3 Cara Menggayakan Earrings Untuk Si Hijabi !

LANGKAH-LANGKAH PAKAI

 

GAYA 1

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah kiri pendek dan sebelah kanan panjang.

Langkah 2

  • Pakai earrings dengan hanya menyangkut pada hijab pada luar telinga kamu.

Langkah 3

  • Pin tudung di leher seperti biasa.

Langkah 4

  • Ambil tudung yang panjang tadi, lilitkan di atas kepala dan pinkan di sisi sebelah kanan. (pastikan earring boleh nampak)

Langkah 5

  • Ambil tudung yang pendek tu, selitkan di bawah tudung di sebelah kanan.

 

GAYA 2

Langkah 1

  • Pakai earrings di luar telinga kamu, sangkutkan pada anak tudung.

Langkah 2

  • Pakai tudung dengan sama panjang.

Langkah 3

  • Lipat tudung dan pinkan di leher seperti biasa ( Pastikan earrings kelihatan)

Langkah 4

  • Selempangkan tudung kiri dan kanan. Adjust tudung yang diselempang ke kiri labuh sedikit dari yang ke sebelah kanan

 

GAYA 3

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah kiri lebih pendek dari sebelah kanan.

Langkah 2

  • Ambil tudung yang lebih panjang, lilitkan di leher dengan satu lilitan sahaja

Langkah 3

  • Pakai earrings seperti biasa. Pastikan earrings berada di luar tudung.

Langkah 4

  • Adjust tudung untuk lebih selesa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese