.

Langkah 2

Pinkan kedua-dua bahagian tudung di belakang

Langkah 3

Pastikan tudung labuh menutup dada

Click to access the login or register cheese