Cara Pakai Shawl Simple dan Kemas Labuh Dada

Posted by Gaya Tudung

Langkah-Langkah Memakai Shawl

Langkah Pertama

  • Pakai inner neck terlebih dahulu. Peraturan memakai shawl seperti biasa ;).

Langkah Kedua 

  • Kemudian barulah pakai shawl dengan kanan pendek dan kiri panjang. Pastikan bahagian yang panjang cukup panjang supaya mudah untuk dililit.

Langkah Ketiga

  • Pinkan shawl dibelakang dengan kemas. Gunakan pin dan bukan peniti supaya ianya tidak tercabut.

Langkah Keempat

  • Tarik shawl yang panjang tadi kehadapan disebelah kanan. Kemudian letakkan shawl diatas kepala secara menyenget kebelakang.

Langkah Kelima

  • Kini tiba masa untuk membuat layer diatas kepala. Kelepetkan sedikit pada bahagian hadapan kepala. Kemudian ulang langkah yang sama sehingga mendapat 2/3 layer. Kemudian letakkan peniti di bahagian tepi kepala supaya layer tidak terbuka.

Langkah Keenam

  • Kemudian tarik shawl yang panjang tadi kehadapan sebelah kanan . Bawa ia ke sebelah kiri dan lilitkan diatas kepala. Letakkan peniti.

Langkah Ketujuh

  • Ambil bahagian shawl yang telah menjadi ropol-ropol dan tarik kehadapan. Ambil satu layer daripada ropol tadi dan pinkan dibahagian dada. Kemaskan shawl mengikut kesesuaian dan keselesaan kamu. Siap ! Cantik bukan ?

Selamat Mencuba ! 😀

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese