Cara Pakai Tudung Tutup Dada

LANGKAH – LANGKAH PAKAI

Langkah Pertama

  • Pakai inner neck dulu.

Langkah Kedua

  • Lipatkan tudung menjadi 2 lapis. Hanya lipatkan suku sahaja daripada tudung tersebut.

Langkah Ketiga

  • Selepas tu, pakai tudung seperti biasa. Kanan pendek dari sebelah kiri. Pastikan sebelah kiri cukup panjang untuk di lilit.

Langkah Keempat

  • Pinkan tudung di belakang. Pastikan kamu selesa dan tudung tidak longgar.

Langkah Kelima

  • Ambil tudung yang panjang. Bawa ke atas kepala. Kemudian kedepankan tudung kamu. Jangan pinkan dahulu.

Langkah Keenam 

  • Kelepetkan kedua-dua belah sisi kepala. Kemudian sambung lilit tudung kamu seperti langkah Kelima tadi.

Langkah Ketujuh

  • Pada lilitan kedua, pinkan tudung di tengah-tengah kepala. Kemaskan sedikit tudung kamu dan siap !

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese