Cara Tudung Yang Kena Dengan Semua Bentuk Muka

Langkah – Langkah Pakai

 

GAYA 1

Langkah 1

  • Pakai tudung dengan sebelah kiri pendek dan kanan panjang. Kelepetkan tudung di kedua-dua sisi. Pin dekat bawah leher.

Langkah 2

  • Ambil tudung yang panjang tadi, bawa ke sebelah kiri dan lilit atas kepala.

Langkah 3

  • Letakkan peniti di sisi sebelah kanan.

Langkah 4

  • Ambil lebihan tudung yang panjang tadi, pegang pada penghujung tudung dan angkat ke atas. Pin dekat tengah kepala.

Langkah 5

  • Kemaskan tudung kamu mengikut cita rasa kamu dan siap !

 

 

GAYA 2

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah kiri pendek sebelah kanan panjang. Pastikan yang sebelah pendek itu cukup pendek.

Langkah 2

  • Ambil tudung yang pendek itu, pin dekat belakang sisi sebelah kiri.

Langkah 3

  • Ambil tudung yang panjang, pegang bahagian dalam dan lilitkan secara loose diatas kepala.

Langkah 4

  • Ambil bahagian tudung yang loose di hadapan tadi, pin dekat sisi sebelah kanan.

Langkah 5

  • Letakkan peniti di sisi sebelah kanan.

Langkah 6

  • Kemaskan tudung kamu mengikut keselesaan kamu dan siap !

 

Selamat Mencuba girlzzz !

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese