7 Kebaikan Pencuci Muka Cetaphil Yang Kamu Belum Tahu

Pastinya kamu pernah mengalami situasi kulit terasa tegang selepas mencuci muka bukan?

Ia menandakan kulit kamu terlalu kering. Akibat kulit terlalu kering ini, kulit akan kelihatan kusam, mudah mengelupas dan sekali gus naik jerawat.

 

Atau mungkin kulit kamu terlalu sensitif sehingga kamu sukar untuk mencari pencuci muka yang benar-benar sesuai dengan kulit wajah. Bila kamu tersalah pilih produk yang mungkin mengandungi bahan yang tak sesuai dengan kulit, lebih-lebih lagi jenis yang sensitif, maka bersedialah kamu dengan segala kemungkinan buruk yang bakal berlaku di kulit wajah (breakout).

 

Dengan penggunaan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, perkara diatas dapat dielakkan lebih awal kerana produk ini mempunyai formula ringan, lembut dan memelihara kelembapan kulit wajah. Jom lihat 7 Kebaikan Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang kamu mungkin belum tahu!

 

1.  pH seimbang

 

 

Dalam sibuk menjaga kulit wajah sendiri, adakalanya kamu terlupa bahawa kadar pH wajah juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan kulit wajah yang sihat dan glowing! Inilah beauty tips yang wajib kamu ketahui. pH yang seimbang akan membuatkan kulit tampil segar dan hidrasi. Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini memiliki formula pH yang seimbang untuk menjaga kadar asidik dan alkali pada permukaan kulit. Ia juga turut membantu mengawal kadar minyak pada wajah.

 

 

2.  Sesuai untuk semua jenis kulit

 

Sama ada kulit kamu jenis kering, kombinasi mahupun berminyak, produk ini amat sesuai untuk kamu. Tak perlu risau lagi untuk menggunakan pencuci muka mana yang berkesan buat kamu girls! Walaupun perubahan cuaca mampu membuatkan jenis kulit kamu berubah, dengan Cetaphil ini kamu tidak perlu mencari yang lain.

 

 

3.  Formula yang efektif membersihkan kotoran

 

Kandungan pencuci muka ini diformulasikan untuk semua jenis kulit. Namun, jangan memandang rendah dengan kebolehan produk ini ya. Ia dikatakan mampu membersihkan sisa solekan, kotoran serta minyak yang ada pada kulit. Fuh memang terbaik!

 

 

4.  Guna tanpa air atau dengan air

 

Tahukah kamu betapa uniknya pencuci muka ini? Selalunya, pencuci muka memang wajib dibilas bersama air. Inilah kebaikan pencuci Cetaphil yang jarang diketahui umum. Ada dua cara untuk menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser iaitu dengan menggunakan air atau tanpa air.

 

Untuk menggunakan Cetaphil tanpa air, letakkan cecair pencuci muka Cetaphil tersebut pada kulit sambil urut secara perlahan-lahan. Kemudian, kamu bersihkan menggunakan kain lembut atau kapas sahaja.

 

Kaedah kedua adalah cara biasa yang ramai orang buat iaitu menggunakan air untuk membilas dan membersihkan wajah secara keseluruhan.

 

 

5.  Melembapkan Kulit Wajah

 

Produk pembersih muka seringkali membuatkan kulit kamu kering selepas mencuci muka? Worry not, produk Cetaphil inilah penyelamat kamu. Kebaikan pencuci muka bebas buih ini membuatkan kulit wajah lebih lembut dan lembap pada masa yang sama. Kandungan propylene glycol yang ada dalam produk inilah yang memberi ‘feel’ kelembapan dan hidrasi serta membuatkan kulit lebih anjal.

 

 

6.  Multifungsi 

 

Ramai di luar sana yang pastinya tidak tahu bahawa pencuci muka Cetaphil ini bukan sahaja sesuai digunakan untuk membersihkan wajah saja tau. Kamu boleh menggunakannya untuk membersihkan tubuh badan. Sangat disarankan untuk kamu yang memiliki kulit sensitif. Mudah sahaja cara penggunaannya. Sapukan pada tubuh kamu seperti menggunakan sabun mandi kemudian bilas dengan air seperti biasa.

 

 

7.  Rawat Luka dan Kemerahan pada Kulit 

 

Dengan formula hypoallergenic yang terkandung dalam pencuci muka ini, ternyata ia mampu merawat masalah kemerahan pada kulit wajah. Kemerahan atau radang pada kulit selalunya disebabkan menggunakan alat pencukur (shaver) ataupun rawatan facial. Produk ini amat sesuai digunakan dalam proses pemulihan kulit supaya kulit menjadi lebih sihat.

 

Banyak kebaikan Cetaphil ni kan? Bagi kamu yang masih mencari-cari produk pencuci muka yang bersesuaian dengan keperluan kulit, cubalah Cetaphil ini. Mana tahu jatuh cinta nanti! Selamat mencuba!


Review & Rutin Penjagaan Wajah Dari Pengguna Tetap

 

Foto – twitter @sabrinasofiadin

 

Step 1:  Pencuci Muka 

Cetaphil Oily Skin Cleanser 500ml

” I tak pernah tukar cleanser since treatment tu sebab suka gila gila gila. Bulan ketiga guna baru nampak perubahan. Slowly, but surely. Idk why dekat sini jual rm60+ botol kecil. Australia 500ml dalam rm30+ je 

Klik sini untuk baca artikel penuh 

7-Kebaikan-Pencuci-Muka-Cetaphil-Yang-Kamu-Belum-Tahu-8

 

 

Step 2: Toner 

Sebamed Clear Face

 

7-Kebaikan-Pencuci-Muka-Cetaphil-Yang-Kamu-Belum-Tahu-9

 

Step 3: Moisturizer 

Nano White Mattifying Moisturiser

 

 

7-Kebaikan-Pencuci-Muka-Cetaphil-Yang-Kamu-Belum-Tahu-11

Step 4: Sunscreen 

 Bio-essence miracle bio water cooling sunscreen

 

7-Kebaikan-Pencuci-Muka-Cetaphil-Yang-Kamu-Belum-Tahu-10

Extras 

Scrub  – Bioglo Tea Tree Facial Scrub

 

 

7-Kebaikan-Pencuci-Muka-Cetaphil-Yang-Kamu-Belum-Tahu-12

Ubat Jerawat   Tidact, Nexcare Skin Care (siang) , Tretinon Cream (malam) or Benzac AC 5

7-Kebaikan-Pencuci-Muka-Cetaphil-Yang-Kamu-Belum-Tahu-13

 

Featured image – www.blibli.com

 

Love, Ohfesyen Team

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese