Fesyen-Baju-Kurung-Moden-Yang-Sesuai-Untuk-Orang-Gemuk-featuredimage

Fesyen Baju Kurung Moden Yang Sesuai Untuk Orang Gemuk

Fesyen-Baju-Kurung-Moden-Yang-Sesuai-Untuk-Orang-Gemuk-1

Foto – instagram @plussize_misclaire

Jika ditanya pada setiap wanita, tidak ada seorang pun individu yang inginkan tubuh badan sebegini kerana banyak masalah yang timbul jika berbadan besar. Antara penyebab terjadinya kegemukan ini selain dari pemakanan ialah faktor keturunan atau genetik. Faktor lain pula seperti kurang bersenam, stress dan pola tidur yang tidak menentu.

Bentuk badan sebenarnya boleh berubah bergantung pada usaha dan tahap disiplin setiap individu itu sendiri. Memang menjadi masalah setiap kali ingin berfesyen lebih-lebih lagi bila menghadiri sesuatu majlis.

So, OHFESYEN senaraikan fesyen baju kurung moden yang sesuai untuk orang gemuk yang mungkin berkenan di hati?

Fesyen Baju Kurung Moden Yang Sesuai Untuk Orang Gemuk

1.Kurung Peplum

Rekaan baju ini lebih tertumpu pada bentuk pinggang serta jahitan pleated itu sendiri dengan tujuan untuk menyerlahkan bentuk pinggang yang ramping. Baju ini direka untuk menyembunyikan segala bentuk perut kamu yang sebenar. Sebelum membeli pastikan kamu mencuba terlebih dahulu bagi memastikan saiz dan kesesuaian mengikut bentuk badan kamu.

2.Kurung Baby Doll

Kurung ini sebenarnya dilihamkan dari dress anak patung dan kemudiannya dijadikan trend kurung moden. Potongan bentuk yang kembang di pinggang hingga ke bawah akan menutup segala kekurangan kamu disitu termasuk juga di pinggul. Pilih dan padankan dengan warna kegemaran kamu.

Fesyen Baju Kurung Untuk Plus Saiz

3.Kurung Pahang

Kurung Pahang adalah baju kurung panjang yang banyak digayakan oleh wanita secara umum. Baju ini dihasilkan berdasarkan potongan pesak, klasik dan sopan. Pakaian ini memiliki karakter tersendiri serta dapat menyerlahkan lagi gaya kamu untuk tampil lebih elegan.

4.Kurung Slit

Fesyen slit dengan sedikit perincian alunan pada sisi dapat mencipta penampilan yang menarik. Dipadankan pula bersama skirt pleats yang sedang trending. Jangan lupa untuk memilih gabungan warna lembut. Ya, warna gelap dapat mencipta ilusi kurus tetapi warna lembut akan menyerlahkan lagi sisi feminin mu. Be confident!

Fesyen Orang Gemuk Nampak Kurus

5.Kurung Pario

Pastikan baju menutupi kawasan pinggul untuk mencipta ilusi kurus. Kain pario juga dapat membuatkan kaki kamu kelihatan lebih kurus dari sebenar. Terutamanya bila kamu bergambar silang satu kaki ke depan. Untuk baju kurung seperti ini, kamu bebas memilih warna kesukaanmu!

6.Kurung Moden

Gaya kurung moden seperti ini sangat popular pada masa kini. Selain dari jahitan dan potongan, banyak aspek yang diberi perhatian terutama untuk wanita gemuk supaya nampak kurus. Pemilihan fabrik jenis kapas kanvas dapat memberi keselesaan selain ia juga lembut. Elakkan memakai fabrik jenis melekat kerana ia dapat menyerlahkan lagi tubuh kamu yang gempal. Untuk pemilihan design pilih design bunga kecil atau design menegak.

Tips Berfesyen Untuk Wanita Gemuk

Jangan pernah rasa malu dengan apa yang kamu miliki sekarang. Jadilah diri sendiri dalam menempuh apa jua situasi. Ingat, jangan pernah takut untuk ciptakan kelainan dalam berfesyen. Jadikan tips fesyen baju kurung moden yang sesuai untuk orang gemuk ini sebagai panduan untuk berfesyen. Wear your confident!

Dapatkan tips fesyen baju kurung dan batik dengan lace dengan klik di sini.

Bojour, Firdaus

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese