Elak Nampak Selekeh & Boring, Ini 5 Tips Menggayakan Kardigan.

Spice up the basic, why not?

Tip-Menggayakan-Kardigan-Supaya-Tidak-Nampak-Selekeh-2

Pelengkap gaya yang mampu mengubah penampilan gaya malas kamu. Kardigan tampak lebih ringan berbanding jaket. Juga hadir dalam pelbagai gaya dan fabrik, helaian kardigan adalah item fesyen yang minimal dan timeless. 

Bagi mengelakkan penampilan kamu kelihatan boring, Ohfesyen kongsikan idea penggayaan kardigan yang mudah.

1. Skinny Jeans!

Apabila kamu mengenakan kardigan yang panjang, badan bahagian atas kamu akan kelihatan besar. Jadi skinny jeans akan membuatkan kamu nampak lebih kurus. Jika kamu mengenakan seluar besar seperti palazo, kamu pasti akan kelihatan besar dan besar. Mungkin kamu boleh pakai culottes?

.

2. Elak Pakai Baju yang Tebal

We are in Malaysia, girls. Selain panas dan tak selesa, baju tebal juga kurang sesuai untuk dipadankan dengan kardigan.

3. Tona warna 

Trik ini sangat berguna untuk gadis yang gebu yang tidak mahu ‘lemak’ tambahan atau gadis kecil yang bimbang akan ditelan kardigan panjang. Dengan memakai pakaian warna gelap dari atas sampai bawah, dan memakai kardigan ringan atau lebih terang, kamu mencipta ilusi warna yang membuat tubuh kamu kelihatan panjang dan kurus.

.

4. Elak Pakai Selipar Jepun

Cuba but high-cut bertumit. Ia tidak perlu terlalu tinggi. Malah beberapa inci dapat membantu mengimbangi panjang dan berat kardigan panjang dan membuat kamu kelihatan tinggi dan kurus. Flat shoes mungkin sedikit boring, apa kata cuba loafer yang lebih praktikal?

.

5. Tali Pinggang

Jika kamu memilih untuk memakai kardigan panjang, sempurnakan gaya kamu dengan tali pinggang yang minimal. It can tie your entire outfit together. Nampak lebih kemas and cool! 

Love, Auni Nabihah

Foto — Pinterest, instagram @haniszalikha, instagram @nishxnish, instagram @withloveleena

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese