5 Pencuci Muka Organik Yang Bagus & Bebas Bahan Kimia

Tahukah kamu produk semulajadi (natural) dan organik merupakan hal yang berbeza? Bukan semua yang natural itu organik namun semua yang organik itu natural. Sebab itu, pengasas produk tak boleh suka-suka claim produk mereka organik. Melainkan mereka telah mendapat kelulusan terlebih dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan status organik itu. Organik lebih teliti, terperinci, sangat ketat syarat untuk claim ‘organik’.

 

Jom lihat top 5 pencuci muka organik yang bagus dan bebas bahan kimia buat kamu #naturallovers!

 

#1 Vitamin C Gentle Cleanser

VCGC dirumus khas tanpa SLS/SLES, alkohol, parabens, pewarna dan pewangi tiruan. Skincare Vitamin C Series by Annona ini telah melalui beberapa siri ujian klinikal dan hasil keputusan tersebut sangat mengujakan. Untuk mendapat ‘passing criteria’, setiap produk dinilai pada jam ke-96 dengan keputusan Primary Irritation Index (PII) purata kurang dari 0.16. Hasil ujian pencuci muka VCGC yang diuji secara dermatologi menunjukkan kulit bertoleransi dengan baik oleh 93% subjek.


#2 Super Sensitive Beauty Soap by Haus Cosmetics

Sabun SSB sejenis yang tidak berbuih dan tiada fragrance. Boleh juga digunakan sebagai sabun badan, syampu dan semestinya untuk digunakan sebagai pencuci muka. Ada tiga gabungan utama dalam sabun SSB iaitu shea butter, spent grain wax dan argan oil. Bukan orang dewasa saja boleh guna, bayi berusia 6 bulan ke atas pun boleh dan kelebihan sabun ini dapat menyembuhkan luka eczema. Orang berkulit sensitif dan kering wajib cuba pakai sabun SSB ini!

 

#3 Ensutouch

Kajian telah dibuat ke atas pencuci muka ensutouch selama dua tahun sebelum dipasarkan. Para saintis telah sesuaikan formulasi ensutouch untuk semua jenis kulit muka dengan kaedah teknologi Sirim Berhad berasaskan enzim bromelin dari nanas yang dapat memberi kesan kecantikan kepada pengguna tanpa bahan kimia berbahaya.

 

#4 Soothe Hydra Cleanser HERV

5-Pencuci-Muka-Organik-Yang-Bagus-&-Bebas-Bahan-Kimia-4

Foto – i.ytimg.com

 

Herv dirumus dalam bentuk gel yang tidak berbuih, menandakan bahawa ini pilihan yang bijak dan lebih elok. Pemakaian yang kerap langsung tidak akan mengeringkan kulit kerana mengandungi aloe vera yang tinggi kandungan air, mengandungi Provitamin B5, Vitamin C serta ekstrak tumbuhan dan buah-buahan.

 

#5 Well Nature

 

Apa yang membezakan Well Nature dengan produk lain adalah ianya diperbuat daripada 7 jenis pucuk yang berusia 7 hari. Pucuk kecil mengandungi bahan aktif lebih banyak dari yang matang. Setiap produk menggunakan dust mirror-base ibarat magnet untuk mengeluarkan habuk halus dari kulit.

Elakkan bahan kimia berbahaya yang memberi kesan jangka masa panjang untuk kesihatan. Pilihlah pencuci muka organik yang sesuai untuk kulit wajah kamu!

 

Love, Syaza

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese