Busana Raya Mampu Milik Mesra Dapur Persis Puteri Kayangan

mnm

Gambar : Minimalace

Cemburu melihat saudara mara berhias cantik di pagi Raya, kita pula terhad untuk berhias rapi. Pasti ramai wanita dekat luar sana tu masih keliru dan dilema nak beli baju raya kan? Pasalnya nanti kena duduk dapur cuci pinggan mangkuk! Alahai lumrah menjadi wanita, mesti kena cuci pinggan. Tak cuci pinggan tak sah. Tapi kalau ada yang tak pernah cuci pinggan tu, mengada namanya. Ewah kau. 

Tidak perlu gusar lagi dengan semua dilema yang melanda. OHFESYEN bagi idea macam mana nak bergaya tapi masih boleh cuci pinggan di dapur. 

Minimalace

mnm 2

Gambar : Minimalace

 Baju kurung berpotongan peplum diserikan lagi dengan organza bunga les di separuh tangan dan bahagian peplum. Menambah keselesaan dan kekemasan dengan fabrik Soft Italian Fernando. Alunan kain menambah seri gaya busana raya ini. Kekemasan pada lengan memudahkan para wanita untuk sesi mencuci pinggan di dapur! RM 279

Butik :  No 33A & 35A Jln Plumbum P7/P,40000 Seksyen 7 Shah Alam Selangor

Website : minimalace

Instagram : @minimalace

Petra

petra

Instagram : @petra.rtw

Ilham ringkas kurung moden berlainan rona baju dan skirt memberi kelainan dalam penampilan. Bijak memilih rona, busana berona pastel yang disirami manik-manik berbentuk bunga kecil pada baju dan skirt. Potongan baju kembang belakang menambah aura feminin. RM 349

Butik : Physicon Bangi | Melur Brunei | Modvier Bangsar 

Website : PetraZalora 

Instagram : @petra.rtw

Minaz

minaz 2

Instagram : @minaz.my

 Potongan baju kurung moden beropol tengah bersemat deretan manik kristal menyerlahkan keanggunan si pemakai. Berona merah seksi menambah seri dan aura lebih terserlah. RM 279

Butik : Minaz Bangi & Shah Alam : 10am – 7pm | Minaz Kuantan : 10am – 10pm.

Website : Minaz 

Instagram : @minaz.my

– 

Zalia

zalia 2

Instagram : @zalia_official

 Baju kurung moden berona biru pastel memberi aura kelembutan pada gaya. Kelihatan anggun berpotongan sisi peplum dan menyuntik gaya minimalis feminin pada skirt bercorak sisi. Kekemasan yang tidak menghalang kaum wanita untuk membuat kerja rumah! RM 179 (promosi)

Website : Zalora

JannahNOE

jannahNOE 2

Gambar : JannahNoe

Penampilan anggun nan kemas pada busana terserlah pada baju dan skirt yang beralun rapi. Tiada corak pada busana menyuntik gaya minimalis di Aidilfitri. Keayuan terserlah dengan hanya menggunakan satu warna yang lembut cukup memberi impak pada gaya feminin. RM219 (promosi)

Butik : Subang Parade| Paradigm Mall |Setia City Mall |KB Mall | Angsana JB

Website : JannahNOE

Instagram : @jannahnoe.official

Semua busana raya diatas adalah pilihan OHFESYEN dimana gaya yang sangat minimalis tetapi masih mengekalkan keanggunan bak puteri kayangan dan semestinya memudahkan kaum wanita untuk ke dapur! ..Dan cuci pinggan ~

 

Click to access the login or register cheese