7 Cara Untuk Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Kulit

Untuk memiliki wajah yang sihat dan bersih sememangnya menjadi idaman semua wanita. Bukan mudah untuk ketahui pencuci muka yang sesuai dengan muka kamu sekiranya kamu tidak mengenali jenis kulit muka terlebih dahulu. Jom lihat 7 cara untuk pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah.

 

1.  Kenali Jenis Kulit

 

Langkah pertama inilah yang paling penting sekali dalam menentukan pencuci muka yang serasi dengan kulit. Kulit muka sangat sensitif dengan perubahan. Oleh itu, kamu perlu berhati-hati ketika memilih pembersih muka agar tidak tersalah menggunakan produk. Bagi kamu yang berkulit sensitif, pembersih jenis deep pore cleanser atau medicated amat sesuai untuk merawat kulit sensitif dan masalah jerawat yang dialami.

 

 

2.  Cari Pencuci Muka yang Lembut dan Halus

 

Muka perlu digosok secara lembut dan perlahan-lahan untuk menghilangkan segala kotoran pada muka kamu. Percayalah, kulit kamu akan mudah berkedut dan sakit sekiranya wajah digosok terlalu kuat. Jangan ingat dengan menyental muka secara kuat ini boleh membersihkan muka secara keseluruhan ya. Kotoran pada kulit wajah akan hilang dengan menggunakan pembersih muka yang lembut dan bertekstur halus. Liang pori juga dapat dibersihkan supaya tidak tersumbat dengan minyak dan sisa makeup.

 

 

3.  Pilih Pencuci Muka Yang Sedikit Berasid (pH 5.5)

Foto – www.cosrx.com

 

Tips untuk pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit adalah dengan mengelakkan memilih pencuci muka jenis beralkali (pH tinggi) kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit wajah. Oleh itu, pilih pencuci muka yang berasid sedikit. Jadi, elakkan memakai pencuci muka yang boleh menghakis pigmentasi dan lapisan kulit. Secara tidak langsung, kulit kamu akan menjadi lebih nipis dan terdedah kepada sinaran UV yang akan menyebabkan berlakunya jeragat.

 

 

4.  Pilih Pencuci Muka yang Tiada Bahan Pewangi

 

Elakkan memilih produk yang mengandungi bahan-bahan seperti paraben, fomaldehye, imidazolidinyl urea dan lain-lain. Bahan pewangi dan pengawet inilah yang merosakkan kulit dan akan menyebabkan alahan serta ruam pada wajah.

 

 

5.  Pilih Produk yang Khusus untuk Wajah

 

Ramai yang menyangkakan produk yang boleh digunakan untuk keseluruhan tubuh badan dapat menjimatkan wang ringgit. Sebenarnya kamu harus memilih dan memakai produk khusus untuk penjagaan wajah sahaja. Keperluan kulit muka dan tubuh badan adalah berbeza sama sekali. Takut produk tersebut akan buatkan kulit kamu breakout di kemudian hari.

 

 

6.  Pilih Pencuci yang Tidak Mengeringkan Kulit

 

Pernah tak alami saat muka terasa ketat atau kering selepas mencuci muka? Kenapa pencuci yang mengeringkan kulit ini tidak baik untuk wajah kamu? Pencuci muka sebegini dikatakan mampu menghilangkan minyak dan amat disarankan untuk kamu yang mempunyai kulit jenis berminyak. Walau bagaimanapun, masalah lain pula akan timbul apabila kulit terlalu kering. Kelenjar minyak di bawah kulit bertindak untuk mengesan tahap hidrasi kulit yang menurun secara mendadak dan secara tak langsung, ia mengeluarkan lebih banyak lagi minyak untuk menampung kehilangan kelembapan kulit. Kulit akan menjadi lebih berminyak dari kebiasaannya dan risiko untuk naik jerawat pun tinggi. Please beware!

 

 

7.  Pilih Skrub yang Bagus

 

Jangan lupa untuk memilih skrub muka yang bagus untuk kulit wajah kamu. Fungsi skrub ini adalah untuk membersih dan membuang sel kulit mati. Pilih skrub yang tidak terlalu kasar supaya skrub tersebut tidak mencalarkan kulit kamu nanti. Gunakan 2 kali seminggu untuk dapatkan raut wajah yang segar dan sihat.

 

 

Jenis Pencuci Wajah Yang Mana Sesuai Untuk Kulit Kamu?

 

Foam Cleanser

Pembersih buih adalah pembersih ringan yang bertekstur krim atau gel dan bertukar menjadi buih saat kamu mencuci wajah. Pembersih jenis ini menghilangkan lebihan minyak dengan berkesan seperti pembersih gel.

Sesuai untuk: Kulit berminyak dan kombinasi

 

Gel Cleanser

Seperti namanya, mempunyai konsistensi seperti gel. Secara amnya direka untuk pembersihan yang mendalam, ia berkesan untuk menghilangkan liang pori yang tersumbat, membuang minyak berlebihan dan membunuh bakteria penyebab jerawat, yang mempunyai sifat antiseptik dan pengelupasannya.

Sesuai untuk: Kulit berminyak dan kombinasi

 

Cream Cleanser

Pembersih krim biasanya tebal, berkrim dan mengandungi bahan pelembap seperti minyak botani. Pembersih jenis ini membersihkan kulit dengan lembut tanpa menghilangkan minyak semula jadi. Pembersih krim juga boleh didapati dalam bentuk “susu” atau “losyen.”

Sesuai untuk: Kulit kering dan sensitif

 

Oil Cleanser

Pembersih minyak adalah cara yang lembut untuk menghilangkan pori-pori yang tersumbat – termasuk makeup kalis air tanpa mengeringkan kulit anda. Pencuci jenis ini selalunya diguna waktu malam sebelum tidur ketika rutin double cleansing.

Sesuai untuk: Semua jenis kulit

 

Micellar Cleanser

Fungsi yang lebih kurang oil cleanser tetapi tidak perlu bilas dengan air. Berasal dari Perancis dengan nama “micelles” atau molekul minyak kecil yang terkandung dalam air lembut, yang menarik minyak, kotoran dan makeup.

Sesuai untuk: Kulit kering dan sensitif

 

Clay Cleanser

Clay cleanser ini diperbuat daripada tanah liat yang membersihkan kulit dengan mengeluarkan lebihan minyak dari liang roma secara mendalam kerana daya serapnya yang bagus.

Sesuai untuk: Kulit berminyak dan kombinasi

 

Bar Cleanser

Kembali mendapat tempat dihati pengguna, pembersih jenis bar ini menawarkan tahap pH yang lebih mesra kulit selain bahan pelembab yang kaya dengan nutrien. Ada pelbagai jenama yang mesra alam kerana bahan pembungkusan mereka yang menggunakan kertas dan sebagainya.

Sesuai untuk: Kulit berminyak dan kombinasi

 

Powder Cleanser

Tak ramai yang menggunakan pembersih jenis ini. Mungkin masih tidak berapa familiar? Pembersih serbuk ini menjadi serbuk lembut ketika kering dimana ia larut menjadi ramuan berkrim apabila bersentuhan dengan air, membersihkan kulit secara menyeluruh sambil memberi pengelupasan yang lembut. Mengandungi bahan-bahan seperti pati beras atau tepung kacang yang lebih mesra alam.

Sesuai untuk: Kulit berminyak dan sensitif

 

Span Konjac, Kain Pembersih

Tisu basah, sarung tangan, span, pembersih jenis kain. Pembersih ini dibuat dengan serat khas. Ada yang berasal dari tumbuhan dan biasanya tidak memerlukan penggunaan pembersih tradisional untuk menghilangkan kekotoran secara menyeluruh sekaligus menghilangkan sel-sel kulit mati. Contohnya kain muslin, sarung kassa / kessa dan span konjac.

Sesuai untuk: Kulit berminyak dan kombinasi

 

Semoga artikel ini membantu!

Featured image – askthescientists.com

 

Love, Ohfesyen!

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese