7 Foundation Tutup Parut Jerawat & Tidak Berminyak

Untuk pastikan makeup kamu on point sentiasa, pemilihan foundation yang tepat adalah wajib. Inilah penentu makeup kamu menjadi atau sebaliknya. Foundation ini hanyalah asas makeup saja. Jadi amatlah penting bagi kamu untuk memilih foundation yang betul-betul sesuai dan serasi dengan kulit wajah. Jom lihat senarai foundation tutup parut jerawat dan tidak berminyak yang pasti berbaloi untuk kamu gunakan.

 

 

1.  Dermacol

 

Jenama berasal dari Prague ini ternyata bukan biasa-biasa. Dermacol Makeup Cover ini mempunyai full coverage yang mampu menutupi segala cela, parut hitam malah jerawat yang nampak kemerah-merahan pada kulit kamu. Patutlah Dermacol Makeup Cover ini menjadi kegemaran makeup artist kerana keajaiban foundation ini yang mampu menutup segala parut jerawat. Tak perlu malu lagi dengan kondisi kulit kamu. Boleh campurkan foundation dengan beberapa titis face oil untuk dapatkan efek glowing pada muka.

 

 

2.  Huda Beauty Fauxfilter

 

Foundation Huda Beauty Fauxfilter ini diformulasikan dengan 30 tona warna berbeza yang dirumus khas mengikut kesesuaian kulit wajah kamu. Kulit kamu nampak lebih flawless tanpa cela terutamanya apabila berada di bawah terik sinaran matahari. Boleh dapatkannya di outlet Sephora berdekatan kawasan kamu ya.

 

 

3.  Cover FX Power Play Foundation

 

Bagi kamu yang ingin melakukan solekan secara instant tanpa perlu meluangkan terlalu banyak masa di depan cermin, wajib cuba Cover FX Power Play foundation ini. Hanya perlu dipakai sekali dalam sehari sahaja kerana produk ini mampu bertahan dan kekal lama walaupun berada dalam keadaan terik mentari. Foundation jenis krim ini memberi perlindungan pada kulit wajah daripada sinaran UV cahaya matahari, debu dan sebagainya. Hanya perlu sapu dan ratakan foundation pada muka dengan menggunakan jari. Sangat sesuai untuk kamu yang sibuk bekerjaya.

 

 

4.  Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation

 

Fenty Beauty bukan jenama yang asing lagi dalam kalangan makeup lovers. Dengan packaging yang nampak elegan dan classy, produk ini menjadi kegilaan gadis kerana ia merupakan antara foundation terbaik yang mempunyai formula khas bebas minyak. Ia juga tahan peluh, waterproof dan mengekalkan kelembapan kulit wajah. Paling penting, tekstur foundation ini lembut, ringan dan long lasting! Highly recommended!

 

 

5.  Dior Backstage Face and Body Foundation

Foto – www.dior.com

 

Bagi kamu yang inginkan foundation full coverage tapi nakkan natural look yang glowing, produk ini dicipta khas buat kamu. Pelbagai jenis tona warna yang ada dan ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Menariknya foundation ini adalah ia bukan sahaja boleh digunakan pada muka malah boleh dipakai pada badan tau! Kelebihan produk ini adalah bersifat kalis air dan anti-peluh.

 

 

6.  Nars All Day Luminous Weightless Foundation

 

Untuk pengantin yang nak tampil flawless dengan makeup yang ringan, inilah foundation yang sesuai untuk momen bahagia kamu. Solekan yang kekal sehingga 16 jam ini mempunyai pigmentasi yang tinggi dan effortless. Raih natural look dengan litupan penuh menggunakan foundation ini sahaja. Campurkan sedikit face oil dengan foundation supaya makeup dapat diratakan dan tidak cakey.

 

 

7.  Estee Lauder Double Wear Nude Water Fresh Makeup Broad Spectrum SPF 30 Foundation

 

Menyediakan perlindungan sehingga 24 jam, foundation ini memberi efek long lasting dan menampilkan solekan wajah yang lebih sempurna. Bagi kamu yang mempunyai masalah kulit kering, foundation ini bukan sahaja memberikan hidrasi pada wajah malah mampu menutupi cela dan parut jerawat dengan baik sekali. Ekstrak buah seperti tembikai, epal dan benih laici diformulasi khas sebagai bahan unik dalam liquid foundation ini.

 

Banyak juga rupanya foundation yang menutup parut jerawat dan tidak berminyak ya. Jangan rambang mata pula nak pilih mana satu foundation yang serasi dengan keperluan kulit kamu. Selamat mencuba!

Featured image – www.bhg.com

Love, Syaza

 

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese