16-Trend-Fesyen-Hijabers-2020-Yang-Loose-&-Oversized-9

16 Trend Fesyen Hijabers 2020 Yang Loose & Oversized

Masa untuk refresh dan update almari kamu!

 

Walaupun baru saja berhijab lebih kurang setahun lebih, saya sudah mula berasa tak selesa dengan pakaian yang ketat. Kalau dulu shopping mesti betul-betul pilih ikut saiz badan, tak boleh besar walau seinci! Kononnya nak nampak kurus.

 

Sekarang saya lebih memilih gaya yang loose dan oversized. Bukan saja selesa, malah saya berasa lebih fashionable dan confident! Dan tak dinafikan semakin ramai gadis fesyen atau influencer di luar sana yang menggayakan outfit oversized dan loose sehingga menjadi satu trend di Malaysia.

 

Sebenarnya trend oversized ini sudah mula diterima ramai wanita di negara barat sejak tahun 1920 lagi. Pada masa itu, ia merupakan satu cara untuk menunjukkan ketidaksetujuan dengan masyarakat yang hanya fokus pada bentuk tubuh wanita.

 

Siapa kata outfit longgar ini lame? Kamu boleh ekspresikan diri kamu dengan selesa melalui fesyen oversized yang pelbagai gaya. Masa untuk kamu cungkil kreativiti tersendiri kala memadankan outfit longgar yang sempurna. Saya senaraikan fesyen oversized yang digayakan beberapa influencers pilihan ohfesyen! Jadikan idea ini sebagai inspirasi kamu kala bergaya nanti okay?

 

Dress + Seluar

Foto — instagram @withloveleena |@ftnshc

 

Antara idea yang paling mudah. Dress adalah pilihan paling tepat untuk mendapatkan gaya yang loose. Cuma kamu boleh padankan dress dengan seluar potongan sederhana seperti jeans untuk dress yang singkat. Sarungkan sama ada sneakers atau sandal untuk gaya yang lebih selesa. Heels pula untuk gaya yang lebih ekstra!

 

Satin Shirt + Mom’s Jeans + Palazzo

Foto — instagram @ftnshc

 

Sama ada kamu tucked in atau let loose. Kamu boleh gayakan kemeja satin dengan mom jeans (it is now trending, sis) atau palazzo bersama sepasang heels yang bertumit sederhana tinggi. Bukan saja nampak kasual, tetapi juga classy!

 

Foto — instagram @ftnshc | @dayanamaryus

 

Cool juga pakai dengan satin skirt. Kemudian cari beg bersaiz kecil di Shopee! Pakai aksesori paling minimal untuk nampak sedikit ekstra. Sneakers akan membuatkan keseluruhan outfit kamu lebih selesa untuk bergerak bebas especially on weekends!

 

Kimono + Dress

Foto — instagram @sauf.etc

 

Cari semula sleeveless dress kamu di gerobok dan padankan dengan kimono! Pakai rantai untuk elak outfit nampak boring. Tak ada lah terlalu plain, kan? Saya cadangkan pilih rona-rona yang natural sebab kimono sudah cukup buat penampilan kamu nampak ekstra. Dengan gaya yang loose from head-to-toe, apa kata kamu sarung sneakers atau sandal? Tiada yang lebih selesa berbanding gaya yang serba minimalis ini.

 

Blazer Oversized 

Foto — instagram @dayanamaryus

 

Zaman sekarang ini, blazer bukan saja digayakan untuk ke pejabat. Kombinasi blazer oversized bersama t-shirt plain atau bercorak ini tak pernah mengecewakan. Seperti kamu mengekspresikan diri bahawa kamu seorang yang serius tetapi masih boleh chill. Mengenai warna, gabungan warna-warna lembut pastel membuatkan kombinasi gaya lebih menarik. Outfit seperti ini juga sesuai untuk kamu cafe hunting! 

 

Kemeja Oversized 

Foto — instagram @dayanamaryus

 

Kombinasi kemeja oversized bersama jeans potongan loose atau baggy ini sememangnya sedang trending. Biarkan butang kemeja oversized kamu tak berbutang, termasuklah di lengan. Let loose! Sama ada kamu sempurnakan penampilan kamu dengan sneakers, heels atau loafer, semuanya akan memberi penampilan yang menarik untuk brunch atau night date. 

 

Matching Set

Foto — instagram @ftnshc | @dayanamaryus

 

Siapa je tak suka dengan gaya matching? Sama ada blouse atau baggy top yang dipadankan dengan seluar berona sama dengan potongan yang loose ini boleh digayakan dengan apa jua kasut kegemaran kamu – sama ada kamu penggemar sneakers atau sandal. Capai saja mana-mana ikut mood kamu.

 

Kemeja Oversized Striped

Foto — instagram @abbyasmaa

 

Sometimes you need to break the rules! Kamu boleh gayakan kemeja oversized berjalur dengan jeans atau skirt. Beranikan diri untuk bermain dengan corak. Tiru saja gaya Abby Asma! Kombinasi kemeja oversized berjalur bersama pleated skirt atau loose jeans – kedua-duanya akan menghasilkan penampilan yang serba kasual dan ringkas. Bila dah bermain dengan corak, berhati-hati ketika memilih kombinasi warna ya. Dan sarungkan saja sneakers atau sandal! Gaya yang sesuai untuk hujung minggu yang santai.

 

Dekat mana pula nak cari outfit yang loose dan oversized? Ini antara online shop atau brand yang saya rasa reasonable untuk korang invest. Jom check it out!

 

Best Online Shop atau Brand Untuk Kamu Beli Outfit Oversized Dan Loose

Blazer Oversized 

 

Poplin Shirt 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Buttoned poplin shirt. Thank you #malgosiabela #zarawoman

A post shared by ZARA Official (@zara) on

 

Oversized Shirt 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

⚡️NEW IN⚡️Fresh colours for a Monki Classic.

A post shared by Monki (@monki) on

 

Baggy Top 

 

Dress 

 

Skirt 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Champagne color in action 🤍

A post shared by MESLLOWES (@mesllowes.my) on

 Kalau kamu rasa susah untuk bergaya seperti gadis fesyen, apa kata mulakan dengan yang basic dahulu? Contohnya blouse dan seluar. Cari outfit yang paling minimal tetapi loose yang boleh dipakai kemana saja. Mengenai warna pula, pilih satu tone. Kalau kamu pilih coklat, padankan dengan warna nude atau krim. 

 

Hope it helps! 

 

Featured image: instagram @dayanamaryus

Love, NK.

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese