Beauty-Tips-:-Cara-Mengetahui-Pencuci-Muka-Yang-Sesuai-6

Beauty Tips: Cara Mengetahui Pencuci Muka Yang Sesuai

Perempuan dan skincare memang berpisah tiada. Kadang-kadang masuk Watsons atau Guardian, kamu mesti keliru nak pilih pencuci muka yang sesuai dan serasi dengan kulit muka kamu bukan? Bukan apa, takut kalau tersalah pilih nanti kulit breakout pula.

Jadi, macam mana nak pilih pencuci muka yang terbaik dan sesuai? Jom ikuti 5 beauty tips dalam cara mengetahui pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kamu!

 

Tips #1: Tidak Keringkan Kulit

 

Awas! Kamu kena lebih berhati-hati dalam memilih pencuci muka yang betul. Pencuci muka yang mengeringkan kulit wajah memang tidak baik untuk kamu kerana ia akan buatkan kulit kamu dehidrasi secara tidak langsung.

Kelenjar minyak di bawah kulit bertindak mengesan tahap kelembapan kulit yang menurun dan menghasilkan lebih banyak minyak ketika kulit kamu kering.

Jadi, kulit kamu akan jadi lebih berminyak dan ada potensi tinggi untuk naik jerawat ya. Hati-hati!

 

Tips #2: Membersihkan Kotoran dari Muka

 

Bukan semua pencuci muka berkesan dalam meninggalkan kekotoran secara total.

Cuba ambil sekeping kapas, letakkan sedikit toner di atasnya dan sapukan pada kulit kamu. Adakah ia bersih atau meninggalkan sebarang kesan kotoran pada kapas? Jika terdapat kotoran, ternyata pencuci kamu tidak berjaya membersihkan wajah kamu secara menyeluruh.

Lagi satu tips! Elakkan memilih pencuci muka yang ada skrub kasar. Skrub kasar mampu menghakis kulit muka dan mungkin akan terjadinya calar dan luka kecil.

 

Tips #3: Membersihkan Kotoran dalam Pori

 

Familiar tak dengan perkataan “deep cleansing” ini? Pencuci muka jenis ini mampu membersih kulit wajah hingga ke dalam liang-liang pori. Ternyata ianya lebih sesuai buat kamu, si penggemar makeup atau kulit muka jenis berminyak.

 

Tips #4: Bertindak Secara Lembut

 

Pencuci muka yang terlalu kuat bahan kimianya akan memberi kesan sampingan merbahaya terhadap kulit muka kamu. Jadi, elakkan memilih pencuci muka yang menghakis pigmentasi dan lapisan kulit. Pilih pencuci muka yang diperbuat daripada bahan jenis organik. Ternyata lebih selamat!

 

Tips #5: Melembapkan Kulit

 

Untuk mendapatkan kulit bebas jerawat dan sihat, kamu harus pilih pencuci muka yang memberi extra hydration pada kulit. Bukan saja kulit kamu lebih bersih, malah wajah kamu kelihatan lebih segar dan bebas bernafas.

Beauty tips terakhir ini amat penting terutamanya bagi kamu yang bekerja di pejabat atau duduk dalam keadaan berpenghawa dingin. Pastinya kulit akan menjadi lebih kering dari kebiasaannya. Oleh itu, kamu wajib teliti dalam memilih pencuci muka yang bagus dalam mengawal paras minyak dan mengekalkan kadar kelembapan kulit wajah secara semulajadi.  

 

Love, Syaza!

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese