Fesyen Baju Kurung Batik Jawa Moden Yang Terkini 2020

Perkataan batik berasal daripada gabungan dua kata dalam Bahasa Jawa iaitu ‘amba’ yang bermaksud tulis dan ‘nitik’ yang bermaksud membuat titik. Batik secara khususnya membawa erti kain yang dilukis dengan corak yang menarik dan terang.

 

Orang Jawa mempunyai corak batik unik yang tersendiri sehingga apabila dilihat sekilas pandang sahaja sudah boleh diketahui bahawa ia adalah batik Jawa. Batik sering menjadi selendang wanita pada zaman dahulu kala. Namun, batik tidak hanya diterhadkan pada busana sahaja.

 

Fesyen-Baju-Kurung-Batik-Jawa-Moden-Yang-Terkini-2020-1

Foto – habra.com.my

Sejarah pembatikan di Indonesia berkaitan dengan perkembangan kerajaan Majapahit dan kerajaan sesudahnya. Kesenian batik merupakan kesenian gambar di atas kain untuk pakaian yang menjadi salah satu kebudayaan keluarga raja-raja Indonesia pada zaman dahulu kala.

Trend batik Jawa kini diurbanisasikan melalui busana baju kurung moden.

So jom lihat stail baju kurung moden tahun 2020 di bawah ini. Moga jadi inspirasi buat kamu!

 

 

  1. Baju Kurung Lace Batik Jawa

 

Jika kamu ingin tampil dengan imej eksklusif, pilih busana baju kurung lace batik jawa untuk fesyen baju kurung batik terkini. Pemadanan lace pada baju kurung menonjolkan elemen elegan dan tampak lebih classy! Kamu pasti sukakannya. Baju kurung lace batik jawa sesuai dipakai pada majlis rasmi.

 

 

  1. Baju Kurung Printed Batik Jawa

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

| BAJU KURUNG SARIMA __ Material baju : Korean Como Crepe Material kain : Cotton batik jawa Saiz : S – XXL __ ☑️ Wudhuk & bf friendly ☑️ 7 warna menarik ☑️ Button dihujung tangan ☑️ Zip di punggung kain ☑️ Getah kiri dan kanan pinggang kain ☑️ Kain Kembang A Cut ☑️ Zip di dada baju __ HARGA SEPASANG RM99 FREE DELIVERY HARGA COMBO 3 PASANG RM290 + FREE DELIVERY HARGA BORONG MIN 10 PASANG RM70 / SEPASANG . . . #kurung #bajukurung #bajuraya #bajumuslimah #baju #bajukosong #bajubunga #bajukurungplain #bajukurungbunga #kainbatikjawa #bajukurungraya #bajukurungmurah #fashionista #hijabista #muslimahclothing #bajucomocrepe #kurungmoden #bajukurungmoden #bajukurungacut #bajukurungpahang #bajubatik #kainbatik #kurungbatik

A post shared by BLOUSE / TUNIC / BAJU KURUNG (@mairaapparel) on

 

Bagi kamu yang gemarkan fesyen stail evergreen, baju kurung printed batik jawa amat padan dengan kamu! Rekaan yang simple dan boleh dipakai pada bila-bila masa membuatkan fesyen baju batik jawa ini menjadi kegemaran golongan wanita. Kebanyakan baju kurung printed ini menggunakan cotton sebagai material kainnya. Dengan cuaca panas di Malaysia, baju kurung ini menjadi pilihan ramai untuk busana Hari Raya Aidilfitri kerana lebih selesa dan tidak panas kainnya.

 

 

  1. Baju Kebarung Batik Lasercut

 

Trend fesyen terbaru 2020 adalah rekaan baju kebarung batik lasercut. Kebarung cutting sebegini mendapat sambutan hangatan dalam kalangan ladies! Kurung evergreen sebegini untuk bawa pergi office pun boleh, apatah lagi ke majlis kenduri. Highly recommended!

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese