Cipta-3-eyelook-dengan-produk-travel-friendly-ini-14

Cipta 1001 Eyelook Dengan Produk Travel-Friendly Ini

Bagi kamu yang suka travel, this is for you!

 

First of all, mungkin ramai lagi yang tak tahu tentang jenama ini. Jenama 1028 Visual Therapy merupakan jenama Taiwan yang ditubuhkan pada 28 October 2008. Maka angka 1028 adalah inspirasi dari tarikh penubuhan syarikat tersebut. Tinnakorn, Pengasas 1028 Visual Therapy, percaya bahawa setiap orang tidak perlu mengubah diri untuk memenuhi definisi kecantikan orang lain. Syarikat ini juga mencipta produk yang bersesuaian dengan kulit Asia untuk membolehkan semua orang menunjukkan keyakinan dan kecantikan diri mereka dengan berani.

 

Now onto the products! 

 

Seperti yang kamu lihat dalam gambar, ada dua eyeshadows untuk saya review pada entri kali ini. Saya cipta 3 eyelook yang berbeza dengan menggunakan dua palette ini. Dan saya percaya kesemua look ini sangat sesuai untuk semua event. Mudah dan senang dibawa kemana-mana! Sesuai sangat untuk korang yang kaki travel. Atau yang suka bawa handbag kecil.

 

PACKAGING

 

Tanggapan pertama selepas  menyentuh eye palette ini sedikit kecewa. Mungkin kerana saya kurang gemar dengan palette ini yang diperbuat daripada tin. Tetapi sangat ringan dan rekaan packaging luaran juga sesuai dengan namanya, BROWNIE EYES, konsep warna dan rekaan bentuk yang padat menyerlahkan keseluruhan palette. Bersaiz kecil lebih kurang iPhone, so senang untuk korang letak dalam handbag! Plus ada cermin untuk kemudahan korang mekap dimana saja walaupun dalam kereta okay. Rekaan palette ini juga kelihatan seperti dibalut dengan tali pada casing. It’s like a present! Jadi sangatlah sesuai kalau korang nak bagi hadiah dekat BFF! 

 

 

Disebabkan eye palette ini jenama dari Taiwan, semua informasi yang terdapat di belakang packaging adalah dalam bahasa Mandarin dan secara peribadinya saya berasa ianya kurang sesuai kerana tak semua orang Asia memahami bahasa itu (sebab founder claim produk yang dikeluarkan lebih kepada kulit Asian). Jadi mungkin mereka boleh perbaiki dari segi pemilihan bahasa untuk informasi? Supaya lebih ramai potential buyer, maybe? Apa yang bagusnya ialah, tarikh luput eye palette ini dapat dibaca dengan jelas dan terang. 

 

WARNA & PIGMENTASI

 

I am truly amazed by the colours! Belum lagi masuk ke part pigmentasi dan sebagainya. Pemilihan warna-warna yang sangat cantik, make sense dan senang untuk bermain warna! Semua warna pun sangat wearable yang korang boleh pakai untuk apa-apa event. Look natural, smokey, have-have look, glowy look, all in one palette!

 

Dari atas; shimmer cream, pearly baby pink, light bronze. Dari bawah; teak brown, warm caramel, dark brown. Teksturnya pula adalah shimmery yang halus, lembut, sedikit buttery dan senang untuk diblend. Pigmentasi juga agak mengejutkan kerana mudah melekat pada kelopak mata dan bertahan sehingga 8 jam lamanya. Walaupun tanpa eye primer!

 

 

Sama ada guna berus atau tangan, secara peribadinya saya pilih menggunakan berus. Boleh juga guna tangan untuk eyelook yang natural. Tak perlu guna banyak warna, cukup dengan warna warm caramel dan baby pink atau shimmer cream sebagai highlight. My favourite? Macam mana nak pilih kalau semua pun cantik?!

 

Mengenai bau pula, palette ini tak mempunyai sebarang bau dimana saya berasa mungkin akan lebih tertarik jika ada sedikit bau brownies atau coklat bar yang menyelerakan itu! Seperti namanya, Brownie Eyes. Well, women love to eat right?

 

HARGA?

 

Boleh dikatakan dupe Tom Ford Eye Color Quad in Cocoa Mirage dengan harga yang jauh lebih murah. 6 warna yang sangat menarik ini berharga RM27 selepas diskaun. Lebih menarik lagi korang akan dapat freegift! Tersangatlah affordable ya anak-anak.

 

Review Eyeshadow Duo

Sama juga seperti eye pallete Brownie yang mempunyai cermin, nama pun Duo, maka warnanya juga hanya ada 2 saja. Saiz yang sangat kecil lebih kurang chocolate bar dan lengkap dengan 2 berus. Sesuai untuk everyday look dan hanya dengan menggunakan jari (kalau berus hilang pun tak apa) untuk apply pada mata.

 

3 eyelook yang saya buat. Senang je!

 

EYELOOK 1 — Look Adik Manis

 
Untuk eyelook pertama, saya cipta look manis-manis menggunakan 4 warna yang berbeza. Warm caramel sebagai base, Dark brown pada penghujung mata, Light bronze sebagai highlight di tengah kelopak mata, dan shimmer cream pada inner corner. Guna Dark Brown pada bawah mata dan highlightkan sedikit pada inner corner dengan shimmer cream. Serlahkan keseluruhan look dengan wing eyeliner. Dan jangan lupa maskara!
 
 
Padankan dengan tudung berona nude seperti pink belacan, coklat nude, baby blue. Look yang sesuai untuk ke majlis seperti Annual Dinner, Wedding, Event Launch atau Birthday Party.
 
EYELOOK 2 — Classic Smokey

 

Look kedua ini agak sedikit bold. Saya memilih untuk mencipta classic smokey eyelook yang membuatkan mata dan keseluruhan makeup tampak ‘mahal’. Or we call it as ‘Look Have-Have People’. HAHA!

Shimmer cream sebagai base, dark brown di penghujung V mata, pearly baby pink sebagai highlight di tengah dan shimmer orangy peach (eyeshadow duo) pada inner corner. Untuk eyeliner pula, saya hanya guna dark brown eyeshadow dan buat separuh liner sahaja. Warna dark brown untuk membuatkan mata nampak lebih lembut berbanding eyeliner hitam. Sebab itulah namanya classic smokey!


 

Secara peribadinya, saya memilih tudung hitam supaya keseluruhan wajah atau look tampak bold. Oleskan lipstik berona nude untuk menaikkan aura ‘classic’. Boleh juga guna lipstick berona maroon untuk lebih garang dan seksi. Sesuai je untuk apa-apa majlis tetapi kurang sesuai untuk majlis malam hari. Mungkin bergantung kepada tempat majlis yang diadakan, sama ada lighting cukup terang, malap atau lighting yang romantik?

 

EYELOOK 3 — Look Fresh Glow

This is my most favourite! Look paling tersangatlah senang di abad ini. Cuma saya menggunakan 3 palette yang berbeza. Solekan mata yang natural tak terlalu glow ini sesuai untuk korang yang tak sukakan mekap atau untuk korang hanya mahu menaikkan seri wajah.
 
Product used:
NARS Afterglow Eyeshadow Palette
Brownie Eyes
Urban Decay single shadow in code Cosmic
 
 
Look yang sangat simple, fresh, glowy ini tak akan mengubah wajah asal kamu. Hanya untuk menaikkan seri. Sesuai untuk semua majlis kecuali majlis yang bertema. Contohnya, Halloween Annual Dinner. Selalunya ramai yang akan request look ini untuk majlis pernikahan mereka. Gayakan dengan tudung berona putih atau krim untuk tampak lebih lembut dan manis. Kalau untuk majlis lain pula, rona pastel adalah pilihan yang tepat. 
.
 
Look at the colours!

Boleh dapatkan kedua-dua eye palette ini dekat laman web www.4allbeauty.com (sila klik) okay? Banyak lagi produk yang menarik!

 
Love, Wawa Adams.
POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese