Kekalkan-Kesihatan-Badan-Kamu-Dengan-7-Langkah-Ini-!-7

Kekalkan Kesihatan Badan Kamu Dengan 7 Langkah Ini!

Bukan je sihat tapi cantik.

Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, kamu mesti sibuk dengan rutin harian kamu. Tak kiralah jika kamu seorang pekerja kerani, usahawan dari rumah mahupun seorang suri rumah tangga, kesihatan juga amat penting. Macam mana nak menjalani rutin harian kalau badan sakit tak bermaya?

Oleh sebab itu, Ohfesyen akan kongsikan tip untuk kesihatan yang baik.

1/7 Makan Makanan Yang Seimbang

Rule number one to stay healthy is to eat healthy. Ini kerana makanan adalah sangat penting dalam kehidupan tetapi kita sering kali abaikan pemakanan yang seimbang. Cara bijak untuk bekerja dengan sebaik mungkin ialah dengan memberi tumpuan kepada makanan yang sihat dan pelbagai yang menyuburkan dan memenuhi keperluan nutrisi dan kalori kamu. Kesihatan fizikal, termasuk tulang, otot, dan sendi kamu memerlukan penjagaan dan nutrisi yang baik! You are what you eat.

 

2/7 Bersenam 

Kekalkan-Kesihatan-Badan-Kamu-Dengan-7-Langkah-Ini-!-2

Foto – parade.com

Badan kamu perlu bergerak untuk kekal aktif dan senang untuk melakukan kerja, terutama sekali kerja-kerja rumah. Aktiviti bersenam dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular, otot dan menjadikan sendi dan tulang kuat. Bersenam juga adalah cara yang berkesan untuk melepaskan stres. Pilihlah aktiviti yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan kapasiti paru-paru. 

3/7 Jaga Waktu Tidur

Selain makan, tidur yang berkualiti pun penting ya. Orang dewasa perlukan tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap malam. Cara yang paling baik untuk memastikan beauty sleep adalah dengan mengelakkan penggunaan telefon bimbit dan laptop, elak makanan berat dan kefein selepas pukul 6 petang. Tetapkan satu masa tidur setiap hari dan tidur tepat pada waktunya. 

4/7 Lakukan Perkara Yang Kamu Suka

Apabila kamu terlalu sibuk dengan rutin harian, kamu tak menghiraukan tentang perkara yang kamu suka. Bukan makanan saja yang perlu seimbang, hidup juga perlu seimbang. Jangan terlalu sibuk dengan kerja, luangkan masa untuk melakukan perkara yang kamu enjoy. Jika kamu terlampau sibuk sehinggakan tiada masa, kamu akan lebih berisiko untuk stress dan menghadapi masalah kesihatan. Have some fun!

5/7 Kekal Hidrasi

Mengekalkan hidrasi adalah penting untuk kesihatan kamu. Badan kamu boleh pergi untuk suatu tempoh masa tanpa makanan tetapi tidak tanpa air. Tubuh kamu terdiri daripada kira-kira 75% air dan menjadi asas untuk proses metabolik, darah, badan dan cecair pencernaan, serta komponen utama dalam otot, lemak, dan tulang. Minuman berkafein cenderung dehidrasi, jadi kamu haruslah membataskan pengambilan kafein.

6/7 Kekal Fleksibel 

Regangan otot adalah komponen penting untuk setiap senaman dan latihan yang kamu lakukan. Fleksibiliti yang baik membolehkan kamu melakukan tugas dengan lebih baik dan mengekalkan otot, tulang, dan sendi yang lembut.

7/7 Dengar Suara Badan Kamu

Jangan abaikan tanda-tanda amaran dan sakit. Badan kamu bercakap dengan kamu melalui isyarat dan tanda-tanda dalam bentuk fizikal, mental, atau emosi. Dengar badan kamu bermaksud kamu dapat tahu apabila kamu berasa tidak sihat dan mengambil langkah yang sepatutnya. Kebanyakan rasa sakit-sakit itu datang daripada ketidakseimbangan otot. Jadi kamu haruslah meregangkan badan kamu dengan seimbang. Walaupun kamu hanya sakit sebelah badan, kamu harus juga melakukan regangan pada kedua-dua belah badan.

Love, Auni Nabihah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese