Tutorial Tudung Satin Yang Lain dari Yang Lain

Haaa cara tudung ni serious lain dari yang lain. Material tudung dia gunakan tudung satin. Cantik dan simple !

 

LANGKAH – LANGKAH PAKAI

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah kiri pendek dan sebelah kanan panjang.

Langkah 2

  • Kelepetkan sedikit tudung mengikut bentuk muka kamu. Pin dekat leher.

Langkah 3

  • Ambil tudung yang lebih pendek, pegang pada hujung bucu tudung, bawa ke bahu untuk menjadikannya tiga segi. Pin dekat kedua-dua bahu.

Langkah 4

  • Ambil tudung sebelah kanan, adjust panjang tudung di belakang. Tangan kanan pegang tudung di bahu kanan supaya panjang tudung di belakang tak berubah atau static.

Langkah 5

  • Ambil tudung yang panjang tadi, selimpangkan secara rapat ke leher. Adjust ropol di leher dan pinkan tudung di belakang bahu.

Langkah 6

  • Letak pin lagi di bahu untuk mengekalkan ropol.

Selamat Mencuba Semua !

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese