Cara-Mekap-Simple-&-Tahan-Lama-Untuk-Dinner-7

Cara Makeup Simple & Tahan Lama Untuk Dinner Date!

Wanita memang amat sinonim dengan peralatan makeup. Ia seolah-olah sudah menjadi permainan wajib kebanyakan wanita untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dan untuk sentiasa tampil cantik dengan confident sekali lebih-lebih lagi apabila hendak menghadiri majlis tertentu seperti dinner. Tapi, mesti akan wujud perasaan hampa bila makeup tidak tahan lama dan kelihatan semakin bercapuk setelah beberapa jam. Ini boleh menyebabkan hilangnya mood seharian tau!

 

 

TIPS MAKEUP TAHAN LAMA

Biasanya makeup yang cepat bercapuk dan tidak tahan lama adalah disebabkan kulit wajah yang terlalu berminyak dan tidak prep kulit dengan betul sebelum memakai makeup. Sebenarnya ada beberapa taktik dan tips yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan makeup tahan lebih lama.

 

  1. Cuci muka menggunakan air sejuk sebelum mula memakai makeup boleh membantu mengawal minyak dan mengecilkan pori buat sementara waktu. Selepas anda mencuci muka menggunakan facial wash anda, bilas muka anda dengan air yang sejuk.

 

Cara-Mekap-Simple-&-Tahan-Lama-Untuk-Dinner-2

Foto – beautysyn.com

 

  1. Pastikan anda pakai pelembap muka untuk memastikan kulit muka anda tidak terlalu kering apabila mengenakan foundation. Orang yang ada kulit berminyak pun perlu pakai moisturizer, tapi pilih moisturizer jenis water-based supaya cepat meresap dan kurang berminyak.

 

  1. Jangan skip primer. Fungsi primer adalah untuk mengelakkan makeup anda cepat cair. Ia seperti satu lapisan untuk menutup lubang-lubang pori sebelum anda memakai foundation.

 

  1. Pilih warna foundation yang bersesuaian dengan warna kulit anda. Jangan terlalu gelap dan terlalu cerah. Untuk yang kulit berminyak, lebih bagus jika memakai foundation jenis matte.

 

 

  1. Set makeup anda dengan menggunakan loose powder selepas memakai foundation. Ini penting untuk mengawal dan menyerap minyak yang berlebihan pada muka selepas mengenakan makeup terutama sekali di bahagian T-zone, dahi, dan dagu.

 

CARA MAKEUP SIMPLE YANG SESUAI UNTUK DINNER

 

Kadang-kadang bila kita dah terlewat untuk bersiap, nak makeup lama-lama pun dah tak sempat. Sempat buat yang basic sahaja. Tapi anda sebenarnya boleh aplikasikan taktik di bawah untuk dapatkan makeup yang simple tapi masih kelihatan sangat cantik di majlis dinner anda supaya anda nampak lebih menarik berbanding orang lain.

 

  1. Natural Eyebrow – Anda tak perlu untuk buat kening nampak terlalu nipis atau terlalu tebal. Biarkan kening asal anda nampak kekal kerana biasanya kening sendiri adalah yang paling sesuai. Paling-paling pun anda perlu shade-insedikit sahaja.

 

  1. Bold Lipstick – Kalau nak nampak menawan di majlis dinner, pakailah lipstick yang berwarna terang atau bold kerana ia lebih sesuai untuk waktu malam seperti warna Wine Red.

 

Cara-Mekap-Simple-&-Tahan-Lama-Untuk-Dinner-5

Foto – pinterest.at

 

  1. Smokey Eye – Ini adalah taktik makeup yang biasa diguna pakai untuk ke majlis dinner. Anda hanya perlukan eye shadow yang berwarna gelap untuk mendapatkan lookyang seakan-akan misteri ini.

 

Semoga tips di atas membantu untuk anda dapatkan makeup yang simple dan tahan lebih lama.

 

Love, Sarah.

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese