Atasi-Punca-Muka-Breakout-Ketika-MCO-8

Cara-Cara Mudah Atasi Muka Breakout Di Rumah Ketika MCO

Ingatkan makin flawless, rupanya breakout.

Apa akan jadi kalau kamu tak atasi punca muka breakout ketika MCO? Walaupun hanya duduk rumah tanpa mekap & tak terdedah dengan persekitaran luar? Sejak perintah kawalan pergerakan (MCO) dijalankan bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, hampir seluruh negara mengalami perubahan drastik dalam rutin harian dan persekitaran. Walaupun social distancing ini adalah untuk kebaikan semua, namun ianya boleh memberi efek negatif pada kulit jika kamu tidak mengamalkan rutin penjagaan muka yang betul di rumah.

Ini punca yang mungkin menyebabkan kulit muka kamu breakout ketika MCO dan tips mengatasinya.

Tidur Tak Teratur

Atasi-Punca-Muka-Breakout-Ketika-MCO-1

Foto – medium.com

 

Work from home tetapi banyak waktu terluang di rumah menyebabkan kamu tidur tak menentu. Mungkin ada yang kerja lebih waktu yang menjurus kepada waktu tidur yang tak teratur. Tidur lewat juga boleh menyebabkan kulit muka breakout. Tubuh akan mengalami proses penjanaan semula dimana ia menghasilkan kolagen ketika tidur. Walaupun rutin harian kamu berubah, pastikan kamu dapat tidur yang cukup selama 7 hingga 9 jam untuk kepentingan kulit muka. 

 

Stress

 

Minda dan jiwa terganggu kerana kesunyian sepanjang tempoh MCO lebih-lebih lagi yang berjauhan dengan keluarga dan teman-teman. Isu seperti depresi, gelisah dan stress boleh menyebabkan kulit muka breakout dan penuaan awal. So, dont be stress! Fikir aktiviti menarik yang kamu boleh belajar, contohnya, memasak. Mungkin kamu boleh cuba cipta resepi dan kongsikan di laman sosial? 

 

Tak Jaga Makan!

 

Dengan waktu yang banyak terluang di rumah, kamu pun banyak waktu yang terluang untuk makan tanpa henti. Apatah lagi untuk menjaga diet pemakanan. Apa kata cuba cipta resepi yang sihat? Siapa tahu kamu boleh menjadi inspirasi teman-teman untuk hidup sihat? Ingat, we are what we eat.

 

Aircond, stay hydrated!

 

Persekitaran yang terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit kamu kering dan mengelupas. Rajinkan diri untuk minum 8 gelas air sehari bagi mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit wajah.

 

Elak Sentuh Muka

Tak perlu mekap bila duduk di rumah. Kulit pun perlu berehat dan bernafas. Tetapi tak bermakna kamu perlu menyentuh muka dengan kerap dan sengaja untuk mengelakkan daripada kotoran dan bakteria merebak pada kulit wajah yang menyebabkan pori tersumbat.

 

Sheet Mask, please.

Inilah waktunya untuk kamu luangkan masa membelai kulit muka! Sama ada kamu rajin untuk DIY mask atau beli saja di Watsons secara online? Pakai selama 10-20 minit, 3 kali seminggu. 

 

Home Workout

Atasi-Punca-Muka-Breakout-Ketika-MCO-7

Foto – medium.com

Oleh sebab gym ditutup sementara, ramai yang mungkin kurang bersenam. Jadi ia akan beri efek negatif pada kulit, dimana senaman dapat melancarkan peredaran darah dan oksigen ke wajah, memperbaiki kulit menjadi lebih sihat. Lakukan senaman ringan di rumah dengan menggunakan perabot atau alatan yang boleh diguna pakai. Be creative ya!

 

Featured image – www.remediesforme.com

Love, Wawa.

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese