Asid Salisilik Ini Bantu Masalah Pori & Blackhead

Benarkah Asid Salisilik Bantu Masalah Pori & Blackhead? And How?

Tahukah kamu asid salisilik sebenarnya bantu masalah pori & blackhead? Kamu mesti pernah dengar tentang teknik Double-Cleansing bukan? Memang benar teknik ini dapat membantu membersihkan muka dan pori-pori yang tersumbat, tetapi tak salah untuk menambahkan satu lagi rutin untuk meningkatkan keberkesanan teknik tersebut.

Penggunaan asid salisilik dapat membantu membersihkan kulit dengan pengelupasan dari dalam. Tetapi jangan biarkan perkataan “asid” menakutkan kamu

Asid salisilik tidak sepenuhnya kasar, dan sebenarnya ia mempunyai sifat-sifat yang menenangkan yang membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan. Ini sememangnya menjadi penyelamat bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan rawan jerawat.

5 Asid salisilik terbaik untuk pori & blackhead yang kamu boleh cuba!

1/5  Paula’s Choice Skin Perfecting 2% BHA Liquid

Salah satu rawatan terbaik untuk liang pori besar dan blackhead, ia mempunyai kekuatan asid salisilik yang tinggi iaitu sebanyak 2% dan teh hijau antioksidan dalam tekstur cair ringan yang berfungsi seperti toner. Rendam pad kapas dan sapukan seluruh muka kamu dengan perlahan-lahan, elakkan kawasan mata ya. Pada mulanya, kamu akan berasa kurang selesa, tetapi tunggu ia untuk meresap sepenuhnya sebelum menggunakan pelembap atau pelindung matahari. Ia juga terdapat dalam bentuk gel bagi kamu yang gemarkan tekstur gel.

Dapatkan di Paula’s Choice

2/5 COSRX BHA Blackhead Power Liquid

Exfoliant yang lembut ini bukan hanya untuk blackhead, ia juga mengurangkan saiz liang pori yang besar semasa memudarkan perubahan tona warna dan parut jerawat. Ia mengandungi 4% betaine salisilat yang lebih kurang sama dengan 2% asid salisilik. Ia juga bertujuan untuk digunakan di seluruh muka kamu, hanya sapukan lapisan yang nipis.

Selain itu, ia mempunyai bahan yang berkhasiat seperti asid hyaluronik dan Niacinamide, satu lagi bahan untuk mengecilkan liang pori yang baik. Sekiranya kulit kamu jenis kering dan sensitif, kamu akan menyukainya! Untuk kamu yang baru berjinak dengan bahan BHA ini, jangan menggunakannya terlalu kerap tau.

Dapatkan di Hermo.my

 

3/5 The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution

The Ordinary terkenal dengan tanpa bahan tambahan, formula yang sangat ringkas, straight to the point, dengan tag harga yang sangat berpatutan! Ia memberikan kamu asid salisilik 2% dalam bentuk gel. Asid salisilik adalah apa yang kamu boleh dapati di dalam botol 30ml ini – tiada tambahan lain.

Dapatkan di Threebs, Lazada

 

4/5 Paula’s Choice Skincare RESIST Daily Pore-Refining Treatment 2% BHA

Sekiranya kamu mempunyai masalah liang pori yang besar, kulit berminyak dan kulit berkedut dalam masa yang sama, exfoliant ultra-ringan yang cair ini mungkin yang terbaik buat kamu! Dengan 2% asid salisilik ditambah dengan antioksidan dan peptida, ia dapat melawan banyak tanda-tanda penuaan dan mengurangkan saiz liang pori.

Sekiranya kamu mempunyai liang-liang yang tersumbat yang memerlukan bantuan yang serius, cuba rawatan penapisan pori ini dengan 4% BHA yang juga boleh digunakan sebagai rawatan untuk jerawat dan blackhead.

Dapatkan di Paula’s Choice

 

5/5 The Inkey List Beta Hydroxy Acid

Ini adalah satu lagi rawatan dengan harga yang berpatutan untuk pori-pori besar dan blackhead yang memberikan kesan yang pantas! Ia mempunyai 2% Asid Salisilik bersama-sama dengan zink yang membantu mengurangkan minyak berlebihan dan asid hyaluronik yang menghidratkan kulit kamu. Ia juga dikenali sebagai alternatif lain kepada The Ordinary, jenama baru ini adalah penjagaan kulit dengan bajet yang berbaloi!

Dapatkan di Sephora

Sumber – Beauty TidBits

 

Featured image: mint07.com

Love, Auni Nabihah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese