6 style terus dalam satu video

ape lagi share and pin kan kat feed korang

 

GAYA 1

Langkah – Langkah Memakai

Langkah Pertama

  • Pakai wide shawl dengan kanan pendek dan kiri panjang. Pinkan di belakang.

Langkah Kedua

  • Ambil bahagian yang pendek dan tarik ke sisi kepala. Letakkan peniti.

Langkah Ketiga

  • Kemudian ambil lebihan shawl tadi dan pinkan pula di sisi sebelah kiri.

Langkah Keempat

  • Ambil bahagian yang panjang pula, letak terus diatas kepala. Letakkan peniti di kedua-dua belah sisi.

Langkah Kelima

  • Pinkan lebihan tudung tadi di bahu. Kemaskan tudung kamu dan siap !

 

 

GAYA 2

Langkah Pertama

  • Pakai tudung kanan pendek kiri panjang seperti biasa. Pinkan di belakang.

Langkah Kedua

  • Ambil bahagian yang panjang, letakkan terus di sisi kepala dan penitikan-nya.

Langkah Ketiga

  • Lilitkan tudung diatas kepala. Pinkan di sisi.

Langkah Keempat

  • Pusingkan tudung kehadapan, dan pinkan di bahu sebelah kanan. Kemaskan tudung dan siap !

 

GAYA 3

Langkah Pertama

  • Pakai tudung dengan kiri dan kanan sama panjang. Pinkan di belakang.

Langkah Kedua

  • Pusingkan tudung sebelah kiri ke belakang dan kemudian bawa ke hadapan kanan.

Langkah Ketiga

  • Ambil helaian tudung dan pusingkan , terus letakkan di atas kepala.

Langkah Keempat

  • Ambil satu helaian pada ropol-ropol tadi dan pinkan terus di sisi yang sama.

Langkah Kelima

  • Kemudian pinkan pula tudung di atas kepala sebelah kiri. Letakkan lagi peniti di sisi kedua-dua belah supaya tudung tidak mudah bergerak .

Langkah Keenam

  • Kemaskan tudung kamu dan siap !

 

 

GAYA 4

Langkah Pertama

  • Pakai tudung dengan kanan pendek dan kiri panjang. Ambil tudung yang pendek, kelepetkan sedikit dan pinkan di sisi kepala sebelah kanan.

Langkah Kedua

  • Tudung lebihan sebelah kanan tadi, pinkan di belakang. Kemudian letakkan peniti di sisi kepala sebelah kiri.

Langkah Ketiga

  • Selempangkan lebihan tudung dan pinkan di bahu.

Langkah Keempat

  • Kemaskan tudung seperti biasa mengikut keselesaan kamu dna siap !

 

GAYA 5

Langkah Pertama

  • Pakai tudung dengan kanan pendek dan kiri panjang. Ambil tudung yang pendek, kelepetkan sedikit dan pinkan di sisi kepala sebelah kanan.

Langkah Kedua

  • Tudung lebihan sebelah kanan tadi, pinkan di belakang. Kemudian letakkan peniti di sisi kepala sebelah kiri

Langkah Ketiga

  • Pendekkan sedikit tudung yang sudah dililit tadi.

Langkah Keempat

  • Ambil tudung sebelah kiri yang panjang itu, lilitkan tudung di leher. Kemaskan sedikit untuk kekemasan dan siap !

 

GAYA 6

Langkah Pertama

  • Pakai tudung dengan kanan pendek dan kiri panjang. Ambil tudung yang pendek, kelepetkan sedikit dan pinkan di sisi kepala sebelah kanan.

Langkah Kedua

  • Tudung lebihan sebelah kanan tadi, pinkan di belakang. Kemudian letakkan peniti di sisi kepala sebelah kiri

Langkah Ketiga

  • Pendekkan sedikit tudung yang sudah dililit tadi.

Langkah Keempat

  • Tambahkan rantai untuk kelihatan lebih WOW!

Langkah Kelima

  • Selempangkan tudung yang panjang tadi secara lose ( pastikan nampak rantai ), dan pinkan di bahu.

Langkah Keenam

  • Kemaskan tudung kamu sehingga selesa dan cantik dan siap !

 

Selamat Mencuba Semua 😀

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese