Best Ke Velvet Vanity Punya Liquid Matte Lipsticks?

Local product? Why not!

Perempuan tak akan pernah ada lipstik yang cukup, kan? Lagi-lagi kalau nampak warna favourite pastinya kamu akan beli! Atau bila teman-teman recommend sesuatu produk tersebut. You just can’t resist the temptation to buy, arent you? Well, you’re not alone sis. Hiks.

 

Saya adalah salah seorang pengguna twitter yang aktif. Bukan apa, hanya untuk mengambil tahu tentang isu semasa. Macam-macam karenah manusia yang lalu di timeline. Paling suka bila ada yang berkongsi tentang kosmetik. Be it makeup or skincare. Sudah tentu saya akan save di bookmark atau just retweet dan like untuk referance akan datang!

 

Bulan lalu, Velvet Vanity viral tentang produk terbaru mereka. Entah kenapa hati ini terdetik untuk mencuba produk mereka since ramai netizen yang beri review positif. Walhal tahu Velvet Vanity ini jenama yang boleh dikatakan terkenal dan setakat ini belum ada lagi gosip negatif tentang mereka. Bukan senang ya untuk jenama lokal menambat hati orang kita.

 

Apa yang buat saya lebih tertarik untuk mencuba adalah sebab the famous beauty guru di youtube, Tati Westbrook (dengan 9 juta subscribers) membuat satu video yang memaparkan liquid lipstik matte dari Velvet Vanity dalam videonya, “INDIE MAKEUP TESTED | Brands you Need to Know”, yang kini hampir mendapat 1 Juta tontonan di youtube. I am proud of our Malaysian entrepreneur!

 

Mulanya keliru untuk beli sama ada Super Slim Stick which is their latest lipstick atau lipmatte. Lama juga ambil masa untuk decide. Memandangkan lipmatte adalah keluaran pertama mereka, jadi saya membuat keputusan untuk mencuba, and why not beli bundle terus? So I choose Lipsticks 4 Life Bundle! Untuk yang belum tahu, banyak lagi pilihan bundle daripada Velvet Vanity, sesuai untuk kamu beri hadiah kepada teman-teman. They are super cute too! Apa yang saya bakal tulis ini semuanya kejujuran semata berdasarkan pengalaman sendiri.

 

First thing first!

 

Tentang Velvet Vanity…

Menyedari tentang kekurangan jenama lokal kosmetik di Malaysia dan memahami betapa sukarnya untuk dapat make-up yang affordable, Adlina Nadirah, 27, yang merupakan pengasas Velvet Vanity berhasrat untuk menubuhkan jenama kosmetik sendiri dengan menghasilkan produk kecantikan yang berkualiti tinggi dengan harga jauh lebih berpatutan. Maka lahirlah Velvet Vanity pada 2016, ketika usianya 23 tahun. Dia memastikan tiada bahan kimia berbahaya dan tiada ujian keatas haiwan dalam menghasilkan setiap produk kosmetik miliknya. Liquid Matte Lipstick merupakan produk pertamanya dengan pilihan warna bold dan unik yang memberi suntikan aura 90an. Dan kini Velvet Vanity telah menghasilkan lebih banyak produk seperti lipgloss, cream blusher dan eyeshadow! Keunikan produk mereka juga berjaya membawa jenama ini menembusi pasaran luar negara. Congrats!

 

Now lets move onto the product details…And my very honest review, ofcourse.

 

Packaging dan Konsep

 

OMG, It’s so good to finally meet you too! First impression tentang packaging Lipsticks 4 Life Bundle ini, happy. You know, words can affect your mood. Produk dibalut dengan kemas beserta FREE luckey charm untuk 200 customers terawal (glad im one of them, yay) dan juga kad! It’s like a love letter. Lipsticks 4 Life Bundle ini berharga RM149 untuk 4 lipstick matte. Very the berbaloi.

 

 

Konsep yang sama cuma packaging lipstik diperbaharui. Warna signature Velvet Vanity mengingatkan saya tentang Tiffany & Co yang juga menggunakan tiffany blue sebagai warna signature. Cuma kombinasi warna Tiffany & Co adalah tiffany blue dan hitam, Velvet Vanity pula tiffany blue dan barbie pink. Bagi saya, kombinasi warna dan design pada kotak lipstik Velvet Vanity ini lebih kepada stail yang fresh, young and energetic.

 

 

Pemilihan font juga cantik dan jelas dengan maklumat lengkap yang ada pada kotak. Tetapi saya berasa kurang sesuai bila ada bahasa perancis “Rogue A Levres Mat Liquide” di situ. Secara peribadi saya rasa lebih sesuai kalau ia digantikan dengan bahasa melayu since it’s Malaysian product, so it will show that Velvet Vanity IS from Malaysia. I think so? Well… Itu hanya pandangan saya sebagai seorang pengguna. But i think it’s fine asalkan kualitinya bagus. Jangan terlalu serius okay? Hiks. 

 

 

Tiub lipstik juga diperbaharui! Saya maksudkan warna logo, yang dulunya barbie pink ditukar dengan warna silver yang lebih jelas dan kontra dengan warna lipstik. Good improvement!

 

 

Aplikator yang kecil dan tirus memudahkan saya untuk memakai lipstik. Keliling tube pula tak akan comot walaupun kerap buka tutup lipstik. Do you know what I mean? Maksudnya, seperti yang kamu lihat dalam gambar, aplikator itu tak membuatkan botol atau tube lipstik itu comot. Jadi tak perlu risau berapa banyak kali pun kamu buka tutup lipstik, tube tersebut tidak akan comot.

 

Let’s Look At The Ingredients!

 

Seperti yang di highlightkan, produk Velvet Vanity adalah 100% vegan, cruelty-free dan tanpa paraben. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan formula lipstik adalah Isododecane, Isohexadecane, Mica, Octyldodecanol, Ethylene/Propylene/Styrene/Copolymer, Stearalkonium Hectorite, Dicalcium Phosphate, Alcohol,Flavor (Aroma), Oenothera Biennis Oil. (may contain titanium dioxide, iron oxides, blue 1 lake, red 7 lake, red 6, talc, silica). Okay I don’t know what those lake ingredients are. Hahahaha!

 

Oh dan ada expired date disitu ya, which is great! 3 tahun lamanya. Jimat, kan?

 

How About The Formula?

Okay, jujur dari hati. Ini adalah lipstik matte paling creamy yang pernah saya cuba. And it is local! Tak seperti lipstik MATTE yang lain, kebanyakannya cepat kering dan membuatkan bibir kering sehingga merekah. Paling best adalah lipstik matte Velvet Vanity ini cepat kering (semi-matte finish) sejurus dipakai dan teksturnya cukup melembapkan. Mungkin kamu tak perlukan lipbalm lepas ini?

 

 

And Texture..?

Teksturnya yang cukup creamy, ringan dan melembapkan. Namun, perlu berhati-hati ketika memakai untuk mengelakkan daripada comot okay? Kalau nak hasil yang kemas, saya cadangkan guna lip pencil. Satu sapuan saja dah cukup melitupi bibir melainkan bibir kamu jenis mungil seksi seperti Megan Fox, you might need second swipe hun. Hiks!

 

Do They Have Any Scent?

No, they don’t. Lipstik ini tak ada sebarang bauan seperti lipstik lain yang punya bermacam bau coklat, cotton candy dan sebagainya. Mungkin disebabkan ia vegan, jadi ia tak mempunyai sebarang bau? Bau yang sedikit pelik, bukan bau kimia which I don’t know how to describe! HAHA! Jangan risau sebab bau itu tak akan melekat pada bibir.

 

Pigmentation! Perlu Reapply Atau Tidak?

Lipstik tetap ada walaupun selepas makan. Paling best lipstik senang ditanggal, yay. So as long as kamu tak makan makanan yang berminyak atau bersambal, lipstik akan tetap on point! Lipstik melekat dekat cawan tak? Surprisingly, no!

 

Finally, the longetivity…

saya boleh katakan ia mampu bertahan selama 6 hingga 8 jam. Tahap ketahanan lipstik sebenarnya bergantung kepada lifestyle kamu, sama ada kamu kerap makan atau perlu solat, maka kamu perlu retouch your lipstick sis. Dan saya rasa tiada masalah untuk retouch because we all do love lipsticks!

 

What Do I Think About The Colours?

 

Secara peribadinya, saya suka dengan pilihan warna lipstik Velvet Vanity. Cantik, unik dan klasik. . Dan sebenarnya saya agak kurang yakin dengan shade Peach Perfect. Risau tak sesuai dengan warna kulit. Mungkin dah terbiasa dengan warna-warna nude? But I was wrong! It did look GREAT on me walaupun tanpa makeup. It’s a WOW.

 

Look At The Swatches!

PEACH PERFECT
OG CHEAP THRILLS
INSTAWORTHY
LADY

Berbaloi ke Tidak?

Dengan kualiti dan harga untuk sesuatu produk lokal yang sangat affordable, saya boleh katakan cukup berbaloi untuk kamu invest. Cuma saya kurang suka dengan bau lipstik yang agak pelik? Sorry Velvet Vanity. Maybe they can improve dari segi scent? Saya tak sabar nak cuba produk lain pula lepas ini! Super Slim Stick? Atau cream blusher? We’ll see.

 

So, dekat mana boleh beli?

Lipstick 4 Life Bundle — RM149

Klik dekat link ini → www.velvetvanitycosmetics.com/pages/retailers

 

Jangan lupa #supportlocal !

 

Love, Wawa Adams.

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese