Cara Pakai Shawl Panjang ala Projek Memikat Suami

Cara Pakai Shawl Panjang ala Projek Memikat Suami

Langkah-Langkah Memakai Shawl

Tutorial Pertama ( Loose )

Langkah Pertama 

  • Pakai shawl dengan kanan panjang dan kiri pendek atau sebaliknya.  Kemudian letakkan jarum peniti di bahagian tepi pada kedua-dua belah, iaitu kiri dan kanan supaya shawl mudah dibentuk atau tidak lari.

Langkah Kedua

  • Pusingkan shawl sebelah kanan ke hadapan dan letakkan shawl di kepala(  secara loose )  dan kemaskan. Kemudian letakkan jarum peniti de kedua-dua belah.

Langkah Ketiga

  • Pusingkan shawl sebelah kiri ke hadapan dan pinkan di bahu sebelah kanan

Langkah Keempat 

  • Kemaskan shawl mengikut keselesaan anda. Siap !

 

Tutorial Kedua

Langkah Pertama 

  • Letakkan shawl dibawah dagu dengan kiri pendek, kanan panjang atau sebaliknya. Pinkan kedua-dua belah shawl supaya ianya terletak.

Langkah Kedua

  • Ambil bahagian yang panjang dan pusingkan ke hadapan. Kemudian terus letak diatas kepala tanpa perlu lilit shawl kebelakang.

Langkah Ketiga

  • Pegang bahagian shawl yang terdapat lubang, kemudian ambil bahagian shawl yang pendek dan lilitkan kebelakang terus masuk melalui lubang shawl tersebut

Langkah Keempat

  • Ambil bahagian shawl yang belum dililit dan bawa kebelakang, kemudian pinkan dengan kemas

Langkah Kelima

  • Kemaskan shawl mengikut keselesaan anda dan siap ! Mudah bukan ? 🙂
POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese