Berus & Bedak Foundation Terbaik Untuk Merawat Kulit

Foundation menjadi pilihan gadis bekerjaya dan juga mereka yang gemarkan makeup yang lebih natural. Percaya atau tak, powder foundation ini adalah pilihan terbaik kerana lebih mudah dan ringkas digunakan berbanding liquid foundation. Sangat sesuai dipakai untuk kegunaan harian terutamanya bagi kamu yang mempunyai masalah kulit berminyak. Powder foundation ini yang akan membantu merawat kulit kamu dengan bahan ekstrak semulajadi. Untuk dapatkan hasil makeup yang effortless, berus foundation juga memainkan peranan penting ya. Jom lihat senarai berus dan bedak foundation terbaik wajib cuba dan alami efeknya sendiri.

 

MAC Studio Careblend Pressed Powder

Berus-&-Bedak-Foundation-Terbaik-Untuk-Merawat-Kulit-1

 

Studio Careblend Pressed Powder keluaran MAC ini merupakan serbuk padat berfungsi seperti krim. Untuk kamu yang berkulit kering pasti akan jatuh cinta dengan bedak ini. Ia meluncur dengan lancar dan smooth pada kulit wajah. Liputannya adalah sederhana sahaja. Sesuai untuk solekan harian yang natural. Lebih-lebih lagi untuk wanita bekerjaya yang memerlukan diri untuk tampil kemas setiap hari di office.

 

Make Up For Ever Pro Finish Multi-Use Powder Foundation

Berus-&-Bedak-Foundation-Terbaik-Untuk-Merawat-Kulit-2

 

Pro Finish Multi-Use Foundation keluaran Make Up For Ever ini versatile kerana boleh digunakan sebagai bedak mahupun foundation. Sifatnya yang ringan dan mudah meluncur pada kulit wajah menjadi faktor utama kenapa produk ini popular. Bagi kamu yang berkulit kering dan risau makeup nampak bercapuk, wajib cuba foundation ini kerana ia menghidrasikan dan merawat kulit serta solekan kekal sempurna dalam jangka masa panjang.

 

Maybelline FitMe! MATTE+Poreless Powder

Berus-&-Bedak-Foundation-Terbaik-Untuk-Merawat-Kulit-3

 

Dengan kandungan serbuk baldu mikro halus dan SPF 32 PA+++, ternyata ia mesra pada kulit wajah dan sesuai untuk kamu yang memiliki kulit jenis berminyak. Formulanya yang halus menghasilkan solekan yang effortless apabila disapu pada kulit. Ia mampu bertahan sehingga 24 jam ya! 8 tona pilihan sedia ada, jadi tiada alasan lagi untuk kamu memilih produk lain.

 

Estee Lauder Double Wear Stay-In-Place Matte Powder Foundation

Berus-&-Bedak-Foundation-Terbaik-Untuk-Merawat-Kulit-4

 

Dengan agen perlindungan khusus, powder foundation keluaran Estee Lauder ini memberi daya tahan yang long-lasting pada kulit wajah kamu sepanjang hari. Ia juga dapat mengawal minyak dan menutup cela serta garis halus yang kelihatan. Produk ini bebas iritasi dan sangat sesuai digunakan bagi kamu yang mempunyai kulit jenis kering.

 

Silkygirl Magic BB White Chiffon Powder Foundation

Berus-&-Bedak-Foundation-Terbaik-Untuk-Merawat-Kulit-5

 

Walaupun harganya agak murah berbanding jenama powder foundation yang lain, liputan bedak Slikygirl ini ternyata tidak menghampakan. Ianya lengkap dengan bahan-bahan semulajadi yang bagus untuk membuatkan kulit tampil segar.

 

Berus Foundation Terbaik

ZOEVA Rose Golden 101 Silk Finish Brush

 

 

 

Jika tidak kena pada caranya, powder foundation akan membuatkan wajah kamu nampak kering dan bercapuk. Penggunaan berus foundation yang betul juga penting. Dengan Zoeva Rose Golden 102 Silk Finish, muka bercapuk bukan masalah lagi buat kamu girls! Disapu sekata pada wajah dengan berus lembut ini, makeup kamu pasti superb!


Sigma Beauty F82 Round Kabuki Brush

 

 

 

Bagi kamu yang sibuk bekerja dan tak ada banyak masa untuk bermakeup, wajib cuba Sigma Beauty F82 Round Kabuki Brush. Ratakan foundation sekelip mata dengan berus ini. Kurang dari 5 minit untuk siap memakai foundation pada wajah dan gincu pada bibir. Berus ini penyelamat kamu di kala mengejar waktu bersiap-siap untuk keluar atau ke pejabat.

 

Breena Beauty B102 Foundation Buffer

 

 

 

Sedang mencari berus foundation murah tetapi nak kualiti setanding produk high end? Pastinya item lokal keluaran Breena Beauty ini menjadi pilihan kamu yang baru mula belajar bermakeup. Berus berkualiti tinggi dengan harga mampu milik ini sudah semestinya menjadi idaman setiap makeup lover! Tunggu apa lagi? Dapatkannya di Hermo Malaysia atau official page Breena Beauty.

Selamat bereksperimen dengan berus dan powder foundation yang serasi buat kamu!

 

 

Featured image — www.theloop.ca

Love, Ohfesyen Team

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese