4 Cara Pakai Tudung Urban Style

LANGKAH-LANGKAH PAKAI

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah kiri pendek sebelah kanan panjang.

Langkah 2

  • Kelepetkan tudung mengikut bentuk muka kamu. Pinkan di leher seperti biasa

Langkah 3

  • Ambil tudung yang panjang, lilitkan di atas kepala mengikut bentuk muka.

Langkah 4

  • Buat atau cipta lipatan di atas sebelah kiri kepala

Langkah 5

  • Pin tudung yang dililit tadi di bawah dagu. Adjust tudung supaya lebih kemas.

Langkah 6

  • Ambil lebihan tudung yang dililit tadi, pegang tudung dengan 2 jari, bawa ke belakang.

Langkah 7

  • Bawa semula tudung tadi ke depan menggunakan 2 jari kamu. Pusingkan tudung yang dipegang beberapa kali.

Langkah 8

  • Selitkan tudung yang dipusing tadi ke dalam tudung di sisi sebelah kanan.  Pinkan tudung di bahu kiri.

GAYA 2

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah kiri pendek sebelah kanan panjang. Kelepetkan tudung dan pinkan

Langkah 2

  • Ambil tudung yang panjang, selempangkan ke sebelah kiri. Siap!

GAYA 3

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah kiri pendek sebelah kanan panjang. Kelepetkan tudung dan pinkan

Langkah 2

  • Ambil tudung yang panjang, lilitkan di leher sebanyak sekali sahaja.

Langkah 3

  • Penitikan tudung yang loose di sebelah kiri dengan jarum peniti.

GAYA 4

  • Selimpangkan kedua-dua belah tudung.

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese