Cara Menghilangkan & Mengempiskan Perut Buncit Wanita

 

 

Perut buncit merupakan masalah yang sering dialami hampir semua wanita. Hilang keyakinan diri untuk tampil anggun dan menyerlah seperti orang lain Tak semua wanita yang jaga pemakanan apatah lagi nak workout!. Bagi kebanyakan wanita, keyakinan itu datangnya dari kecantikan fizikal. Orang kurus pun tak terkecuali mempunyai perut buncit ya.

Jadi, OHFESYEN senaraikan 4 TIPS paling berkesan untuk kamu mencapai misi kempiskan perut dengan mudah asalkan kamu ada semangat dan bersungguh-sungguh. Nak cantik tak? Kena buat secara konsisten barulah nampak hasilnya gempak dan wow gitu.

 

 

Tip #1: Elakkan Pengambilan Gula Yang Tinggi

 

Gula putih ialah punca segala keburukan yang berlaku pada tubuh badan. Gula putih ini bukan sahaja merosakkan kadar vitamin C malah mempercepatkan proses penuaan. Selain itu, sistem imunisasi badan juga turut terjejas menyebabkan badan lemah mudah terkena penyakit.

Sebolehnya kamu gantikan gula putih itu dengan ‘organic raw sugar cane’ (ORSC) ataupun molasses. Perhatikan segala kandungan makanan yang dimasukkan ke dalam perut kamu kerana siapa tahu ada gula tersembunyi. Pengeluar makanan pastinya menukarkan nama lain bagi gula pada label mereka untuk menarik perhatian kamu seperti glukosa, fruktosa, maltose dan banyak lagi.

 

Tip #2: Kawal / Pantang Makanan Bergluten

Cara-Menghilangkan-Dan-Mengempiskan-Perut-Buncit-Wanita-3

Foto – www.scmp.com

 

Makanan bergluten ini biasanya kamu dapat dari sumber gandum. Kemajuan teknologi pemakanan telah merubah biji gandum menjadi lebih besar dan terkandung gluten yang banyak di dalamnya. Gluten ini menyebabkan kamu kerap hadapi masalah ‘angin atau gas’. Selain itu, ia turut menyukarkan proses penghadaman. Jadi, hati-hati dengan pengambilan gluten ya. Seeloknya, kamu boleh gantikan dengan makanan bebas gluten.

 

Tip #3: Kempiskan Perut Dengan Senaman

 

Yang ini biasanya kamu sedikit malas-malas kan? Alah, tak susah pun. Tak dapat keluar rumah, tak dapat pergi gym, berzumba saja dalam rumah asalkan ada pergerakan badan yang kamu buat. Paling kurang dalam sehari, cuba luangkan masa selama 30 minit untuk buat sit-up, push-up, side plank, plank, berlari setempat dan sebagainya yang membolehkan kalori dalam badan kamu hilang. Apa pun aktiviti yang meningkatkan kadar denyutan jantung berhasil membanteras lemak degil di perut kamu. Jangan sibuk berehat dan tidur saja okay? Be proactive!

 

Tip #4: Kurus Dengan Minuman Probiotik

 

Probiotik adalah bakteria baik yang bagus untuk sistem penghadaman. Jika kamu hadapi masalah usus, memang elok amalkan minuman probiotik ini. Lebih baik jika dapat buat sendiri seperti air kombucha dan tepache. Minuman probiotik biasanya banyak dijual di kedai seperti Yakult, Vitagen dan sebagainya. Namun perlu diingatkan bahawa kandungan gulanya agak tinggi. Pengamalan minuman probiotik dapat menjaga usus untuk berfungsi dengan lebih baik dan cekap.

Penting buat kamu untuk konsisten dalam setiap langkah serta tip, yakin sama ada cepat atau lambat, kamu pasti akan raih hasil yang terbaik serta amalkan gaya hidup yang sihat tanpa stress. Jangan terlalu risau, kecantikan bukan hanya pada fizikal semata-mata. Kecantikan mental dan rohani juga harus seimbang dengan kecantikan fizikal.

 

Yang penting kena rajin dan konsisten okay!?

Featured image – www.besthealthmag.ca

Love, Syaza

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese