Ekspresi-Dirimu-Dengan-TShirt-Uniqlo-UT2020-989

Ekspresikan Duniamu Dengan T-shirt Uniqlo UTs 2020!

Dengan sehelai T-shirt, kamu dapat ekspresikan duniamu!

Kreatifnya.. kamu boleh mengenali seseorang dengan satu artikel pakaian yang digayakan. Ia menyampaikan satu mesej tentang diri kamu, hobi yang kamu sukai, band dan juga seniman yang menarik minatmu. It shows what kind of person you are!

Uniqlo mengeluarkan pelbagai koleksi UTs 2020 dengan lebih 1000 reka bentuk yang bermotifkan budaya pop daripada seni, muzik, wayang gambar, animasi dan kandungan lain dari seluruh dunia. Pelbagai ‘LifeWear’ yang menarik dan unik terus untuk menjadi evolusi pada setiap musim.

Lebih menarik, UNIQLO akan melancarkan majalah UT2020 versi pencetakan di mana ia sudah tersedia secara atas talian dan juga akan diedarkan di cawangan terpilih UNIQLO seluruh Malaysia pada penghujung Mac. Edisi Sulung ini berkonsepkan temu bual dengan pereka grafik dan artis yang bertemakan UTs serta mempamerkan tawaran terkini UTs. Barisan UTs yang diubah dari T-shirt kepada kanvas adalah untuk pemakainya mengekpresikan cita rasa individu dan peribadi.

 

Uniqlo UT X AMBUSH X Minnie Mouse

Ekspresi-Dirimu-Dengan-TShirt-Uniqlo-UT2020-4

Kerjasama koleksi ini dengan jenama AMBUSH yang semakin meningkat popular menampilkan Pengarah Kreatif Yoon dengan memasukkan keunikan Minnie Mouse. UNIQLO juga melancarkan beg hitam bergaya mewah yang akan menjadi eksklusif serta boleh didapati di Jepun.

 

Berkongsi watak popular Jepun dan mempopularkan Manga kepada dunia

Ekspresi-Dirimu-Dengan-TShirt-Uniqlo-UT2020-4

Koleksi UTs ini menekankan grafik dengan motif kebudayaan Jepun. Manga UTs pada musim ini termasuk hasil karya dari  Majalah tersohor ‘Ribon’ dan ‘Weekly Young Jump’ serta reka bentuk asal berdasarkan karya-karya agung bertahan seperti “GeGeGe no Kitaro” dan “Tensai Bakabon”. Kerjasama koleksi baru karya Mickey Manga mempersembahkan karakter popular Disney yang telah dilakarkan semula oleh Osamu Tezuka, Fujio Akatsuka dan Kotobuki Shiriagari. Rekaan khas UTs juga boleh didapati sempena ulang tahun ke-40 Mobile Suit Gundam, seperti mana rekaan mempamerkan Ultraman yang telah menjadi evolusi semenjak tahun 1960-an.

 

Dari produk kegemaran seluruh dunia

Ekspresi-Dirimu-Dengan-TShirt-Uniqlo-UT2020-3

Koleksi hasil karya berjenama meraikan produk terkenal dari seluruh dunia termasuk barangan popular yang telah lama bertahan dari ‘De’Longhi’, ‘DULTON’ dan ‘instax’. Motif-motif UT dalam ciri ‘Brands In My Handbag’ telah diinspirasikan daripada dompet seorang wanita dan seekor kucing. UT menawarkan lukisan grafik yang dilukis oleh pencinta kucing.

 

 

Seni dari seluruh dunia, dari Khat kepada Reka Bentuk Grafik

Ekspresi-Dirimu-Dengan-TShirt-Uniqlo-UT2020-2

Ciri-ciri koleksi hasil kerja SHODO ART oleh tiga tukang kaligrafi yang terkenal bagi mempromosikan perwatakan Jepun dari segi layanan dan pertimbangan. Koleksi mesej bertulis meraikan artis yang bekerja dengan menggunakan Bahasa sebagai medium kerjaya. Satu kerjasama  dengan pakar pereka grafik iaitu Peter Saville yang menawarkan T-shirt bersaiz besar menampilkan karya-karya agung fesyen jalanannya.

 

Meraikan adegan yang tidak boleh dilupakan dari Filem terkenal

Ekspresi-Dirimu-Dengan-TShirt-Uniqlo-UT2020

Koleksi kolaborasi dengan ‘WOMEN IN MOVIES’ menghasilkan adegan-adegan yang patut diberi perhatian dan barisan film seperti ‘The Devil Wears Prada’ dan ‘La La Land’ sebagai cetakan grafik yang menarik. Koleksi Filem Cereka Sains berciri-ciri tafsiran neo futuristic dunia dan teknologi yang maju telah membangkitkan imaginasi dengan butiran yang memperingati The Matrix and Blade Runner.

 

Untuk lebih informasi mengenai kempen UTs2020, layari 
www.uniqlo.com/my

 

Foto — UNIQLO

POST A COMMENT