5 Trend Popular Terkini Fesyen Rambut Lelaki

Handsomenya seorang jejaka itu sebenarnya bergantung pada stail rambut yang digayakan. Betul?

Pernahkah kamu berasa bosan dengan gaya rambut kamu? Ya lah, asyik stail rambut yang sama sahaja. Cuba sesekali kamu tukar gaya rambut kamu mengikut trend terkini yang lebih bergaya dan masih tetap nampak kemas, cool, dan selesa. Mana tau boleh popular lagi.

Tak dinafikan ramai perempuan akan lebih tertarik dengan kamu apabila kamu menggayakan stail rambut yang baru kerana perubahan pada rambut kamu akan menarik perhatian orang lain dan kamu akan mewujudkan satu aura dan personaliti diri yang baru.

Jika kamu masih keliru stail terkini apa yang kamu boleh tiru untuk gaya rambut baru kamu, OHFESYEN senaraikan beberapa gaya rambut terkini yang hot untuk kamu jadikan inspirasi gaya rambut baru!

 

Fesyen Rambut Lelaki

 

1) Quiff

Apa itu gaya rambut quiff? Mengikut dari segi potongan, ianya hampir sama dengan undercut, lebih pendek di bahagian sisi dan belakang tetapi lebih panjang di bahagian atas. Penggayaan jenis ini nampak lebih tebal dan messy tapi masih nampak kacak.Gaya ini sangat terkenal dalam kalangan remaja lelaki masa kini.

 

2) Undercut

 

Gaya potongan rambut undercut hampir sama dengan gaya potongan quiff tapi bahagian sisi dan belakangnya kebiasaannya akan dipotong lebih pendek dan kontrasnya kelihatan lebih tajam, serta kelihatan lebih kemas berbanding quiff. Gaya ini sangat sesuai untuk lelaki berkarier yang mahu tampil lebih handsome tetapi masih kemas & popular.

 

Fesyen Rambut Lelaki

 

3) Crew Cut

 

Rasanya gaya potongan ini sudah popular sejak zaman dahulu lagi dan masih kekal menjadi trend sehingga sekarang kerana ia mudah dijaga dan memerlukan low maintenance. Sesuai untuk para lelaki yang mahukan gaya rambut yang ringkas dan maskulin! 

 

4) Short Curly

Pemilihan gaya rambut short curly ini kebiasaannya dipilih ramai jejaka masa kini kerana ia mudah dijaga dan boleh digayakan dalam tempoh masa yang lebih singkat berbanding gaya rambut yang lain. Lelaki yang menggayakan rambut ini kebiasaannya seorang yang lebih terbuka dalam apa jua keadaan.

 

5) Slick Back

5-Trend-Popular-Terkini-Fesyen-Rambut-Lelaki-5

Foto – outsons.com

Gaya ini memerlukan kamu menggunakan produk rambut seperti pomade ketika menyisirkan semua rambut ke belakang supaya kekal di posisi. Ada sesetengah lelaki akan membiarkan bahagian sisi dan belakangnya kekal panjang dan ada juga yang memotong sedikit pendek tetapi masih menyisirkan rambutnya ke belakang.

 

Love, Sarah

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese