Fesyen-Baju-Kurung-Moden-&-Terkini-Pada-Tahun-2020-5

Fesyen Baju Kurung Moden & Terkini Pada Tahun 2020

Agak-agak raya ke tak?

 

Fesyen-Baju-Kurung-Moden-&-Terkini-Pada-Tahun-2020-1

Foto – instagram @petra.rtw

 

Ramadhan sudah tiba. Dengan harapan penularan wabak Covid19 ini beransur pulih sebelum menjelangnya Shawal. Sambutan shawal tahun ini juga mungkin sedikit hiba dek kerana tak dapat meraikan di kampung. Apatah lagi berkunjung sanak saudara. Apa kata raikan Shawal tahun ini dirumah bersama keluarga tercinta but make it fashion! Gunakan platform sosial media kamu bagi memeriahkan lagi sambutan Shawal bersama rakan taulan okay? Jadi, OHFESYEN senaraikan fesyen baju kurung moden & terkini tahun 2020.

Jangan lupa untuk…

Stay Home, Stay Safe!

 

FESYEN BAJU KURUNG MODEN LABUH

 

Baju kurung moden Lace

Fesyen-Baju-Kurung-Moden-&-Terkini-Pada-Tahun-2020-2

Foto – instagram @nhbynuritaharith | @wanzar_

 

Tak lapuk dek zaman. Baju kurung moden lace kini semakin digemari ramai dengan hadirnya pelbagai rekaan yang menarik. Ada juga jenama yang menjadikan lace sebagai signature fesyen mereka seperti pereka fesyen, Nurita Harith. Tahun demi tahun, banyak jenama yang mengeluarkan busana lace dengan rekaan yang berbeza. Walaupun dengan hanya serpihan lace, baju kurung moden pasti akan tampak lebih menarik dan ekslusif. 

 

Baju kurung warna pastel

Fesyen-Baju-Kurung-Moden-&-Terkini-Pada-Tahun-2020-3

Foto – instagram @caftanist

 

Warna-warna pastel yang kelihatan lembut dan manis juga merupakan koleksi yang diminati ramai wanita pada tahun ini. Warna seperti baby blue, light pink, peach,light green dan sebagainya sudah tentu kelihatan menarik untuk digayakan pada hari lebaran kerana seseorang akan kelihatan lebih manis jika mengenakan warna warna tersebut. Selain itu, warna warna lembut sebegini melambangkan kelembutan dan personaliti seseorang wanita.

 

FESYEN BAJU KURUNG MODEN PENDEK

 

Baju kurung printed design

Fesyen-Baju-Kurung-Moden-&-Terkini-Pada-Tahun-2020-4

Foto – instagram @petra.rtw

 

Rekaan printed juga tidak ketinggalan dan masih menjadi pilihan hati sesetengah wanita. Corak pada helaian baju dapat menyerikan lagi keseluruhan penampilan si pemakai. Kamu tak perlukan aksesori tambahan untuk baju yang penuh dengan corak printed. Tetapi untuk baju yang kurang corak pada baju, mungkin kamu boleh gayakan dengan aksesori yang minimalis serba rantai manik putih.

 

Tudung? Mungkin kamu boleh cuba sesuatu yang baru seperti tudung ini!

 

 

Love,Syazrina

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese