Cara-Cara-Atasi-&-Merawat-Bibir-Kering-&-Mengelupas-1

Cara-Cara Atasi & Merawat Bibir Kering & Mengelupas

Macam mana caranya?

 

 

Bibir kering dan menggelupas ini betul-betul boleh buatkan kita rasa rimas. Selalu je rasa nak kopek bibir bila dah asyik menggelupas. Tapi kalau kopek bibir, dah confirm akan berdarah lepas tu buat keadaan bertambah teruk. Kalau dapat bibir yang kering merekah lagi teruk, nak senyum atau ketawa pun dah sengsara sebab akan pedih. Lepas itu, mulalah mengelupas.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan bibir kita kering. Selain daripada kurang minum air, cuaca persekitaran yang panas, tempat bekerja yang berhawa dingin, makanan yang berasid dan pedas, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk, serta badan mengalami dehydration juga boleh menyebabkan bibir kita rasa kering dan menggelupas.

OHFESYEN senaraikan tips dan cara mengatasi bibir kering dan menggelupas dengan cara yang betul.

 

CARA MENGATASI DAN MERAWAT BIBIR KERING DAN MENGGELUPAS

 

Banyakkan minum air kosong

 

Ini adalah cara mengatasi bibir kering dan menggelupas yang paling mudah untuk membuatkan bibir kamu sentiasa lembap dari dalam dan mengelakkan tubuh badan daripada mengalami dehydration. Kekurangan air dalam badan merupakan faktor utama bibir mudah kering dan mengelupas. Kita sentiasa disarankan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari bagi memastikan badan kita cukup keperluan air.

 

Elakkan menjilat bibir yang sedang kering dan mengelupas

 

Perkara ini sepertinya sudah menjadi tabiat kita bila bibir sedang kering. Kita sangka yang bibir kita akan menjadi lebih lembap apabila kita menjilat bibir. Tapi tahukah kamu bahawa air liur sebenarnya mengandungi asid yang boleh mengeringkan bibir kita. Sebab itu seboleh-boleh elakkan daripada menjilat bibir. Jangan jadikan sebagai habit okay?

 

Pakai pelembap bibir

 

 

Amalkan memakai pelembap bibir setiap hari kerana ia boleh membantu untuk mengekalkan kelembapan bibir kamu sepanjang hari. Seelok-eloknya pilihlah pelembap bibir atau lip balm yang mengandungi SPF kerana kita sering terlupa bahawa bibir kita juga selalu terdedah kepada cahaya matahari.

 

Menggunakan skrub bibir

Cara-Cara-Atasi-&-Merawat-Bibir-Kering-&-Mengelupas-5

Foto – m.medcom.id

 

Penggunaan skrub bibir sebanyak 3 kali seminggu boleh membantu membuang sel-sel kulit mati yang terdapat pada bibir. Pastikan kamu gosok secara perlahan untuk mengelakkan luka. Jika rajin, kamu boleh buat sendiri skrub bibir di rumah dengan menggunakan bahan campuran madu dan gula. Lebih mudah dan jimat!

 

Jangan kupas bibir!

Tabiat mengupas bibir akan menyebabkan pendarahan, luka kecil, dan bengkak pada bibir. Jadi, akan menjadikan bibir kamu lebih sukar untuk sembuh dan kembali pada normal. Jadi, elakkan ya!

 

Perlu diingat, bibir juga perlukan penjagaan yang rapi dan perlu sentiasa dirawat. Amalkan kesemua tips di atas, barulah boleh dapat bibir yang cantik dan merah bak delima! Selamat mencuba!

 

Featured image – enjoyfoodenjoylife.com

Love, Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese