ABANG OPPA: Fesyen Rambut Korea Lelaki Terkini 2020

Antara stail rambut trending adalah dari negara Korea. Kekacakan abang oppa sering menjadi buah mulut gadis di Malaysia, maka ramailah jejaka di negara kita ini mula nak berfesyen ala-ala Abang Oppa!

Ayuh kita lihat beberapa jenis fesyen rambut Korea lelaki paling popular tahun 2020 

 

K-Hairstyle #1 Curtain Haircut

Foto – menshaircuts.com

 

Gaya klasik yang popular ini telah diubahsuai mengikut kemodenan dan pernah digayakan oleh kumpulan BTS! Jika kamu minat gaya rambut yang sedikit beralun pun boleh juga menggayakan stail curtain haircut ini. Asalkan potong bersih jika kamu ada jambang. Potongan rambut tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, hanya panjang sederhana untuk jadikan seperti tirai pada bahagian dahi dan dibelah tengah.

 

K-Hairstyle #2 Thick Brush Up

 

Paling kemas dan paling hensem! Fesyen rambut inilah buat ramai gadis fall in love dengan abang oppa. Rambut tebal disikat ke atas dan ratakan hujung rambut atas menjadi teratur kemas. Panjang rambut tidak melebihi paras telinga, potongan kemas meruncing mengikut telinga. Sideburn dibiarkan sedikit memanjang dan tidak melepasi cuping telinga. Sesiapa sahaja yang menggayakan fesyen rambut ini pasti menjadi tumpuan kerana tampil kemas dan macho walaupun wajah biasa-biasa sahaja.

 

K-Hairstyle #3 Shadow Perm

 

Shadow perm adalah gaya rambut ikal yang lembut. Untuk mengenakan gaya ini, kamu perlu menyimpan rambut supaya lebih tebal dan membentukkannya dengan potongan shadow perm, sudah pasti rambut kamu tampak mempunyai volume yang seimbang. Fesyen ini biasanya disukai oleh lelaki yang jenis santai bersahaja dan cool. Seperti gaya rambut yang lain, rambut di bahagian tepi tidak boleh dibiarkan sehingga menutupi telinga agar kekemasan tetap terserlah walaupun rambut tebal di bahagian atasnya.

 

K-Hairstyle #4 Short and Slick

Foto – hiscuts.com

 

Merupakan fesyen yang tidak lapuk dek zaman. Potongan short and slick menyerlahkan lagi kematangan kamu malah lebih elegan dipandang. Gaya rambut pendek disikat ke belakang dan mudah dirapikan hanya dengan menggunakan wax ataupun pomade sahaja.  Mudah untuk kamu uruskannya kerana tidak mengambil masa yang lama untuk merapikan rambut gaya ini. Sangat sesuai untuk digayakan dalam majlis formal atau semi-formal.

 

K-Hairstyle #5 Side Swept Pompadour

 

Kembali hit pada tahun ini, fesyen rambut side swept pompadour pernah popular di era 60-an yang pernah digayakan oleh penyanyi Barat terkemuka ketika itu, Elvis Presley. Styling yang menarik dan fresh dengan membuat dua belahan rambut bervolume tebal di sebelah kanan atau kiri dan volume rambut yang sedikit di belahan yang satu lagi. Untuk buat rambut kelihatan melengkung, gunakan pomade, gel rambut atau styling cream yang memberi kesan maskulin dan segak.

Masih pening untuk berfesyen? Cubalah fesyen rambut abang oppa yang popular ini. Moga memberi inspirasi kepada kamu, wahai jejaka! 

Love, Syaza

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese