Fesyen-Baju-Melayu-Simple-Murah-Moden-&-Terkini-cover

Trend Baju Melayu Yang Simple, Murah & Moden 2020

Kebanyakan lelaki sekarang lebih gemar mengenakan outfit yang simple tetapi masih nampak moden. Selain dari harganya yang murah ia juga mudah didapati di pasaraya atau secara online. Banyak inovasi yang telah dilakukan oleh pereka-pereka tempatan untuk menyerlahkan lagi gaya pakaian tradisi ini. Maka dari itu tidak hairanlah pereka baju melayu zaman sekarang berlumba-lumba untuk mengeluarkan rekaan yang menarik hasil dari gabungan warna serta berbagai-bagai bentuk fesyen baju ini. Jom usha fesyen baju melayu simple, murah, moden & terkini pilihan Ohfesyen!

Handsomenya cik abang…

Fesyen Baju Melayu Lelaki

1. Baju Melayu Teluk Belanga

Trend-Baju-Melayu-Yang-Simple-Murah-&-Moden-2020-2

Foto – www.jakel.my

Baju melayu  ini merupakan yang terawal dihasilkan dan seterusnya diolah oleh kebanyakkan pereka fesyen supaya nampak lebih menarik dari semasa ke semasa. Baju melayu ini nampak kemas dan cantik jika digayakan bersama sampin, butang dan songkok.

2. Baju Cekak Musang

Rekaan baju ini sama seakan baju melayu teluk belanga cuma di bahagian leher baju ini diubah menjadi lebih simple dengan hanya satu butang saja. Baju ini mendapat namanya melalui bentuk kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ di bahagian tengkuk.

Fesyen Baju Melayu Lelaki Terkini

3. Baju Melayu Kurta

Perkataan kurta diambil dari bahasa Urdu dan Hindi. Asal perkataan ini diambil dari bahasa Persia yang bermaksud baju tanpa kerah. Fesyen kurta ini merupakan baju tradisional bagi kaum lelaki di Bangladesh, Nepal, Afganistan, Pakistan dan Sri Langka. Fesyen ini kemudian dibawa masuk ke sini dan seterusnya diubah menjadi lebih menarik lagi. Ada sesetengah fesyen kurta ini dihasilkan untuk baju sahaja dan boleh dipadankan dengan jeans, khaki atau slack.

4. Jubah Moden

Jubah pada asalnya adalah fesyen baju labuh dan berlengan panjang. Pakaian ini berasal dari negara Arab dan dipakai oleh kaum lelaki selain dari paderi dan juga hakim. Dahulu fesyen jubah ini hanya dihasilkan dengan warna hitam dan putih saja serta kebanyakan jubah dipakai oleh golongan yang berumur. Jubah lelaki pada masa kini tampil lebih moden dengan pelbagai rekaan dan bentuk potongan yang menarik. Pelbagai variasi seperti patern, design, warna serta fabrik direka bagi menarik minat golongan muda untuk menggayakan juga fesyen ini.

Fesyen Baju Melayu Lelaki Moden

6. Baju Melayu Moden

Baju melayu moden adalah rekaan yang paling trendy dan laris di abad ini. Sesuai dengan peredaran masa baju ini  mendapat sambutan yang menggalakkan oleh generasi muda. Sesuai digayakan oleh semua peringkat umur. Pelbagai corak ditambah agar baju melayu nampak lain dari yang lain selain potongannya juga diubah mengikut bentuk badan. Jadi ia tidak terlalu labuh atau besar seperti design yang lama disamping harganya juga tak terlalu mahal.

Bonjour, Firdaus

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese